Friday, 31 January 2014

Jumaat yang ke-7 tanpa Emak..

Assalamualaikum 

rindu nya dengan arwah emak..

selepas arwah emak meninggal, tasneem susah sangat untuk tidur sampai lah harini. bila tidur, tasneem akan buka tingkap, bila datang angin, tasneem harap, tasneem buka mata, tasneem akan nampak emak jenguk tasneem tidur. tapi tak. tak pernah tasneem nampak emak jenguk. sampai sekarang tasneem susah tidur. masa awal awal mak meninggal, tasneem mintak abang teman kan tasneem tidur. lepastu abah. tapi tasneem belajar jugak untuk tidur sendiri. Alhamdulillah, tasneem dah tak susahkan abah lagi untuk teman tasneem tidur. bila malam, tasneem nangis sebab rindu emak, abang akan tegur. tapi abang tak faham, yang tasneem tunggu emak. takpa.

emak baik. dari muda lagi emak disenangi orang. apatah lagi dengan anak anak sendiri. emak selalu manjakan tasneem dengan sifat garang tapi lemah lembut mak. mak akan tegas kalau benda yang tasneem buat tak betul, tapi automatik emak akan jadi penyayang kalau apa yang tasneem buat tu betul. kalau tasneem nak sesuatu, tak pernah tak dapat. cuma lambat atau cepat ja.

tapi bila emak dah tak ada, semua jadi macam satu kejutan. apa yang tasneem nak, tasneem kena usahakan sendiri. nak mintak lebih dari abah, abah mesti tak faham apa yang tasneem nak. sebab tasneem spesis malu nak minta duit selain dari emak. kalau dekat kolej pun mesti tasneem call mak, minta abah bank in kan duit. hehe tak pernah tasneem mintak sendiri dekat abah -.-'

Ya Allah, tasneem rindu emak.

walaupun emak dah tak ada, tasneem harap sangat emak bangga dengan anak nya yang sorang ni. setiap yang tasneem buat, tasneem nak emak suka. 

abang dengan adik janji akan jadi anak yang baik. dan kami janji akan jaga abah selagi kami hidup, mak..

Ya Allah, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk emak ni. apapun, tasneem tak pernah terlepas untuk doakan emak tasneem tergolong dikalangan orang orang yang beriman, dan happy di sana. tasneem selalu percaya, emak selalu tengok tasneem dari jauh, dan emak happy tengok tasneem sekarang.

dan tasneem selalu percaya juga, setiap apa yang terjadi, ada hikmah dan sebab nya. emak meninggal pada usia yang awal, tapi InsyaAllah, 20 tahun tasneem dengan emak, tasneem akan ingat sampai tasneem mati.

Aminn. Emak, i you. Al-Fatihah.

terima kasih sudi baca :')


11 comments:

  1. Banyakkan sedekah Al-fatihah buat arwah..
    Azwar rindu dengan arwah tok dan nenek.. :)

    ReplyDelete
  2. sabar banyak2 ye. doa supya emak tenang di sana . ini adalah ujian dari Nya :)

    ReplyDelete
  3. saya mungkin tak tahu camna tasneem rasa kehilangan tiba-tiba, sebab saya membesar tanpa seorang ibu kandung,arwah meninggal masa saya umur 3 tahun :' sabar tau

    ReplyDelete
  4. sabar sygku. Allah lebih myayangi nya. kita sama2 doakan ibu tenang di sana. :’(

    ReplyDelete
  5. Ya Allah sedihnya. T^T Ilia sendiri pun tak dpt bayang mcm mane hidup Ilia tanpa mak. Be strong. :')

    ReplyDelete
  6. :) Al-fatihah.......
    Dah dah, jgn sedih :D <3

    ReplyDelete
  7. tunjukkan kasih dan sayang Tasneem pada awrah mak..dengan perbanyak sedekah al fatihah..moga arwah mak tasneem sentiasa di tempatkan bersama org2 beriman :)
    Tasneem be strong..ok..:)

    ReplyDelete
  8. baca title pun dah sayu.jangan sedih2. =')

    ReplyDelete
  9. Semoga akak terus tabah mengharungi hari-hari yang mendatang ... Sabar eh akak .. Doa banyak2 untuk dia

    ReplyDelete
  10. al fatihah tasnee,. Allah lebih menyayanginya. tabah hadapi cabaran . :)

    ReplyDelete
  11. semoga sentiasa diberi kekuatan utk lalui semua ni ya tasneem..alfatihah utk arwah emak..

    ReplyDelete