Tuesday 7 January 2014

10 lelaki bahaya :')

Assalamualaikum 

pepagi ni kalau tak jenguk belog tak sah. bila dah jenguk mula la terfikir nak update entry baru tapi kan idea kan tak berapa nak hado! hahaha.. lepas tasnim godek godek belog lain, dapat lah sumber untuk update entry ni. mungkin ada betul jugak. 10 jenis LELAKI yang memainkan perasaan perempuan. mungkin jenis ni ada yang betul nya jugak. ada sapa sapa nak bangkang? sila sila tinggal kan comment ^^

so, bila nak berubah? atau tak pernah jumpa dengan orang yang sakit kan hati hampa? seperti qoute mat salleh ni :


manusia ni selagi tak kena batang hidung sendiri selagi tu hidup senang lenang nak mainkan perasaan orang kan?

haa ni tips untuk perempuan. jadi hati hati okey! -.-'

  1. lelaki selalu cakap "abang memang sayang kat sayang, tapi abag belum sedia lagi nak buat hubungan ni lebih serius". amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, tak kan tak sedia lagi kan? haa ni lelaki tarak betoi punya. depa nak flirt ja, padahal hampa bukan belum ada dalam kamus hidup depa.
  2. lelaki yang call/mesej ikut suka hati depa ja. eh suka hati depa ja nak ajak kita jumpa, nak call, nak mesej. tapi bila kita perlu kan depa, bayang pun tak nampak.
  3. lelaki yang suka ajak dating. tapi bukan dating pun. faham tak ayat tu? laa hampa pernah tak keluaq dinner berdua, jenjalan berdua, tengok sunset berdua. hoi, kemain sweet! kalau orang lain tengok sure ingat hampa kapel. tapi bagi si laki tu tak fikir pun tu dating. untuk perempuan, jangan sangat keluaq ke hulu ke hilir dengan lelaki. jatuh saham nanti -.-'
  4. lelaki yang dah ada gelpren. tapi selalu ja mesej, call lepastu selalu ajak hampa keluaq. ooo, ni lelaki paling bahaya. tapi malang sangat, lelaki macam ni la yang paling banyak di Malaya. lelaki macam ni dah ada awek tapi dengan perempuan lain jugak dia nak mesra. bila dah kantoi dengan awek, depa cakap laa kawan ja. tak kan nak kawan pun tak boleh? amboi kalau setiap malam call, lepastu bila gelpren not around mula la naik tocang. lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku. hehe :')
  5. lelaki yang fikir apa yang depa buat semua betul. aduhai, pandangan kita semua salah. dia ja yang betul. depa ni jenis penting diri sendiri lepastu tak kan fikir perasaan orang sekeliling termasuk lah hampa.
  6. lelaki yang blurrrrrrr sentiasa. contoh nya lelaki yang tak faham kehendak perempuan, even hampa cakap terus terang pun dia ingat benda tu remeh ja. ambil ringan perasaan kita.
  7. lelaki yang suka kacau hampa. walaupun hampa busy menyelamat kan dunia. lelaki ni suka sangat berkepit dengan hampa, tak kira la hampa busy tahap tak boleh belah pun. sikit sikit call, mesej lepas tu ajak keluaq. mula mula hampa rasa okey tapi lama lama hampa akan rasa rimas.
  8. lelaki yang suka kutuk lelaki lain dengan harapan hampa tak dekat dengan lelaki yang di kutuk. sah sah lelaki ni kuat jeless. lepastu jangan terkejut depa ni jenis mengada ngada.
  9. lelaki yang tak dapat beri layanan yang betul untuk seorang perempuan. apa lagi yang hampa harap? tersiksa jiwa ja kan -..-' nampak sangat lelaki macam ni susah nak bahagia kan hampa.
  10. lelaki yang tak tau kehendak diri sendiri. kalau la depa tak reti nak faham kehendak diri sendiri, hampa ingat depa boleh faham hampa?

tambah tambah lagi bila hampa dah putus. dia boleh cari hampa. then bila hampa cuba nak maafkan, dia pulak tak balas. apa hampa rasa? Ya Allah, Allah ja tau macam mana rasa hati ni terlalu bodoh. kan? ehh, dia senang buat kita sakit. Jangan risau, percaya Allah. Allah Maha Adil. lelaki macam tu akan dapat balasan.

Dalam belog iluvislam yang membuktikan bahawa wanita ni seorang yang lemah dan perlu menjaga wanita.

Dalam sebuah hadis yang sahih direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata :
aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik baiknya kerana mereka di jadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas.Sekiranya kamu cuba meluruskan nya, kamu akan mematahkan nya dan sekiranya kamu membiarkan nya akan terus bengkok selama lamanya. justeru, berpesan pesan lah tentang wanita (dengan kebaikan)

terima kasih sudi baca :')

28 comments:

  1. hai Tasneem..
    alhamdulilah lelaki yang bergelar suami akak..tidak tergolong dalam 10 senarai lelaki bahaya hehe :D
    tq dear sharing this :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. bertuah kak roha. semoga jodoh tasneem pun tak tergolong dalam tu. hehe *ouh tetiba mai mood nak kawen* :p

      Delete
  2. Ahahahaha. Memang bahaya gitewww :p hihihihi.
    lawak lah. Hehe inshaallah hope all girls wont fall for this kind of man hehehe

    ReplyDelete
  3. bahaya..mesti elakkan lelaki mcm tu hehe ;)

    ReplyDelete
  4. nice sharing adik..akak nak tambah lagi 1 lelaki bahaya boleh?hehe..
    11.Lelaki psycho. Dorang ni sgt berani utk mengatakan hasrat utk jadikan anda isteri. Jangan mudah percaya selagi lelaki tu belum jejak rumah anda n jumpa sendiri parent kita utk ckp bnda tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'aa betul. tak fikir pulak tasneem yang ke 11 ni. tenkiu kak niesa :')

      Delete
  5. Replies
    1. hye! lama tak nampak sue. terima kasih sue :)

      Delete
  6. kena hati-hati macam tu tasneem.. nice sharing..

    ReplyDelete
  7. sebab tu la jangan musah beri hati kita pada lelaki yang belum halal dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee tak kan senang senang nak bagi kan. lepas ijab baru bagi. baru sweet :')

      Delete
  8. nice info for all gegirlz :D

    ReplyDelete
  9. memang bahaya lelaki2 yang tersenarai...

    ReplyDelete
  10. bagus laaa artikel nie..hehehe..mengingatkan saya kepada satu entry yang saya belum buat lagi..hehe..nanti bila dah siap sy backlink entry ini..hehe..tapi generally apa yang awak cakap nie betul laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Rasanya dah jumpa and kenal dengam kesemua lelaki di atas. Lesson learned! Lepas ni inshaAllah dah tau nak handle depa macam mana.. #SayaBenciHipokrit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak baca blog ni..tentu awak lagi geram..lebih kurg same point2 di atas, tapi lebih jelas https://keluarga.com/2463/ciri-ciri-pria-yang-hanya-mempermainkan-perasaan-wanita

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. Sy kurang setuju yg blur sentiasa tu.. sy seorang lelaki yg blm ada sesiapa lg.. so sy xmau bila dah kawen.. jd lelaki yg paham mcm xpaham ja kpd bini.. sy belum sedia lg nk bercinta sb sy masih tgh belajar.. umur dah 23 tahun 2016..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya.. sy seorang lelaki yg blur.. sb sy xtahu menahu tentang sukakan wanita.. dan nk fikirkan masa dpn utk kawen.. byk lg sy blur pasal benda2 mcm nie

      Delete