Thursday 30 May 2013

Self Capture ^_^

Assalamualaikum :)


ini adalah hobi masa lapang. Selca. lepas tu, bila balik lepak lepak, tengok balik phone sendiri, macam. tak. percaya. dengan. diri. sendiri. kenapa lah aku jadi perangai sedemikian rupa. kenapaaaa? kenapaa?? tu yang belum tengok dalam henpon kawan lagi. tskk T_T'

alaa. okay la tu suka buat hobi hobi macam ni, kalau hobi suka mengumpat, fitnah orang, susah pulak.

terima kasih sudi baca :)

Sunday 12 May 2013

Perihal Bakal Final Exam.

Assalamualaikum ^^


seminggu lagi (22Mei), tasnim akan start exam. hoi. cuak kot. walaupun nampak steady semacam je. memandangkan exam berikut adalah exam terakhir tasnim sebagai seorang student second last semester,  well, kadang kadang benda macam ni boleh jadi riak.

tapi tetap rasa sedih. sebab lepas tu, tasnim akan grad. dengan grad, bermakna, lepas tu kita akan kerja, lepas tu hilang nikmat cuti semester 3 bulan, hilang lagi nikmat boleh bangun sesuka hati masa hari takde kelas, sebab lepas ni rutin harian kita kerja pukul lapan, menganga, lepas tu balik pukul lima. 

bapak boring. *sia sia bapak dipersalahkan*. tapi best juga, dapat duit, kan :') InsyaAllah, kalau ada rezeki, tasnim akan terus sambung Degree. Aminn. Boleh jadi student lagi. okay, kali ni senyum siap keluar air mata banyak banyak. :') :') :')


sepanjang minggu ni, tasnim habiskan masa dengan study. kali ni buat revision lebih awal. rajin sangat apehal? rasa bersalah pulak dengan diri sebab rajin sangat. huhu

slip exam puaka. kalau tak bawa ni masuk exam, silalah pecah peluh balik hostel lepas tu masuk dewan balik 30minit lewat. kesian.

tiada yang lain kita boleh berharap, melainkan ALLAH, satu satunya yang tahu kelemahan kita, dan satu satunya yang mampu mengabulkan usaha kita. insyaALLAH.

p/s : doakan tasnim dapat jawab exam dengan lancar ye! Amiinn.

terima kasih sudi baca ^_^

Monday 6 May 2013

Now it's time to move toward national reconciliation.

Assalamualaikum :)

Pssstttt!! tasnim ada nak bercerita sikit. Rahsia ni! Penyokong-penyokong tegar PR tasnim tak benarkan baca. tinggalkan jer. pergi tengok video Ironman ke, Doremon ke lagi bagus. suka hati korang lah. hahaha.

usaha gigih untuk PRU13 #

Secara ringkas, dalam BN ada UMNO, MCA da MIC. atas dasar persefahaman yang dah dimeterai, secara de-facto UMNO sebagai ketua BN mewakili orang Melayu dan bumiputera termasuk bumiputera orang Asli, Sabah dan Sarawak. MCA menjaga hal-ehwal kaum Cina dan MIC hal-ehwal orang India. simple dan mudah untuk difahami. UMNO juga penjaga ugama Islam. manakala MCA dan MIC menjaga budaya dan pilihan agama masing masing. masih lagi mudah nak difahami.

okey. tampar yang kiri tu. tampar cepat. jumpa abang. adik tasnim rasa happy. :') adik sangat.

berfikirlah secara rasional dan terbuka untuk memilih calon terbaik untuk hari mendatang. tak elok rasanya meludah kepada orang yang telah memberi bantuan dan menjaga kebajikan diri kita. umpama melepaskan anjing yang tersepit (menolong orang yang tak tahu berterima kasih). tiada perkara yang lebih indah daripada mengecapi nikmat keamanan. :)

posing daripada golongan yang terlebih yakin. =.=

Terima kasih Ya Allah atas keamanan yang kau berikan kepada bumi Malaysia. kekalkan lah keamanan ini untuk selama lamanya Ya Allah. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

p/s : jangan sibuk memikirkan apa sumbangan negara pada kita, tapi fikirlah apa sumbangan kita kepada   negara.

terima kasih sudi baca T_T

Thursday 2 May 2013

I Love You BFFs ♥

Assalamualaikum :)

ini entry jiwang-jiwang tau tau tau. latar belakang entry ni, lagu Memori Daun Pisang versi M Daud Kilau Nyanyi. entry dedikasi khhhasss (siap ada idgham ma'al qunnah) untuk BFFs tasnim. BFF di sini bukan bermaksud Bratt Frit Frooot tapi Best Friend Forever. dan khhhhas juga buat kawan rapat tasnim.

mempersembahkannn...


Ini BFF tasnim. Eka (kanan). kawan baik tasnim sejak 2009. kami kenal dari sekolah menengah dulu. inilah satu satunya manusia paling lama bertahan memegang tahta BFF tasnim. beliau selalu kuatkan tasnim masa tasnim jatuh,dan kongsi happy.

paling sweet dengan Eka, yakni, satu, beliau selalu tanya dulu boleh ke couple dengan si polan si polan, dua, tasnim selalu tumpang rumah beliau masa SPM.

tapi baru baru ni, kitorang kurang fesbuk fesbuk atau mesej. masing masing macam sibuk. hmm dahku harap, dikau ingat dahku dalam doa mu.

ni lagi dua BFF tasnim. Piqah dan Fiqah. kiranya pakej la kawan dengan dorang. kawan satu, dapat dua. sebab dorang kembar. hikhik. bagi tasnim kenal dengan mereka ni, adalah satu anugerah dari Allah. banyak benda yang tasnim belajar dari dorang.  kebanyakannya secara tak langsung. tak hipokrit. sweet, dan kuat.

ini pulak lagi satu BFF tasnim. Farah. ini adalah spesis kawan paling satu kepala dengan tasnim. walaupun baru kenal, tapi kan, tapi kannn, senang kamcheng dengan beliau oleh kerana kiteorang ni ada la banyak persamaan. contoh paling ketara, dua dua cute. cuma tasnim lagi cute, siap pakej sopan santun, menghormati orang tua, dan ohsem. -.-'

paling suwit tasnim dengan beliau adalah setiap hari. tak lah. hampir setiap hari. wajibal qunnah ada personal message dari beliau untuk tanya kan tentang subject yang tertinggal oleh sebab beliau tak hadirkan diri ke kelas -..- buat tasnim rasa tak pernah takde kawan. walaupun kemain malas tasnim nak reply balik.

ini antara kawan kelas tasnim. kawan baik juga. semua baik. tapi salah sorang dari dorang, banyak bantu tasnim dalam pelajaran. banyak tolong tasnim dalam kesusahan. banyak bagi motivasi untuk tasnim. banyak susahkan diri dia dengan tasnim, banyak bimbing tasnim dalam nak berubah. sobbsobb.

ia jatuh kepada Fatin. yang tengah, tudung hitam, sebelah kemut mulut tu. wuuu T_T banyak terhutang budi dengan beliau. paling tak boleh lupa antara kami berdua adalah, sejurus habis exam, terus kami ke Kampung tasnim. sanggup dia tak balik Langkawi lagi.

ini pula Atiqah. kawan tasnim. beliau merupakan pembaca tegar belog tasnim walaupun dalam keadaan terpaksa. dia baik. wuu T_T paling sweet dengan dia, yakni, dia selalu bagi tasnim Biskut Jacob's masa tasnim lapar. hampir setiap hari tasnim makan biskut tu. dah tinggal setengah tin. hikhik. claim HALAL je la supaya dia tak marah.

 
wahhh. ramai kan T_T

***

Alhamdulillah. walaupun tasnim cuma ada beberapa ketol sahaja kawan baik, tapi syukur kemain ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan tasnim sahabat yang selalu ada waktu senang dan susah. lagi suka bila ada waktu susah. hikhik.

semoga ukhwah kita bukan sahaja di dunia, namun kekal hingga ke akhir hayat kelak. Ukhwah yang ikhlas bukan kerana apa apa, tapi untuk mengeratkan lagi hubungan di jalan Allah. ukhwah fillah abadan abada. Amin Ya Rabb

yang lain, meh la jadi BFF dan kawan baik tasnim. ecehh.

terima kasih sudi baca ^^