Tasnim anak kampung pendalaman di Kedah. and no matter what people say about me, im proud to be Kedahan. sejak Tasnim dibesarkan dengan suasana kampung. Tasnim ketinggalan. Tasnim tak tahu teknologi. i've been totally outdated in IT, MUSIC, FASHION till now.
But then, Tasnim tak pernah melihat ini sebagai satu
kekurangan terbesar Tasnim. tasnim dibesarkan dalam keluarga yang tidak kaya. sejak kecil, tasnim begelumang dengan lumpur, selut, pacat, lintah malah pernah jatuh pokok and macam macam.
time tasnim kat sekolah, tasnim akan tolong pak cik kantin jual air sebelum masuk kelas KAFA. jadi setiap hari tasnim akan dapat seringgit. and tasnim just ambik 50 sen untuk tambah duit emak bagi takut ada emergency case kat sekolah dan lebih nya masuk tabung. emak tasnim memang ajar tasnim bawak duit sikit untuk ke sekolah. kadang kadang tasnim cemburu tengok kawan kawan lain bawak duit banyak banyak ke sekolah. tapi bila besar, tasnim faham kenapa arwah emak ajar tasnim bawak duit sedikit untuk ke sekolah.
tasnim tak pernah ada tuisyen sepanjang hidup tasnim kecuali masa SPM. bila abang tasnim dah mampu untuk hantar tasnim ke tuisyen. Tasnim study apabila esok mahu exam. tasnim study sepenuh hati. tapi alhamdulillah tasnim selalu cemerlang dalam pelajaran walaupun tidak menjadi top student. tasnim dah bersykur dengan itu.
look. bila kita dilahirkan dengan keadaan susah, kita hanya fikir untuk servive setiap hari.
sejak tasnim kecil, tasnim tak didedahkan dengan perkara perkara grand. tasnim tak makan KFC, tasnim tak makan MCD, and tasnim juga tak makan pizza. and perkara itu terbawa bawa sehinggalah tasnim ke kolej hinggalah sekarang. makanan tasnim adalah nasi dengan ulam. sapa yang kenal tasnim, tahu lah betapa tasnim tidak tahu makan semua itu. see? told you that im so oldfashioned woman but yeah! im okey with that.
Tasnim selalu letakkan dalam diri tasnim. ALWAYS FIGHT FOR WHAT YOU WANT. jadi setiap benda yang tasnim dapat adalah sebab tasnim mahukan. dan tasnim berusaha ke arah itu. begitu juga dengan pelajaran. kalau tasnim rasa nak score tinggi tinggi, tasnim akan study bersungguh sungguh. kalau tasnim tak nak, tasnim akan study sambil lewa.
tasnim bertatih, bangun slow slow untuk menjadi seperti tasnim di hari ini. malah even harini, tasnim masih terbiasa dengan keadaan tasnim dulu. namun tasnim bersyukur. setelah susah payah tasnim lalui selama ini, tasnim mampu buat arwah emak dan abah bangga dengan tasnim. thank you Allah.
satu perkara yang tasnim ingat arwah emak ajar, jangan memandang rendah pada apa yang kita ada. jangan pandang rendah terhadap kebodohan kita. jangan pandang rendah terhadap ibu bapa kita yang tak berpelajaran. jangan pandang rendah terhadap sekolah kita even bukan sekolah elit. in short, jangan pernah memandang rendah pada apa yang kita ada.
dilahirkan sebagai orang kampung, orang susah, tasnim belajar banyak perkara.
bila kita tak ada seperti apa yang orang ada, kita berusaha dan jangan terlalu mengeluh. sekiranya kita ada segala galanya, kita harus bersyukur dan tak salah kalau sesekali kita pandang orang bawah kita.
that's all. harap lebih kenal tasnim tau ^^