Wednesday, 1 January 2014

Tahun Baru Tanpa Seroang Emak. Al-Fatihah.

Assalamualaikum 

20.12.2013. kalau hari ni bermaksud 12 hari sudah Allahyarham emak tasneem sudah tinggal dunia perhentian seketika ni * kenapa rasa macam nak tulis novel ni*. dan juga bermaksud, emak meninggal kan tasneem setelah 20 tahun emak mencurah kan kasih sayang emak terhadap seorang anak.

terima kasih emak atas jasa dan pengorbanan mak.

dalam tempoh ni, tasneem hilang fungsi seorang emak di rumah seperti :

  • memasak (di ambil alih oleh abah)
  • dengar masaalah tasneem (abang ja dengar)
  • mengemas rumah (bab ngemas serahkan kat akak)
  • dan selanjutnya fungsi seorang emak

tu orait saja. semua tu boleh diambil alih oleh abah atau abang atau pak su atau akak atau jiran juga mungkin tok penghulu. semua tu boleh diambil alih oleh sapa sapa saja. tapi sekarang, tasneem dah mula rasa fungsi seorang emak sangat besar.

bila fungsi seorang emak mendidik tasneem sebagai seorang yang berdikari telah hilang. siyes tu telah sedikit sebanyak tasneem selalu bergantung dengan orang lain. itu ini takut. itu ini tak mau cuba. ada masalah bergantung pada orang.

cumanya, tasneem tahu emak tasneem seorang yang tabah. sebab emak tasneem sakit lutut dan bergantung penuh pada kerusi roda selama 3 tahun. tapi emak tak pernah merungut kenapa emak jadi begitu. walaupun emak sakit, tapi emak tetap berada di sisi tasneem masa tasneem perlukan. emak seorang yang penyayang. dan tasneem tahu  emak seorang yang hardworking.

dan tasneem juga tahu, emak sangat sayangkan keluarga nya. emak selalu amek berat tentang tasneem dan abang. 

abang dengan adik rindu emak..

first time keluar makan tanpa mak :'(


tapi masih bersyukur ada abah. abah lah yang memain kan peranan sebagai emak. abah lah yang ajar tasneem untuk terus kuat. buatkan tasneem selalu buat keputusan supaya Allahyarham emak di sana, bangga dengan satu satu nya anak yang masih belajar.

bila semalam, tasneem susah pejam mata.

teringat emak yang dulu selalu ajak tasneem keluar jalan jalan. ingat emak senyum masa last emak hembus kan nafas terakhir beliau di sebelah tasneem. tu kali terakhir emak senyum kat tasneem.

rindu sangat. sumpah tasneem rindu. kalau boleh dakap, mahu tasneem dakap rapat rapat emak. tapi. mustahil. cuma mampu tengok kawan kawan saja yang boleh dakap emak depa. cemburu. apa boleh buat. sudah ajal emak tasneem sampai di situ saja.

ramai yang meriah dengan sambutan tahun baru. tapi bagi tasneem, tak masuk tahun baru pun tak pa. sebab mak tak dak. tasneem sunyi. sunyi sangat. emak tak sempat tengok tasneem grad. tasneem harap, tasneem dapat buat kan emak bangga dengan tasneem. 

tasneem cuma harap, Roh emak tenteram di sana. di lapangkan kubur dan Allahyarham emak di samping orang orang yang beriman. doakan juga ya semua.

terima kasih sudi baca :)

24 comments:

  1. happy new Tasneem...
    banyak sedekah alfatihah kat mak then sabar selalu ye dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru kak. InsyaAllah tasneem nak mak tau yang tasneem sayang emak even mak dah tak da :(

      Delete
  2. Selamat tahun baru kak tasneem..
    Kira baru sahaja arwah pergi mengadap ilahi. Moga rohnya dicucuri..Banyakkan baca al-fatihah buat arwah... be strong k:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year dek azwar. InsyaAllah, semoga emak akak tasneem ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin..

      Delete
  3. Inshaallah mak kak tasneem di samping org yg beriman!
    <3 Jgn sedih!!!!! :D
    :)))
    al-fatihah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, Amin. akak dah okey sikit sekarang ni, kalau tak sedih tipu laa kan! ^^

      Delete
  4. be strong sayang..semoga arwah mak ditempatkan dalam kalangan org yg beriman..alfatihah utk arwah..bykkan bersabar ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, Amin. kalau rindu mak, tasneem cepat cepat baca yassin untuk mak. tasneem nak mak tau yang tasneem sayang mak :'(

      Delete
  5. Aisyah bru tahu . takziah kak. semoga akak tabah. i know ure a strong lady, May u're blessed by Allah.

    ReplyDelete
  6. Allahumma-ghfir laha wa-rhamha wa'afiha wa'fu 'anha. - Salam takziah dari saya dan banyakkan bersabar. Paling penting bnyakkan berdoa sbb doa anak yang soleh akan memberi manfaat kpd org tuanya..

    Hanya org yang kehilangan org tua yang memahami hakikat kehilangan. Saya kehilangan ayah dua tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat sangat dugaan ni. tak dak sapa dapat ganti tempat emak. tasneem pun masih terkejut. sebab senang sangat mak pergi. semoga emak ditempatkan bersama golongan yang beriman. shameel, berat kan dugaan ni..

      Delete
  7. Selamat tahun baru akak .. Semoga akak terus tabah mengharungi kehidupan ini walaupun tanpa emak akak di sisi .. Semoga allah gantikan kesedihan akak itu dengan kegembiraan aminn

    ReplyDelete
  8. hurm, akak banyakkan bersabar ye.. (': semoga arwah mak akak tergolong dalam orang2 yang beriman. amin. in shaa Allah .. doa anak solehah itu penting (':

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru ....
    Tasneem samalah dengan Bunda..
    Pada 21/01/2013 pembuka tahun 2013 yg lalu mak Bunda juga telah pergi untuk selamanya....
    Pada 21/01/2014 ni cukup setahun dah mak Bunda pergi..
    Sebagai anak walau serindu mana pun...setiap kali hanya surah Al Fatihah dan yaasin sahaja yg mampu Bunda sedekahkan...
    Dengan itu rasa dekat Bunda dengan mak ...
    Al Fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul bunda. tasneem akan baca yassin setiap kali lepas solat subuh dan maghrib. kalau terjaga waktu memalam, tasneem sedekah kan Al-Fatihah untuk emak. lepastu tasneem rasa macam tasneem dekat sangat dengan mak. tasneem rindu mak.. :(

      Delete
  10. jangan sedih tasneem.. tiba-tiba akak pun terasa sebak teringatkan arwah ayah akak.. kita doakan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. al-fatihah.. setiap yang hidup pasti akan mati..
    p.s: 20 disember itu tarikh lahir akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akak. semoga mereka ditempatkan bersama golongan yang beriman. betul, kita semua akan merasai mati. ajal maut, semua nya sudah tertulis. persiapkan diri dengan amal. eh ye ke kak? Happy Birthday kak aiza :)

      Delete
  11. kalau boleh bantu2 laa dalam urusan keluarga, sekarang emak takde jangan pula susahkan ayah buat semua benda, masing2 dah besar kena tahu tanggungjawab masing2....kesian ayah tu nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ika jangan salah faham pulak. kami sedar tanggungjawab kami sebagai anak. tak dak niat pulak tasneem nak susah kan abah. cuma lepas ni tasneem dah start internship, 13 JAN ni. kalau tasneem cuti, tasneem boleh ja masak, ngemas rumah, atau buat urusan urusan lain. lagipun tasneem 2 beradik ja :) tak mungkin laa kami nak buat abah cenggitu.

      Delete
  12. be strong tasneem... Allah lebih sayangkan mak tasneem... jaga abah tasnee, leklok tau... :) btw... stdy smart.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syazrah. selagi tasneem ada, tasneem akan take care abah. ^^

      Delete