Tuesday 29 October 2013

Peperiksaan Akhir Bermula :)

Assalamualaikum ^^

hoi final exam dah mula! berhenti dari bermuka buka, belog juga laman gossip untuk setengah bulan. =.= (jangan risau, tasneem akan curi curi bermuka buku jugak). semua ni untuk kepentingan masa depan tasneem! masa depan anak bangsa kita, tuan puan!! (oh, salah script)


bersedia untuk mentepukan otak ^^

kini bermula lah adegan mengerah otak sampai tepu, membuka mata seluas alam dan melapang kan dada selapang lapang nya. untuk study last minit di mana minit minit yang lepas berlalu dengan aktiviti aktiviti yang tak berfaedah. contoh nya, menyonteng dinding dengan pelbagai warna, melahap makanan dengan berjaya, bersuka ria dengan seboleh nya dan macam macam lagi lah. buku? tak sentuh pon. huhu. jadi sekarang baru nak manjakan diri dengan buku. (semoga buku menerima kehadiran tasneem dengan terbuka)

di bawah merupakan list list yang diundang untuk semester ni :

  1. ISLAMIC BUSINESS
  2. PRINCIPLE OF AUDITING
  3. ENTREPRENEURSHIP
  4. MALAYSIAN TAXATION II
  5. ACCOUNTING THEORY & PRACTICE
  6. CARRIER MANAGMENT
ni port kami lepak. orang lain, blahhhh ^^

dalam semua list tersebut ada beberapa subject yang tasneem sangat yakin untuk final exam. huhu tapi ada jugak macam nak undur diri dari medan perang ni. Carrier Managment merupakan kelas terakhir untuk semester ni. dengan rajin hatinya tasneem pergi kelas. harapkan markah lebih dari Madam Nazira. buat subject lain, tasneem gembira dengan kehadiran mereka. suka sangat :') tepuk tepuk!!

maka dari saat ini tasneem nak buat satu confession "PRINCIPLE OF AUDIT" tasneem cinta awak. tax, awak jugak!!

tasneem harap sangat semester ni merupakan semester terakhir yang baik sebelum melangkah alam practicle. keputusan tasneem akan berbunga dengan keputusan yang cantik. sebagai ganjaran, kalau tasneem dapat keputusan yang cantik, tasneem akan puasa tiga hari, beli talipon baru serta ternak lemak banyak banyak kat mana mana ja yang tasneem suka. macam kat sekolah dulu, mak abah merupakan ciptaan Allah paling gembira setiap tahun pabila lihat report card tasneem. -.-

tasneem selitkan doa supaya kita sama sama mendapat keberkatan Allah seterusnya mudah untuk mengingati apa yang telah kita study. Ameen.


semoga kita mendapat keputusan yang hensem dan cantik ye :')


p/s : doakan tasneem dapat jawab untuk final nanti ya. :')

terima kasih sudi baca.