Friday, 24 June 2016

Halalkan perkara baik

Assalamualaikum 


BeeTalk

Kisah kami bermula dari sini. BeeTalk. Dari seorang pekerja kilang (kononnya) yang bersungguh nak kenal dengan Tasnim. Setiap hari pekerja kilang ni akan call tasnim pakai BeeTalk call. Setiap hari dia call pastu bersungguh pulak dengar cerita tasnim. Boleh dikatakan setiap hari dia mintak number fon tasnim. Tapi hati lepas kecewa kannnnnn. sapa nak bagi hahaha.

Lama kami chat dalam beetalk sahaja. Lepastu tasnim macam nak kenal pekerja kilang ni dengan lebih jauh. tasnim bagi laa number fon. tapi bagi macam ni. 011 123456* tasnim tinggalkan satu number belakang. dalam 10 minit macam tu, tasnim terima satu call. jeng jeng jeng...

masa mula mula kenal, masing masing gemuk :)

tak dinafikan sangat susah nak kenal orang yang baik dari laman sosial. ingat lagi masa mula kami kenal. masa tu tasnim baru habis diploma. tasnim kerja cashier. balik pukul 10 malam. boleh bayangkan tak, tasnim g jumpa lelaki dengan tak mandi. tapi tasnim g jumpa ni dah mintak kebenaran dari abang tau ^^

tapi relek relek ja dia terima tasnim. hoi! malu laa jugak sebab tak mandi hehe.tapi tu laa orang cakap, jadi diri sendiri. lepas pada jumpa tu tasnim dah set dekat diri. kalau balik ni dia call aku, aku teruskan berkawan. kalau tak, nampak sangat dah tak terima aku. Bila balik tu, tasnim dapat call dari dia. haha happy khemain!! :D

bila dah setahun kenal, dia bagitau tasnim yang dia seorang engineer. ada degree pastu kerja dengan FGV. phewww terbeliak tasnim dengar. mati mati selama ni tasnim ingat dia habis belajar sampai SPM ja. hahaha (dalam hati dok cakap aku lagi pandai dari dia sebab dia ada SPM ja)

tulaa orang low profile ni sangat baik, nasib jugak tasnim tak reject dia dari awal. tapi dia banyak sangat support tasnim masa belajar. dari segi duit, makan minum semua laa. dia support tasnim untuk kurus. 

dah 3 tahun kami kenal dan tahun ni InsyaAllah kami bakal bertunang. Alhamdulillah segala persiapan berjalan dengan lancar. kedua dua belah keluarga merestui dan memudahkan urusan kami untuk mendirikan masjid.

2013 vs 2016

cincin mahal khemainnnn. kesian awak huhu

tak sangka nak jadi tunang orang dah. rasa baru semalam dok main tuju kasut :D

Phewwww! thank you baca karangan yang tak berilmiah ni

Saturday, 23 April 2016

Perfume Artist

Assalamualaikum

Precious by Cheta


Highly recommended everyone to get an awesome Precious perfume, It's the best smell ever.

To purchase please WHATSAPP 019 5085731

Thank you :)

Saturday, 27 February 2016

butter prawn

Assalamualaikum 

alang alang free ni, mari lah tasnim share sikit dengan hampa macam mana nak buat butter prawan. ramai yang request suruh tasnim masak kan and sebab tak sempat tasnim mintak maaf banyak banyak. next time ada rezeki, tasnim buat open house okey :)

jangan marah tau.

dah meningkat dewasa ni *cisss tak boleh belah sangat tau haha* hobi tasnim adalah memasak. lagipun masak sendiri dijamin bersih dan sihat okey!

BAHAN-BAHAN: (untuk 2-4 orang makan)  
kuali untuk goreng
2 sudu butter (untuk tumis)
1 ulas bawang putih (cincang cincang)
12 ekor udang
3 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pepper(lada putih)
1 sudu kecil black pepper

masuk kan by step dalam kuali tau. tasnim dah susun siap :)


sarang udang
5 sudu butter
1/2 cawan minyak masak
2 biji kuning telur
senduk bulat untuk senang kan proses ^^

Cara :
pukul kuning telur
panas kan butter dan minyak
pusing kan minyak dengan senduk bulat membentuk satu bulatan
masukkan kuning telur (make sure tuang tinggi sedikit untuk dapat sarang yang halus)


selamat mencuba :)

Thursday, 25 February 2016

Third Class Mentalitily

Assalamualaikum 

Actually entry ni  bukan nak ditujukan untuk sesapa. tapi just nak sentuh sikit pasal pemikiran kelas ketiga supaya tak jadi this kind of 3rd class mentality okey?

orang yang mempunyai pemikiran seperti itu tidak akan maju kehadapan dan juga telah menghalang orang lain untuk maju kehadapan. samaada dia takut untuk mencuba atau dia merasakan dia terlalu perfect untuk memperbaiki dirinya. maka dia akan memandang rendah pada kebolehan orang lain. tell me.. macam mana kita nak jadi bangsa yang maju kalau pemikiran macam tu ada dalam diri kita.

tak perlu guna BI kalau tak reti

Look. ini adalah pemikiran orang yang sememangnya takda kelas bagi tasnim. kalau laa semua orang fikir macam tu, takkan ada sesiapa yang berani nak guna English sebab takut kena condemn dengan orang yang Master dalam english ni. orang yang bijak pandai tak kan mengeluarkan statement seperti itu. seriously i am so tired with that kind of mentality.

tahukah.. the best to fully learn a language is actually use the language. kita kan non-native speakers, so normal lah kalau our English poor. Actually nothing to be ashamed of in trying to use English. tapi pemikiran sebegini dari orang yang claim diri dia hebat dalam english will make people fear to use english and I really hate that.

even my teacher, my brother, my lecturer pun selalu cakap. bialah english kita ni broken gila. tapi guna jugak sebab practice make perfect kan.

orang tu mesti tak tahu kan kenapa diwujudkan subject bahasa inggeris. kena buat esei semua tu. sebab nak suruh orang yang tak reti english belajar dan practice laa.

teguran yang mengatakan yang my English teruk, tasnim terima dan actually im still learning and improving my english. tapi statement yang mengatakan jangan guna english kalau tak reti guna. tasnim bangkang sekeras kerasnya. orang itu atau sesiapa sahaja yang ada pemikiran 3rd class seperti itu, pleaseeee buang laa.. ni takkan bawa kita kemana mana. malah pemikiran seperti itu hanya akan merugikan kita dan bangsa.

ilmu ni tiada batasan. setiap hari kita belajar. buat mistake. kita betulkan pastu belajar lagi. macam dalam blog ni. kadang kadang dengan penulisan, dapat juga kita improve kan. i dont afraid others will tease me. even right now, im still learning and takda rasa malu. i used wrong grammers or words. orang tu harus faham yang tasnim mahu jadi orang yang pandai. tasnim tak mahu jadi orang yang suka mengkritik pastu tak suka pandang rendah pada orang lain. untuk menjadi orang yang pandai, tasnim harus berusaha. memperbaiki diri dan berani dengan apa yang tasnim buat.

my mother cakap loghat baling, kedah(arwah mak memang tak reti cakap english) sepanjang emak ada. mak tawu, yes and no. and trust me. I really miss that moment :( abah tasnim pun tak tau cakap english. tapi kalau nak cakap tasnim ni guna broken english dalam blog ni, normal laa. sebab tasnim tak didedahkan dengan english masa kecik. at least tasnim try jugak nak guna. maklum berwarganegara Malaysia dan tidak berbangsa mat saleh. jadi mentality seperti tu tik perlu ada dalam diri kita sekiranya kita ingin melihat bangsa kita berjaya.

jadi ingat. jangan kita memnadang rendah pada orang lain. jangan kita buat orang lain takut untuk mencuba. sebab... kalau kita pandai, biarlah semua orang pandai kan?

arwah mak pesan. sentiasalah berpijak dibumi yang nyata. berdiri di atas kaki sendiri dan yakin dengan kemampuan diri. Insyaallah.. kita pasti jadi orang yang berjaya :)



terima kasih daun keladi, esok esok baca lagi ^^

Thursday, 21 January 2016

Kronologi Atkins

Assalamualaikum 

Delay this entry terlalu lama. tapi disebabkan ramai yang inbox tanya how tasnim lose weight and now believe me this is going very panjang lebar punya story. And tips tasnim nak kongsi harini not only in diet term or else. but merangkumi all aspect yang mana boleh menolong menurunkan berat badan. this entry not only orang yang ada masalah berat badan ja yang boleh amalkan but semua orang yang still tak berjaya kurus lagi.

lets start the kronologi dari awal tau..

time kecik sampai standard six
actually tasnim dari kecik lagi berbadan besar. emm genetik weh. masa kecik kecik senyum telinga ke telinga ni sebab orang selalu cakap comel. sampai masuk sekolah rendah. masa tasnim darjah dua, teacher selalu puji yang tasnim cute. apa apa dia akan lebihkan tasnim. oh heaven. means bukan lebih apa pun, apa2 kerja dia akan tanda then letak banyak banyak star kat buku. yang lain mestilah jealous sangat haha. okey story bermula bila tasnim mula sedar bila tasnim dah naik darjah enam. badan memang naik gila! kalau misi mai check berat ka tinggi ka, mesti tasnim nak jadi orang last sebab malu. pastu balik rumah dengan hampanya. mula nagis belakang pintu. kenapa tak kurus macam orang lain. hoii sedih :( then masuk sekolah menengah, sama laa. orang lain ada boipreng tapi tasnim sapa nak pandang. sebabtu tak pernah bercinta satu kelas, sekolah. haha tasnim malu. masa sekolah tasnim main main tekan number ja kat talipon. pastu message haha senoiii nya rasa!! aww ^^ jumpa jangan harap laa. tasnim tak berani sebab mak tasnim bab bab ni sangat serious. mak tak bagi. kalau kantoi message ngan laki ni, alamakkkkk habislaa. lagi satu, bukan tasnim takmau jumpa tapi teringin nak jumpa sangat. tapi tasnim tawu, lepas jumpa mesti senyap punya sebab I tak cantik :(

my own diet
After finished school tasnim pakai duit biasiswa untuk beli teh orang kampung. sangat femes dulu okey haha. lepastu minum dua hari ja stop. sakit perut sangat and tasnim fikir kenapa cousin aku boleh bertahan dengan teh ni sampai kurus. Ya Allah, kalau hampa tau rasa dia *&#%^*$@#&!
I dont tell my mom sebab takmau dia risau. Beli pun nyorok nyorok as tasnim boleh drive sendiri hehe. then lepas stop ambik and tasnim fikir. what should i do? macam mana nak turunkan berat badan ni. makin fikir, makin cakap tak palah makan laa dulu. makan sikit ja sampailaa berat tasnim 95kg!! ohmaiii masa ni baru 18 tau. then masuk kolej. haha malu ni tak yah nak cakap apa laa. orang lain pakai lawa lawa kot. tasnim daftar just pakai macam mak mak orang nak g market. okey tasnim tak kisah pun. memang dah biasa orang panggil akak, akak ooo akak. okey fine -.-

mak cik sangat kannnn 

dah masuk kolej, pandai pulak bercinta. tapi kenal kat fb ja. tasnim ingat lagi tasnim letak gambar ainan tasnim. masa ni ainan tasnim tak femes lagi. so ramai yang still tak kenal dia. tapi satuuuuu ja gambar dalam fb tasnim which is profile picture tasnim and no other else. gila kan hahahaha. tapi kali ni tasnim serious. tasnim pergi jumpa dengan kawan kawan. tapi sebelum jumpa tu tasnim bagitau yang tu bukan tasnim. but he said okey. kami pun pergi penuh satu kereta, lawak oiii. kelisa naik 5orang. kesian kereta afiqah. btw tenkiuuuu fiqah. mestila reaksi first jumpa is like whattttttt!! haha tak kisah laa. tasnim buat tak tawu ja. tasnim dah pasrah sebenarnya and tak sanggup mainkan perasaan orang. kalau dia taknak, tasnim let him go ja. tapi bila stay tasnim tak rasa pun macam couple couple lain. okey fine memang nasib aku kot. pastu dia mintak putus masa semester break and  a few weeks, mak tasnim meninggal. benda yang tasnim tak duga nak jadi.yang putus cinta ni normal, tapi putus hubungan selama lamanya dengan emak ni sakit sangat.

start dari situ, tasnim tak lalu makan. tasnim hari hari nangis sebab tasnim terlalu rapat dengan emak. emak pergi sebab demam ja. senang sangat emak pergi kat sebelah tasnim masa tasnim drive otw g kuala lumpur. emak meninggal masa tasnim mula start practicle. dekat office, akak akak office dah kenal ngan tasnim yang selalu nangis. bila rindu emak ja tasnim nangis huhu. tasnim makan bekfes kadang kadang, pastu lunch and tak makan dah. kadang kadang ja makan malam. benda ni berterusan sampai laa tasnim loose weight dalam 85 from 90 something. okey confident ni dah ada terbawak sampai tasnim jumpa orang yang ikhlas terima tasnim which is my boyfriend now.

university time
part ni memang part paling though la. bf tasnim sampai offered nak bagi iPhone 6s kalau tasnim dapat ideal weight which is 52kg. menangis ni dengar and alhamdulillah he is the best supporter and listener for me. mula mula tasnim buat tak endah je sebab fon 4s tasnim still boleh pakai. tapi a week lepas tu, memori tasnim full sebab rajin update ios. errr -.-' mula laa fikir, kalau laa dapat fon baru.......

then start tahun baru, tasnim terfikir kenapa dia sanggup offer benda yang mahal gila bagi tasnim untuk tasnim loose weight. tapi serious tasnim tak pandang pun iphone tu untuk kurus. tasnim just kurus untuk dia sebab reward laa dia terima tasnim yang tak lawa ni x_x then tasnim pun mulaa laa dengan ATKINS. 2 weeks tasnim lost 5kg. tasnim memang strict sebab sepanjang dua minggu tasnim tak minum air manis. sampai pening kepala weh haha. nasik, carbo memang tasnim tak sentuh langsung. nak beli stevia tak mampu. bagi tasnim mahal. kalau pening tu tasnim minum jugak seteguk ke dua teguk milo ^^

register diploma and regester degree

even lambat lagi nak kawen tapi kena laa start dari sekarang. untuk resepi atkins tasnim share nanti tau. haha nak sambung buat kerja. boss nampak kang! cuti sem kerja. hmmm so so ja rasa :(

tapi tasnim nak conclude kat sini is nak kurus senang ja. motivated diri, disiplin penting.

malu sebenarnya nak ambik gambar depan orang. tu yang jadi laguni. kira nak blah ja  haha



thank you for always being there for me :)

terima kasih sudi baca :)