Wednesday, 18 March 2015

What I learn from my life

Assalamualaikum :)

I've learned that our background and circumstances may have influenced who we are.
 But we are responsible for who we become.

Sepanjang Tasnim hidup, Tasnim belajar banyak sangat benda. And benda ini lah yang menjadikan tasnim orang yang lebih baik dari semalam. Cisss ayat setelah setahun tinggalkan blog.

And Tasnim berbesar hati nak kongsi dengan semua.

Take your time to read this.

Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu tidak menyakitkan hati awak, mungkin akan sakiti hati orang lain.

Kadang kadang bila kita nak cakap sesuatu tu, kita kena fikir level orang juga. Jangan kita fikir orang tu sama standard dengan kita. Logik ka, kita ni doctor lepastu kita cakap dengan penoreh getah tentang something yang boleh buat dia ternganga? 

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, sebab kita ada satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal hal yang ingin kamu lakukan.

manusia kadang kadang selalu takut pada risiko. Pada kata kata negatif orang. Kadang kadag kita tak dapat nak jadi diri kita hanya kita takutkan orang lain. Apabila kita buat sesuatu, selalu fikir orang lain ketawakan kita. Lepastu kita jadi down. Tu sebenarnya sangat salah. Kita hidup sekali. Peluang kadang kadang tak datang selalu. So apa salahnya, jadilah apa yang kita nak. Macam Tasnim, kalau Tasnim nak buat sesuatu, biarlah apa orang nak kata. Pernah orang tegur Tasnim dulu, 'hang bukannya terer English pun, nati time hang kerja susah'. Tapi Alhamdulillah, tempat Tasnim kerja sekarang sangat membantu Tasnim. Kalau Tasnim cakap salah ke apa ka, sure dorang tegur and perbetulkan ayat Tasnim tanpa gelakkan Tasnim. Simple as that.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal yang terbaik, meraka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Betul. Nak jadikan hidup kita ni happy, tak semestinya kita kena kaya raya. Dapat husband hensem, naik kereta mewah pastu dapat first class and ect. Semua orang nak yang terbaik tapi tak semua kita dapat. Tapi tu tak bermakna kita tak dapat nak bahagia. Orang naik basikal pun kadag kadang hidup dia lebih heaven daripada kita kita yang naik BMW. Kadang kdang orang cacat lebih berbahagia hidup dia daripada ornag yang sempurna segalanya. and why? 

Sebab dia pandai and bijak gunakan peluang. Tasnim admit, Tasnim orang susah. Semua nak tak dapat. Tasnim tak macam anak orang kaya yang selalu dapat yang terbaik. Tasnim biasa biasa saja. Tapi bila Tasnim tahu kelebihan yang Tasnim ada, Tasnim jarang sia siakan. Tasnim gunakan ia sebaik baiknya untuk buat hidup Tasnim lebih baik dan bahagia. Pokok pangkalnya, terpulang pada diri kita.

Kebahagiaan tersedia bagi merekea yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.

Sebabtu dalam hidup, please jangan pernah putus asa. Kadang kadang bila kita putus cinta, kita rasa dunia terhenti. Kita mengamuk, Kita jadi tak ketahuan. Tapi sebenarnya kita harus yakin bahawa semua tu pasti ada hikmahnya. kenapa kita menangis hari ni? kenapa? mungkin kita kena fikirkan reason. bila one day kita dah senang, kita akan ingat masa kita susah dulu.

Bila kita jatuh, kita bangun. Jatuh patpuluhjuta sekalipun, bangun jugak. Putus asa jangan pernah ada dalam kamus hidup kita. ingat, selagi kita ni ada kudrat. apa apa pun kita harus mencuba and mencuba. gagal, kita cuba lagi. kadang kadang kebahagiaan yang kita dapat tu lepas kita gagal berkali kali. memang awesome sangat rasanya.

So conclusion nya..

Setiap benda yang berlaku, kita kena belajar. Belajar dari kesilapan kita and belajar dari kesilapan orang. jangan pernah kita fikir kita tak mampu nak buat something sebab ade orang cakap kita tak mampu,

Tak salah kita fikirkan diri kita, tapi tak salah jugak kadang kadang kita fikirkan orang lain jugak.

Thank you for reading this.





2 comments:

  1. Nice sharing !
    Semua benda yang terjadi ada hikmah,
    Benda yang tak best buat kan kita jadi orang yang lebih best !

    ReplyDelete
  2. tasneem syg!lama xnampak...miss u more!nice sharing..semua org pernah buat silap..mcm yg tasneem ckp blaja dr kesilapan..jgn sntiasa berada di takuk yg lama je kan..

    ReplyDelete