Tuesday 30 July 2013

Majlis Iftar

Assalamualaikum :')

dah dah la tu biar belog berkulat kan. tak payah la entry last orang khatam patplohratus  kali kann. kan kan kan. well, kalau lebih seminggu tak update entry baru tu maksudnya dah boleh masuk spesis luar biasa buat tasneem. nak cakap tak dak masa, semalam kemain lagi iftar dengan Kolej dan Mentor Mentee.

haa. gitu.


short update. cuma nak cerita pasal iftar semalam. terima kasih untuk pihak kolej dan MPP yang menganjur kan program ni. kenyang tapi tasneem tak la lahap sampai siap tersembul pusat. tak tak.

lepas event habis, kemain tasneem senyum telinga ke telinga. rasa gumbira macam dapat TORA empat kotak pulak. dari sini, tasneem kenal lagi ramai kawan, adik adik junior dan tasneem 
selaku hakak senior. ^^
Doorgift untuk setiap jemputan.

apapun, billion-an thanks kepada Ida dan Farah Hani sebab sudi buat program berbuka puasa bersama Mentor Mentee.

ni sebahagian dari Mentee sir, ada yang tak mai -.-'
berbaju melayu tu lah Mentor tasneem. 




                                                                                                                                                                        

see, best kan berbuka puasa dengan kengkawan tasneem kali ni. macam tu juga dengan hampa. kalau ada apa apa event, terus grab, supaya tak lepas dengan benda sweet sweet macam ni. once kita tak pergi, belum tentu kita dapat pergi lagi. kan kan kan.

terima kasih sudi baca. ^^

Friday 26 July 2013

Perkara Yang Perlu Di buat Sebelum Hari Raya

Assalamualaikum :')

SELAMAT HARI RAYA! ohh. dua minggu lagi ek? ala. baru nak eksaited lebih. baru nak terkinja kinja iron baju raya, hidang samperit, kuih sepit dan bahulu selerak atas meja, lalu potong potong ketupat cicah serunding oh enak kemain hingga menjilat siku.

walaupun baru saja 17 hari berpuasa, mak dah tanya pasal biskut raya. haruslah tasneem dengan senang hati menjawab " kita buat cornflakes madu dah la mak". simple kan -.-' tambah tambah Kellog's Cornflakes kemain murah dekat tesco tasneem tengok hari tu. jimat sikit kan. boleh buat biskut lain sama. ^^ yak ni dengan persetujuan emak, minggu depan tasneem akan mula buat biskut. hahaha semangat nak raya weyy!

tasneem nak kongsi resepi biskut cornflakes yang selalu tasneem buat.

cornflakes madu cara tasneem.

tasneem perlukan :

  • 4 cawan cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • papercup secukupnya

cara tasneem :

  • cair kan mentega dengan madu atas api yang kecil. kacau kacau sampai mentega tu cair.
  • masuk kan cornflakes dalam mentega dan madu tadi. kacau rata dengan api kecil. tutup api.
  • sudu kan dalam papercup. kalau nak hias, letak lah sprinkles kat atas tu. letak ceri ka kalau suka. tapi tasneem tak letak apa apa. biar kan kosong.
  • susun dalam loyang, lepas tu bakar dalam 10-15 minit dengan suhu yang sesuai.

selamat mencuba. (: kalau ada resepi yang senang senang, share lah dengan tasneem jugak ye. hehehe

terima kasih sudi baca. ^^

Misi Terbaru!

Assalamualaikum. :')

ohh. sedap menaip kali ni, sebab dah tak memikirkan sesuatu yang menserabutkan kepala otak. cuma fikir sekarang pasal satu benda ni :

memulihkan hubungan silaturrahim bersama sahabat lama. sobbsobb. jujur tasneem cakap, selepas tasneem keluar dari sekolah, tasneem dah jarang berhubung dengan depa. salah satu sebab busy yang melampau. selepas tasneem bergiat aktif dalam dunia belog, kepala hotak tasneem hanya pikir nak buat entry apa ya? hari ni kenapa belog suram ya?

ha. pasal tu sahaja. kawan kawan sudah lama berkepam di fesbuk langsung tak terusik ke timeline depa. kadang kadang rasa rindu.

I'M SORRY :(
                                                                                               
                                       
         
 
  • EKA
  • ECHAH
  • ERNIE
  • HANIM
  • WANIE

selalu kalau dahulu tak kenal erti gila belog, masa di habes kan dengan mesej bersama besties tasneem ni. bergossip, bercerita mengenai bopren. ala. perempuan. benda semua tu amat wajib bukan? 

bila masa waktu sangat sangat buat hati rasa bosan, terus capai talipon, call depa semua, tak pon mesej, takpon wall di fesbuk. tapi sekarang? tasneem asik pikir pasal belog. bangun tidur belog. tengah hari belog, semua nya pasal belog sekarang.

mulai sekarang, ini misi tasneem yang ketiga selepas beli kereta baru dan menurunkan berat badan yang harus tasneem langsaikan. kerana, kawan ada dimana mana sahaja. tapi kawan yang baik dengan kita, harus di jaga walaupun kita berada di mana sahaja.

tasneem amat berharap sangat sangat, semua mereka faham akan diri tasneem. ya, tasneem kenal depa. depa akan faham.

sekarang ni tasneem ada ramai kawan. kawan belog. yak ni sebanyak 111 orang. kawan kolej. bukan susah nak ada kawan. tapi kawan yang baik? nak jumpa sangat sangat susah.

dan kenapa tasneem beria sangat nak pulihkan silaturrahim bersama sahabat lama? kerana tasneem ingin mula kan hidup baru. agar hidup baru tasneem lepas ni lebih bermakna. amiinn. tasneem akan cuba membuat perubahan kepada kehidupan tasneem.

p/s : haissh. teringat zaman dulu dulu la pulak -.-'

terima kasih sudi baca. (:

Tuesday 23 July 2013

Pencuri!

Assalamualaikum. :')

Oh abang pencuri, insaf sikit. puasa ni. ^^

Jangan tinggalkan aura mu
Di sekeliling ku
Ia membuat aku termimpi
mimpikan kita

Jangan biarkan wangian mu
mohon memahami
Ia melekat di hidung
yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Kan ku curi hatimu
menyamun senyum mu
kan ku culik cinta mu
macam ku larikan lirikmu
kau tak perasan aku sukakan mu
dari dulu lagi 
kau simapan hati ku
dari darjah satu
Darjah satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
kau memaksaku menutup mata
tak sempat tutup telinga
bila kau tertawa

kan ku kembalikannya padamu nanti
bila kita berjanji
tuk sehidup semati

kan ku curi hatimu
menyamun senyummu
kan ku culik cintamu
macam ku larikan lirikmu
kau tak perasan ku sukamu
dari dulu lagi
kau simpan hatiku
dari darjah satu
darjah satu
dari darjah satu
aku suka kamu.

tasneem suka lagu ni. santai santai, lepas tu macam comel sangat tersangat!. 

selamat malam. (:

Thursday 18 July 2013

I'll be here, waiting for you.

Assalamualaikum. :')

         
Dear Lelaki,

kalau nak merempit, merempitlah seperti Khalid al-Walid. merempit bersama kudanya dalam memperjuang kan Islam.

kalau nak jadi samseng, jadilah samseng seperti Saidina Umar yang menjadi samseng menentang samseng samseng kufar.

kalau nak jadi lelaki yang romantis, tapi janganlah beromantis dengan yang bukan muhrim, jadilah romantik seperti Rasulullah s.a.w. romantik baginda bersama Aisyah dengan isteri isteri baginda yang lain.

kalau nak menangis, janganlah menangis disebabkan perempuan yang tiada kaitan, tapi menangislah kerana Allah. kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab menjadi mukmin sejati.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

terima kasih sudi baca. ^^

Monday 15 July 2013

ke-cool-an diri.

Assalamualaikum. :')

satu hari nak buat apa pun tak boleh. lepas balik dari kelas semalam, terus kaki jadi kejang. belakang rasa macam lenguh, lengan pulak rasa sengal semacam. tak tahu dah kenapa. dah tua kan. pergi kelas pakai heels 2inci kejap je pong.

lepas tu bagitau kat kawan pasal sakit sakit.

"entah entah ada benda ikut kottt"

wadefuuuuuuu. -.-'

khidmat kemujaraban dan kemustajaban Pati Halia yang tak belah bagi. hilang ja panas, sapu lagi, hilang panas, sapu lagi. taajub namun masih kekalkan ke-cool-an diri. maka haruslah bajet cool bagai hang sorang ja paling cool kat dunia ni. 

p/s : taip entry laptop atas perut. no good tasneem.

terima kasih sudi baca. :')

Saturday 13 July 2013

cantik itu universal.

Assalamualaikum. :')

dah seminggu tasneem amalkan bedak sejuk Tanaka. hampir setiap malam tasneem tepek kat muka. nahhh hasil yang sangat memuaskan. :')

jerawat dah kurang 90%

minyak yang sekilo dah takda. -.-'


kawan kawan tasneem pun banyak tegur tentang perubahan kulit muka tasneem. mula mula,tasneem sangat tak confident nak pakai bedak sejuk Tanaka ni, tapi lepas mak bagi sokongan, tasneem cuba lah. Alhamdulillah, kulit bebas jerawat, bebas minyak, kekal segar. wahhh gitew. -.-'

p/s : cubalah bedak sejuk Tanaka. 

terima kasih sudi baca. ^^

Friday 12 July 2013

teringat zaman puasa masa kechik.

Assalamualaikum. :')

bulan Ramadhan. bukanlah bulan yang di segani oleh kanak kanak sejagat. bukanlah bulan di mana kanak kanak akan senyum telinga ke telinga bila ada tok wan dengan kadar sangat lambat nak umum tarikh puasa. bukan bukan. depa tak macam kita. eksaited.

macam tu la juga dengan tasneem masa zaman sebelum masihi dahulu. kecik kecik takkala otak dan hati masih suci kudus lagi murni. kalau dah tahu nak puasa, siyes, rasa macam nak hentak kepala dekat bantal empuk. kalau kat dinding takut lebam pulak.

di kala manusia lain sibukkan diri listkan barang berbuka, tapi kecik kecik dulu, tasneem sibukkan dengan :


  • sorokkan Oreo di bawah katil dalam bilik.
  • waktu mandi adalah waktu paling ideal nak telan air 1 liter.
  • sungguh cergas di suruh menghantar kuih muih ke rumah jiran. agar dapat makan sikit sikit sepanjang perjalanan.
tu la kerja tasneem di bulan Ramadhan dulu dulu. pernah suatu hari, tak pernah emak buka cadar berisi Oreo, tetiba emak buka dengan senang hati. terkejut emak bila tengok ada satu bungkus Oreo.

"sapa punya Oreo ni?"

"ha? apa?? Oreo?? Oreo sapa? mana? mana?" pelakon terhebakk

"tu bawah katil tu!"

"mana tau. abang punya kot. -.-' abang berumur 15 tahun tak kan tak puasa.

"adik punya kot"

"mana ada, Oreo sapa entah"

"hawat tak beli chipsmore?" soalan maut emak.

"tak sedap, Oreo sedap lagi" -.-'

kan dah kantoi. semenjak dari tu, emak bersihkan bilik tidur. habis emak geledah tempat tempat rahsia. nak mandi, emak pantau persis pak cik guard asrama penuh.

kira nya, sungguh perit la nak hadapi bulan Ramadhan.

apa lagi nak sahur, memang liat la. pukul empat pagi tok dah bising suruh semua rakyat jelata kat rumah dengar. orang lain dah siap sendawa bau ikan bilis, tasneem baru nak sental mata sampai parah. memang jenuh tok nak kejutkan.

pernah satu hari, tok biar ja tasneem tak kejut kali ke nam ratus. tasneem bangun saja dah pukul 7. tok saja nak tengok apa reaksi tasneem. konon nya supaya tasneem bertaubat nasuha liat bangun sahur. tapi rilek derr. wa orait ja.

sebab bangun tak bangun, sama saja. waktu mandi, haruslah teguk air hingga kembung perut. huhu keji.


tapi, tu semua dulu, sekarang, eksaited kemain. sebab sekarang dah mampu fikir, sungguh belungguk kelebihan Ramadhan. bila dah mampu berfikir, mampu menghayati bulan ni juga.

ini lah kelebihan bulan Ramadhan kan.

p/s : doakan tasneem dapat jawab quiz untuk paper Principle Auditing ye semua.

terima kasih sudi baca. ^^

Wednesday 10 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan. ♥

Assalamualaikum. :')

Salam Ramadhan semua.

Ahamdulillah. kalau sebelum ni bila dah sambung study, tasneem tak berpeluang nak sambut puasa dengan keluarga. Hari pertama sahur dengan esaimen, sorang sorang, berbuka hari pertama pulak dengan buku, a'ah. sorang sorang lagi. sadis campur kudus kan.

Tapi Ramadhan kali ni, tasneem nekad untuk hari pertama bersahur dan berbuka dengan keluarga. Hoi, best tahu. Rasa macam umur enam tahun pulak. Nekad untuk ponteng kelas, bukan la perkara yang ohsem mana pun. Silap silap kalau ada quiz, boleh menangis  sambil nyanyi lagu 4U2C tasneem. tapi nekad.

Selasa pagi, hati tasneem dah gundah gulana. Tengah hari, baru jiwa bro, lantak la kelas, ingat gua heran sangat. -.-' . petang tu terus blah pulang ke kampung.

mari lipat gandakan ibadat.

syukur. sahur, tasneem buat roti bakar. simple. tapi sangat bermakna buat tasneem bila tengok emak cuma bangun untuk makan.

untuk berbuka tasneem buat ikan cencaru sumbat dan sup sayur, dan tasneem belikan keluarga macam macam jenis kuih. Ya Allah, rasa gembira sangat hati bila tengok emak abah makan masakan tasneem. kalau boleh, sepanjang bulan Ramadhan, emak cuma rehatkan diri, dan tasneem pula, masak dan buat keluarga tasneem rasa gembira.

dah dah. tak mau emo.

selama bulan Ramadhan, bulan di mana banyak pahala untuk ibadat kita digandakan, dan setan selalu buat kita tak mau jadi nak buat ibadah dah kena ikat ketat-ketat dengan Allah, apa kata, banyak kan beribadat dan train diri kita supaya suka kepada kebaikan. :')

asas puasa Ramadhan.

dan sedikit perkongsian supaya Ramadhan kita lebih mendapat berkat dan lebih bermakna. Aminnn..

hafal dan praktik.

selamat mendidik diri untuk ke arah kebaikan semua. semoga Ramadhan kali ni akan buat kita semua senyum telinga ke telinga.

terima kasih sudi baca. ^^

Sunday 7 July 2013

picnic bersama kengkawan di Pulau Sayak.

Assalamualaikum. ^^

menghabiskan hujung minggu dengan berkelah bersama kengkawan merupakan cadangan paling kudus buat wanita awal dewasa seperti Tasneem. ya. akur. dah 20 tahun. dah tak boleh nak bajet 12 tahun kalau kerut sikit, kedut nampak lebih.

Pulau Sayak. tulis dengan pen hitam pekat pekat kat diari. "hari ni, aku picnic kat Pulau Sayak dengan emak, dan segerombolan kawan kawan. happy. lep lep ♥ "

seperti tersemat hebakk kat kepala hotak, Pulau Sayak wajiblah belungguk manusia datang di hujung minggu. tapi, nasiblah bukan cuti umum, kalau tak, silalah parking kereta lebih sekilometer jauh dari destinasi nak di tuju. wajib sesak.                                  

wajiblah tangkap gambar dengan muka kudus suci murni dengan harapan nak tepek kat belog.

manusia yang memain peranan untuk piknik kali ni adalah mak tiri a.k.a Fatin.

kalau tak tunjuk eksaited, maka rugilah.

Alhamdulillah. dapat sedut nikmat makan.


AJK merasa setiap inci makanan. -.-'

mereka manusia paling eksaited berpiknik selepas tasneem.

ha! amik ni. baru lepas bakar ayam dengan kawan kawan. hoi. best weh.

bukti lagi.

oh! sangat tak ketahuan hala.

nah, masterchef yang rela berkhidmat untuk bakar ayam. selagi tak hitam, beliau tak akan cakap ayam tu dah masak.

wuu. nikmat dapat bau ayam bakar.

nah hadiah untuk semua ♥  

nak balik saja, rasa macam sayangnya nak langkah laju laju. kalau boleh nak mengesot saja, agar lambat sampai kat kereta. bukan senang nak datang piknik bagai. selalu pun keluar makan malam. muak.

apa pun, tasneem harus menobatkan piknik kali ni, antara piknik yang syok.

p/s : jemput jemput la ke Pulau Sayak bila dah di Kedah.

terima kasih sudi baca.

Saturday 6 July 2013

Doa Seorang Anak

Assalamualaikum. :')

I love you with all my heart 

Ya Allah
kau ampuni lah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai anak
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku anak yang disenangi emak abah
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi anak Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi anak yang dirahmati
Anak yang dikasihi
Anak yang solehah
Anak yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

terima kasih sudi baca. ^^

Friday 5 July 2013

Reward untuk semua.

Assalamualaikum. :')

tahukah anda, tasneem sedang menaip entry di dapur sambil memotong bawang untuk di masak seawal pagi esok untuk di bawa berkelah. maka, kalau nak taip panjang panjang, sangat lah mustahil.

cumanya, tasneem rasa, nak sangat berkongsi sesuatu dengan semua. jumpa satu gambar pabila godek godek laptop tasneem. ada juga yang dapat tasneem kongsi kan. kan kan kan. :)


selamat malam semua. ^^

Doa Pembuka Dua Belas Pintu.

Assalamualaikum. ^^

Salam jumaat hampa hampa. seperti sedia maklum, selain hari ni di lipatgandakan ganjaran amalan, hari ni juga antara hari yang Allah berkenan sangat untuk memakbulkan doa para hambaNya. bila kita usaha sehabis kederat yang mungkin, sekarang ni, penting untuk kita berdoa.

sebab berdoa adalah cara kita berhubung dengan Allah, supaya Dia mengizinkan sesuatu yang kita impikan menjadi realiti. heee. macam ayat Akademi Fantasia kan?

salah satu doa yang tasneem amalkan dan menggesa seluruh pembaca belog tasneem, ya tuan puan sekalian, untuk amalkan juga doa ini, adalah Doa Pembuka 12 Pintu. kalau yang dah tau, jadikan entry ni sebagai peringatan sama-sama, dan untuk yang tak tahu lagi, jangan segan silu amalkan. tau tau tau :')

curi Google

apa lagi yang kita nak kan. kalau kiut macam tasneem (sila muntah jika perlu) tapi selalu dapat cinta pelesu, asyik lemah dan kecomelan tak diberkati buat apa kan? kaya tahap gaban tapi kekayaan cuma beri keburukan dan bawa kepada neraka, kan kan?

semoga entry ni memberi sedikit sebanyak manfaat untuk semua sebab musabab doa ni sangat berguna kita amalkan. amal bukan setakat hari Jumaat, hari Isnin, hari raya, hari jadi, hari gawai, hari ini kau datang riang, pun boleh di amalkan.

terima kasih sudi baca. :)

Wednesday 3 July 2013

tssskk tssskk T_T

Assalamualaikummm. ^^

selamat pagi semua makhluk comel di muka bumi ini! petang semalam tasneem sibuk dengan aktiviti jogging di taman Jubli Perak. niat nak semak kan dashboard hampa dengan berjuta juta entry tasneem terbantut buat seketika waktu.
eksaited nak jogging kot ^^

gambar emak kecintaan tasneem masa tasneem lepas SPM

tasneem bangun pagi pagi ni, tasneem teringat mak di kampung. kalau hari sekolah, emak akan masak kan tasneem nasi goreng kegemaran. manakala hari sabtu pula, emak akan tenyeh roti canai buatan emak yang tak serupa roti canai tapi rasa nya, boleh buat perut choomel tasneem gumbira.

masa masih di zaman budak budak pergi sekolah, tasneem tak pernah pulak terfikir akan jauh dengan emak macam ni. emak di kampung, tasneem di kolej. selalu ingat yang setiap pagi tasneem akan bangun pagi pagi makan nasi goreng buatan emak. hmm

tapi, bila dah semakin remaja, sedang cikgu cikgu di sekolah asyik bercerita tentang haluan hidup lepas SPM, tasneem mula la sedar yang lepas SPM, pasti tasneem akan berjauhan dengan emak. part ni la yang paling tasneem tak suka. kalau boleh, nak duduk celah ketiak emak.

permulaan tasneem berjauhan dengan emak sewaktu tasneem mula jejak kan kaki di kolej. memang teruk la jadi nya. setiap malam tasneem akan hantar mesej kat emak supaya talipon tasneem. jimat kedit tasneem sikit. ^^

tasneem nak masa macam dulu, selama bangun pagi, dengar emak bebel suruh kemas bilik tidur. hmm. emak tak pernah pukul tasneem, apa lagi cubit atau tengking. emak cuma bebel saja. itu pun dengan nada suara umpama dengan bercakap dengan Maniam untuk membeli bawang di kedai runcit. itu saja.

kalau tasneem buat salah, emak akan larang sekali saja, tu pun dengan kiasan. sebab bagi emak, emak tak mau anak emak terasa hati.

lepas emak bagi kiasan, emak akan cerita baik buruk buat satu satu perkara. hmm. halus kan cara emak tasneem.

entah la, kenapa pagi ni tasneem rindu sangat pada emak tasneem. rasa kaki ni nak sangat berambos ke kampung dengan kadar segera. tapi, kelas pula padat sangat. hanya mampu talipon, lepas tu tanya khabar emak, lepas tu rasa sebak, lepas tu air mata mula mengalir, lepas tu mula cakap dengan emak siap teresak esak. hmm.

sambil menaip pun dah mencurah air mata ke ladang gandum. tak talipon lagi tu. :'( . dah la, nak talipon emak sejurus publish entry ni.

hampa tak rindu emak hampa kat kampung ka? :(

terima kasih sudi baca ^^

Segmen Hakim Bloglist Sempena Ramadhan

*** Entri Sticky Post ***
Entri terbaru boleh scroll kat bawah
 
 
Segmen Hakim Bloglist Sempena Ramadhan
Banner kredit Kathy Rbain


Syarat-syarat penyertaan



  • Mempunyai Blog (Wajib)
  • Follow belog Hakim Faiz , Bagi yang sudah follow...boleh abaikan button followers tu
  • Add Google + Followers Mohd Hakim Faiz tu....ikhlas tau...Allah maha melihat bila anda tak ikhlas..
  •  Letak tajuk " Segmen Hakim Bloglist Sempena Ramadhan "
  • Entri korang boleh buat yang korang suka, tak pun copy & paste je entri nie dalam kotak entri anda...Senang je kan..tak perlu nak taip dan apa-apa lagi kan 
  • Tag dua orang...pastikan mereka tahu..wajib tau    
  • Akhir sekali tinggal link kat dalam kotak komen.....kat cbox Hakim tidak layan sama sekali...harap maaf 
  • Hanya terbuka kepada Blogger Malaysia sahaja.
  • Like fanpage 1 , 2 

10 Bloglist akan diletakkan http://sub.mhakimfaiz.my/
 atau saya akan letak semua sekali disalah 1 yang join segmen blog-list ini


Tambahan RM5 x2 pemenang

jika ada tambahan akan diberi tahu kelak 

Tutorial Copy paste kod html


HTML code

Copy code di bawah ni dan paste ke ruangan Html post korang. Siapa tak reti guna copypaste coding entry, boleh tempek banner dan linkkan ke entry ini. Then, Publish.

tasneem tag,

Tuesday 2 July 2013

senang hati dengan orang yang macam ni.

Assalamualaikum. ^^

berbekalkan idea yang seciput, tapi hati meronta ronta nak post entry baru. ish dok tak diam betul lah hati ni. rehat jap lah sehari dua. baru semalam post entry baru kan. tapi takpa, nak penuh kan impian hati, tasneem cari idea. apa yang di kongsi kan. kan. kan.

kali ni, nak kongsi, jenis jenis manusia di muka bumi ini, yang di sukai ramai.

1. orang yang murah dengan senyuman.

sejuk hati mak mengandung kalau tengok anak pinak budiman dengan senyuman. tak payah nak senyum selalu, cukup la kalau senyum bila nampak orang. bukan masuk  buku 555 pun kalau senyum. tengah urat urat tensi kita tegang keluar, dek kena marah dengan bos ka, hutang tak habis bayar ka,  assignment berjuta juta lemon ka,  tapi bila kita tengok orang senyum kat kita, otometik, reda sikit kan serabut kapala hotak kita. setuju?

2. orang yang pandai tak kedekut ilmu.

syok sungguh nak rapat dengan orang yang macam ni. dah la bijak bestari, tak kedukut pula nak kongsi ilmu yang ada. bila dia dapat sikit ilmu, dia kongsi ramai ramai. dia tahu sikit tips, dia share beriban dengan orang. contoh nya blogger, bila dia dapat tahu orang memerlukan apa apa tips, dia offer nak tolong. ish bagus! ni tak, ada orang yang pandai, sangat pandai, bila kita tanya sikit ja, dia sorok ilmu rapat rapat. kalau ilmu dia tu berisipadu, memang sah dia simen rapat rapat dalam dinding rumah. tak bagus betul.

3. orang yang baik.

sapa la yang tak suka rapat denga orang yang baik. semua nya yang di buat, kita rasa senang saja. tak main cocok cocok belakang kita, tak suka tanduk tanduk kan kita, tak jadi hakim yang tak bertauliah terhadap diri kita. sejuk hati perut ginjal paru paru kita bila rapat dengan orang macam ni. ni tak, baru ada sorang dua puji dia baik, mula la nak jadi hakim yang tak bertauliah. nak cakap kita teruk la, kita itu la, ini la. tak pun, depan nampak baik, belakang, main tikam tikam belakang pulak. -_- benci. bila kita rapat dengan orang baik ni, dia akan buat kita sangat selamat untuk rapat dengan dia. best.

                                                                                                                                  

mungkin tu apa yang hampa suka, bagi tasneem pulak, tasneem suka bila :

4. bila kakak celcom pemurah.( sebab tasneem guna broadband celcom) 

"bill broadband adik, tak payah bayar bulan ni, bulan depan, bulan lagi satu depan, bulan lagi satu satu depan, juga bulan satu satu satu lagi depan. pakai la dengan free ye. lepas tu, nah singgit. buat beli cekelat". siyes akak tu akan disayangi tasneem serta merta.

5. lecturer yang budiman markah.

kita semua tercari cari seorang pendidik yang budiman markah. kalau dapat lecturer kedekut taik idung agak masin, sanggup wehh extend tahun depan subjek tu, amik tahuh depan demi lecturer tersayang tu. lagi lagi la lecturer yang : "ok, baik lah pelajar pelajar, mulai sekarang, awak semua tak payah datang kelas ye, pergi la buat amal kebajikan. nanti dua hari sebelum final, datang bilik saya, copy semua soklan final, ye" tasneem akan jawab" ishh, baik sungguh lecturer ni, budimannn"

6. kawan yang ambil berat.

sedang tasneem bawa benda berat seperti tiga belas ketul buku yang besar gedabak, serta pelbagai lagi beg yang berat berat ke kelas pada tengah hari yang terik lagi panas, tiba tiba, muncul makhluk yang di cari cari bersuara : " tak payah la nak bawa semua benda alah tu, meh saya bawa semua, saya memang suka amik berat. yang ringan tak suka. yang ringan awak ja bawa ". tasneem akan balas : "terima kasih :D"

sekian, tu saja beberapa orang yang menyenang kan hati kita. kalau fikir fikir balik, apa saja lah yang ada kat tasneem yang boleh senang kan hati orang. kadang kadang, kita dah try yang terbaik, tapi orang, samaada salah anggap ataupun, tak perasan apa yang kita buat tu.

terima kasih kerana sudi luang kan masa baca entry tasneem kali ni ya :)

Monday 1 July 2013

theme facebook kecintaan hati.

Assalamualaikum. ^^

theme facebook tasneem. :')

riak tahap tak leh belah. hahaha. tasneem dah tukar theme facebook tasneem. macam okey ke macam tak? hehe tak kisah lah, asal hati tasneem ni dah suka dengan warna theme ni tak ketahuan hala dah. jom lah tukar, buat facebook lebih comey comey. ^^ semangat sikit nak update status. 

terima kasih sudi baca. :')