Thursday, 2 January 2014

kecintaan semua di hujung tahun. Hoyeahhh!

Assalamualaikum 

hujung tahun + sale. rasa bersalah dengan azam tak mau membazir pun dah tetiba dah jadi azam tinggal kenangan. ya ya rakan taulan sekalian. tasneem faham akan perasaan rasa bersalah dengan azam tahun baru tu. sebab tasneem sendiri selalu saja mengalami nya.

kalau hampa tengok ni, agak agak kita semua terutamanya orang perempuan, buat buat buta?

bye DKNY. tasneem dah ada teman baru! ^^

okey ni atas jasa baik abang tasneem. kalau harap kan tasneem tak dak  nya nak dapat. baik tasneem simpan duit untuk kenyangkan perut chomel. hehe terima kasih abang. lepas pemergian mak, abang lah yang faham apa yang tasneem nak. selalu nya tasneem akan mengadu pada emak kalau tasneem nak beli something. lepastu mak akan bagi feedback antara boleh dengan tak.

' mak, terima kasih atas jasa dan pengorbanan mak. tak sempat adik nak kerja, emak dah pergi untuk selama lamanya. maaf kan adik mak. tak dapat balas pengorbanan mak. adik janji dengan mak, adik akan jaga abah sampai akhir nyawa adik. mak, kami sunyi tanpa mak. lepasni, dah tak dak orang nak dengaq masalah adik. tak dak orang nak nasihatkan adik, tak dak orang nak sembang sembang dengan adik dan tak dak orang nak keluaq jalan petang dengan adik.'

setiap kali sebelum tidur, tasneem harap tasneem dapat jumpa emak. mimpikan mak. tapi emak tak pernah datang dalam mimpi tasneem. tasneem harap emak tenang di sana. InsyaAllah tasneem akan berubah untuk jadi anak yang baik, taat kepada orang tua dan solehah. Amin.

eh, tetiba emo pepagi ni. dah dah sekarang tasneem nak blogjogging pulak. nak tengok azam orang lain. yang gempak, boleh tiru masuk dalam belog tasneem. huhuhu. teruk.

terima kasih dan selamat tahun baru :)

33 comments:

  1. be strong tasneem..tiap yg jd ade hikmah die..doakn yg terbaek ntuk arwah mak ye..kt sme..:)
    n..ktorg ade..bole ajak jln2..hehe..
    neway, wangi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. chloe' ni wangi wangi. tasneem suka bau dia. hehe apa pun, terima kasih akak :)

      Delete
  2. tasneem akak pon cam tu juga..nama je brazam takmau membazir hehe..tetiba azam kemana,duit melayan hancus azam haha :D
    betuahnya dear siap ada yg belikan lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee abang kesian kat adek kot. dok pakai perfume lama tak tukaq tukaq lagi. tu abang beli lain.hehe :D

      Delete
  3. aisyah ikot emo sama. Aisyah mungkin xkuat mcm kak Tasneem. Bukan semua orang sekuat kak tasneem. u're the choosen one utk hadapi smua ni. btw, jeles aih kak tasneem dpt gift. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenar nya akak tak kuat dek. tapi orang sekeliling akak yang banyak bagi semangat untuk akak. terima kasih semua :)

      Delete
  4. kuatkan semnagat tasneen..be strong..stiapperkara yg blaku akan ada hikmahnya di kemudian hari..sabar ok...... strong..strong!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. setiap yang terjadi ada hikmah. tasneem percaya tu. InsyaAllah..

      Delete
    2. insaallah pasti ada hikmahnya..tasneem x letak pengiklanan blog ke?? nufnang ke..dpt gak wat site income :)

      Delete
    3. hmm tak. tasneem tak reti sebenaq nya :(

      Delete
  5. semoga tasneem terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.. kita doakan semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. al-fatihah..
    p.s: ayah akak pun dah meninggal dunia 19 tahun yang lepas.. tak sempat akak nak membalas jasanya.. :( hanya doa yang mampu dititipkan setiap hari semoga dia tenang di alam sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emak tasneem tak sempat tengok tasneem grad, sedih.. :'(

      Delete
  6. semoga tasneem tabah ya, ika pun kalau kehilangan haiwan kesayangan dah sedih, macam mana pula laa kalau kehilangan ibu bapa...belum bersedia lagi :'(
    semoga mak tasneem ditempatkan dalam kalangan orang beriman amiiinnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sangat ika. ajal emak dah sampai. :'( InsyaAllah, Amin.

      Delete
  7. saya kehilangan nenek pun dah macam apa dah rasa dunia nie. belum lagi kalau saya di tempat akak. Allahu. )': akak tabah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dek. rasa sunyi sangat bila emak dah tak dak. rasa rindu membuak buak. nak ja selalu ada dengan mak..

      Delete
  8. haiippp!hujung2 tahun dan awl2 tahun ni mesti byk sale2 dan mula la kad2 sale tu menggoda2..haha..
    kuatkan diri ye syg..mmg sedih bila kehilangan lagi2 org yg rapat dgn sgt2 kita syg.. InShaAllah ada hikmah..xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap hari tasneem akan nangis bila rindu emak. tasneem pula tak ramai adek beradek. sunyi sangat..

      Delete
  9. Huhuhu betul byk gila sale haih. Syg nya takde duit T_T
    Heheeheh <3 hey kak tasneem. Sudah sudah heheh.
    Bw n ingat allah je ok huhuhu :D Jgn sedih dah ;)
    *winkwink

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa lagi sedih tu huhu. InsyaAllah, akak akan sentiasa doa kan mak kat sana :)

      Delete
  10. Azam selalu tinggal azam je kan akak .. Kihkihkih .. Sabar eh akak .. In Shaa Allah mak akak tenang kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dek. InsyaAllah. Amin :)

      Delete
  11. done follow , azam baru ni kena bangkit dari segala kesedihan. al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih follow tasneem. wuuu terharu ni tsskkk T_T

      Delete
  12. setiap yg hidup pasti akan mati..tu janji Allah...so, kita yg masih hidup kena kuat semangat...

    kak sally faham perasaan tasnim...semoga tabah ye...semoga dapat jalani tahun ni dan tahun-tahun berikutnya dgn hati yg tabah dan cekal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak sally. InsyaAllah tasneem akan tabah dengan semua dugaan ni :)

      Delete
  13. Tabahkan diri dan sentiasa doakan your mother. Doa anak yang soleh akan diterima oleh Allah, Insya-Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eyqa. InsyaAllah, amin :)

      Delete
  14. cool! I bet this smells good
    http://www.sherrylicious7.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. selamat tahun bari tasneem. sabarlah tasneem dan banyak2kan berdoa agar roh mak tasneem damai di sana. Saya juga kehilangan orang tersayang, ayah saya meninggal dua tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye shameel. terima kasih shameel. mari kita perbaiki diri menjadi anak soleh dan solehah. sampaikan doa untuk arwah. semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Aminnn :')

      Delete