Friday 13 November 2015

Langkawi

Assalamualaikum 

Hoi! Lama sangat tak update blog sebab frust tak dapat offer mana lepas habis diploma dulu. Kerja hampir setahun, cukup kumpul duit untuk sambung belajar and I got offer to future my degree at UPSI! haha now, I am UPSIAN ^^ belajar dengan cuti tak dapat dipisahkan. Lepastu sekarang kan cuti MID SEM and tasnim pun decide nak pergi Langkawi untuk relek relek kepala otak yang sarat dengan esaimen.

Tasnim plan sesorang. Plan harini, esok pergi. Macam tu laa. Tasnim tak boleh plan setahun sebelum, kang tak jadi. haha.. Call Tok, Abah, Abang untuk mintak izin. Tapi depa relek relek ja bagi and depa family yang sangat ohsem!

Travelling sangat tau ^^

Tasnim pergi sendiri. hoii kena independent habis ni. Tasnim decide tinggal kereta dekat rumah tok, lepastu naik bas ke Jeti Kuala Kedah. Ni sebab kes saving minyak dengan tol. Tasnim keluar awal pukul 8 pagi.

                              

Tasnim dari Baling ke Sungai Petani ke Alor Setar sebab nak kejar ferry. Dah tawu mesti ramai orang. Bas dari Baling direct ke Alor Setar ada masalah lepastu lambat gerak. Tasnim pakai Plan B. Lepastu dari Alor Setar, tasnim ambik bas ke Kuala Kedah. ni pun kes jimat, kalau tak, boleh ja ambik teksi. Teksi dari Shahub Perdana ke Kuala Kedah dalam *dua puluh ringggit.

Rare kan tiket bas ni :D

Sekarang tasnim dah boleh save dalam RM17.50 dah. bas ni RM2.50 ja ke Jeti Kuala Kedah. tasnim sampai pukul 12.30 lepastu sebab terlalu ramai, tasnim dapat tiket feri pukul 3p.m. haha lama khemain tunggu! nahhhh! percaya tak, tasnim cuma habis RM38.90 ke Langkawi.

hati dah dekat Langkawi masa ni. pukul 3 p.m pun relek relek ja sabar 

meriah macam open house!

Tapi alhamdulillah, tasnim tak stuck lama untuk tunggu bas. cuma dekat jeti ja lambat sikit. dari Kuala Kedah ke Langkawi ambik masa sejam setengah. nasib laa tak hujan. kalau tak, bergelora. *pening

Sampai sampai ja, kawan tasnim balik office and pick up tasnim kat Jeti Langkawi. lepastu, salah satu sebab lagi, tasnim mai sini nak makan koew teow sup dia. sedap weh. dekat Kilim. then besok tu, kawan tasnim bawak laa pergi makan.

2nd day

lepas dah niat nak makan :)

benda yang wajib mai Langkawi beli adalah cekelat. heaven weh! hmmmm macam tak sedaq dah masa dok pilih cekelat.

overload punya cekelat ^^

exhousemate,exclassmate,exroomate

Sebab muasabab tasnim rasa jimat sikit datang Langkawi sebab tasnim tumpang rumah depa. yang sangat ohsem! yang tak kisah tasnim tidur berdengkur malam malam. haha thank you! may Allah bless both of you :)

Terima kasih sudi baca

Wednesday 25 March 2015

Loves is RARE!

Assalamualaikum :)


rare sangat tau :D

Pernah tak hampa rasa sakit nya perasaan hampa bila cinta yang dibina tak kesampaian? sometimes.. after several years. someone yang kita sayang leaving us, bila fikir balik masa yang dibazirkan bertahun tahun. memang sakit kan.

time tu kita rasa dia totally ja. apa yang kita nampak all the bad things  about him, time tulah kita makan tak lalu. tido tu konpem konpem tak lena. pastu crying sambil makan kek.

Tapi hampa fikir tak. kadang kadang ada hikmah dia. takpa lah kalau dia nak tinggalkan kita. harini kita nangis laa sepusnya. esok kita gembira sambil travelling pulak. InsyaAllah kan. I he stupid enough to leave you, be smart enough to let him go.

Sebab manusia memang tak sempurna. jadi maafkan lah dia. itu yang terbaik.

Dan sakit jugak bila kita mengharapkan orang yang kita sayang hidup bersama kita.bermacam usaha kita lakukan. tapi kadang kadang takdir Allah kita tak terlawan bila dia tak ditakdirkan untuk kita. memang serba tak kena. apa apa nasihat kadang kadang langsung tak berbekas pada hati kan? sebab bagi kita, kita yang tahu perasaan kita. but.. don't let someone become your everything. because when they're gone you have nothing.!"

to be frank, cinta kadang kadang tak selalu menyebelahi kita. cinta jugak boleh membunuh hati kita. tapi bila kita fikir, Allah tak pernah menzalimi kita. malah Dia sentiasa ada untuk kita. bila fikir macam tu, kita insaf.

dugaan itu melatih kita untuk menjadi kuat. sometimes we must get hurt in order to grow. we must fail in order to know.

apa pun yang kita lakukan, just remember your pride. dont exchange it for nothing.

forgets about the sad things.

conclusion nya, sesuatu yang jadi tu mesti ade sebab musabab dia.

cc : uncle, miss you! hehe

terima kasih sudi baca :)


Wednesday 18 March 2015

What I learn from my life

Assalamualaikum :)

I've learned that our background and circumstances may have influenced who we are.
 But we are responsible for who we become.

Sepanjang Tasnim hidup, Tasnim belajar banyak sangat benda. And benda ini lah yang menjadikan tasnim orang yang lebih baik dari semalam. Cisss ayat setelah setahun tinggalkan blog.

And Tasnim berbesar hati nak kongsi dengan semua.

Take your time to read this.

Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu tidak menyakitkan hati awak, mungkin akan sakiti hati orang lain.

Kadang kadang bila kita nak cakap sesuatu tu, kita kena fikir level orang juga. Jangan kita fikir orang tu sama standard dengan kita. Logik ka, kita ni doctor lepastu kita cakap dengan penoreh getah tentang something yang boleh buat dia ternganga? 

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, sebab kita ada satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal hal yang ingin kamu lakukan.

manusia kadang kadang selalu takut pada risiko. Pada kata kata negatif orang. Kadang kadag kita tak dapat nak jadi diri kita hanya kita takutkan orang lain. Apabila kita buat sesuatu, selalu fikir orang lain ketawakan kita. Lepastu kita jadi down. Tu sebenarnya sangat salah. Kita hidup sekali. Peluang kadang kadang tak datang selalu. So apa salahnya, jadilah apa yang kita nak. Macam Tasnim, kalau Tasnim nak buat sesuatu, biarlah apa orang nak kata. Pernah orang tegur Tasnim dulu, 'hang bukannya terer English pun, nati time hang kerja susah'. Tapi Alhamdulillah, tempat Tasnim kerja sekarang sangat membantu Tasnim. Kalau Tasnim cakap salah ke apa ka, sure dorang tegur and perbetulkan ayat Tasnim tanpa gelakkan Tasnim. Simple as that.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal yang terbaik, meraka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Betul. Nak jadikan hidup kita ni happy, tak semestinya kita kena kaya raya. Dapat husband hensem, naik kereta mewah pastu dapat first class and ect. Semua orang nak yang terbaik tapi tak semua kita dapat. Tapi tu tak bermakna kita tak dapat nak bahagia. Orang naik basikal pun kadag kadang hidup dia lebih heaven daripada kita kita yang naik BMW. Kadang kdang orang cacat lebih berbahagia hidup dia daripada ornag yang sempurna segalanya. and why? 

Sebab dia pandai and bijak gunakan peluang. Tasnim admit, Tasnim orang susah. Semua nak tak dapat. Tasnim tak macam anak orang kaya yang selalu dapat yang terbaik. Tasnim biasa biasa saja. Tapi bila Tasnim tahu kelebihan yang Tasnim ada, Tasnim jarang sia siakan. Tasnim gunakan ia sebaik baiknya untuk buat hidup Tasnim lebih baik dan bahagia. Pokok pangkalnya, terpulang pada diri kita.

Kebahagiaan tersedia bagi merekea yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.

Sebabtu dalam hidup, please jangan pernah putus asa. Kadang kadang bila kita putus cinta, kita rasa dunia terhenti. Kita mengamuk, Kita jadi tak ketahuan. Tapi sebenarnya kita harus yakin bahawa semua tu pasti ada hikmahnya. kenapa kita menangis hari ni? kenapa? mungkin kita kena fikirkan reason. bila one day kita dah senang, kita akan ingat masa kita susah dulu.

Bila kita jatuh, kita bangun. Jatuh patpuluhjuta sekalipun, bangun jugak. Putus asa jangan pernah ada dalam kamus hidup kita. ingat, selagi kita ni ada kudrat. apa apa pun kita harus mencuba and mencuba. gagal, kita cuba lagi. kadang kadang kebahagiaan yang kita dapat tu lepas kita gagal berkali kali. memang awesome sangat rasanya.

So conclusion nya..

Setiap benda yang berlaku, kita kena belajar. Belajar dari kesilapan kita and belajar dari kesilapan orang. jangan pernah kita fikir kita tak mampu nak buat something sebab ade orang cakap kita tak mampu,

Tak salah kita fikirkan diri kita, tapi tak salah jugak kadang kadang kita fikirkan orang lain jugak.

Thank you for reading this.