Thursday 29 November 2012

kata kawan. tapi... hmmm. sampai hati..

Assalamualaikum ^^

penat dengn menjahit baju kurung, petang ni nak berbelog kejap. lepas kan penat mata berpinar pinar tengok baju. haish.

kata orang,sahabat sejati dah pupus sekarang? kata orang juga, kawan sejati ada di mana mana, cuma kita yang perlu bijak memilih. memilih? macam memilih kualiti buah oren di Tesco kah? yang nampak besar kemain tu, wangi wangi tak ketahuan hala tu, mesti yang bagus?

antara Sahabat Sejati satu satu nya yang paling rapat. I love You.

kalau kata kawan sejati dah pupus, habis, apa kawan yang ada dengan kita sekarang. mungkin tinggal kawan yang macam ni. 

  • waktu awal awal kita jumpa bopren baru sampai angau tanpa batas, kawan tu la yang support "leman nie bagus je. hang nampak sweet kemain ngn leman" "ohhh.. tenkiuu. sweet kan" . tapi bila dah clash, tengah frust menonggeng, reti pulak "tu la.. aku nak cakap pun serba salah, aku tengok dia tu macam tak ada masa depan. macam tak serious" pulak.. yang hari tu, bukan main puji. sampai hati .
  • masa nak buat esaimen, otak terus bersifat lembu. minta tolong kawan ajar. tapi. "uishh. ada pulak tanya aku. aku tak reti wehh" . esok lusa sama sama hantar esaimen. kita ni ternganga hantar esaimen. esok lusa sama sama dapat result. kawan dapat fullmark. kawan kata "laa... takkan yang tu pun tak reti" . hmm. sampai hati.
  • sanggup la beli gelang sama sama tanda persahabatan. sanggup makan rti merry celup MILO sama sama demi bajet duit. demi kawan. tapi, bila kawan dapat bopren. nak keluar sama sama. bopren kawan kata "kalau u sayang i, u dengar cakap i, jangan keluar dengan dia". kawan pun tak keluar. kata kawan. hmm. sampai hati.
  • bukan main berjanji nak berjiran waktu dah kawen nanti. siap merancang nak sama sama shopping masa mengandung nanti. tapi bila kita buat salah sikit, habis buruk kita di ungkitkan. yang manis bersama sama dah kabur dengan kesalahan yang sikit.  yang manis terus lupa. hmmm. kata kawan. sampai hati.
macam macam kan jenis kawan. dan itu merupakan pengalaman tasneem berkawan dengan sahabat sejati. sahabat yang sejati di hati.

kadang kadang tasneem frust menonggeng. rasa nak makan MeetBall 20 biji sekaligus tanda protes. tapi, tasneem harus sedar. berkawanlah selagi boleh. kadang kala, apa yang kawan tasneem nak dari tasneem, dia pun tak dapat. macam tu juga dengan tasneem. 

nak kawan sempurna adalah mustahil. sama seperti realiti hidup kita.apa yang harus kita buat, hanyalah bersyukur dengan kawan yang kita ada sekarang. 

terima kasih sudi bace <3

Tuesday 27 November 2012

kalau lahhhh...

Assalamualaikum korang :)

kalau lah itu kalau lah ini, selalu kita gunakan dalam seharian kita.
siryess tak tipu, tasneem selalu guna, asal benda apa tak puas hati, mesti guna ayat "kalaulah.."

satu daripadanya:

tasnim punya Henpon termasuk dalam mesin basuh bersama cadar. tasneem sayang sangat kat henpon tu. sebab banyak kenangan. acecece. tapi tasneem tak perasan. tasneem biar mesin tu basuh cadar tasneem yang dah lama tak basuh. tasneem dengar bunyi yang kurang memuaskan dalam mesin tadi. tapi tasneem biar kejap sebab nak bancuh air. tup tup dah sepuluh minit kemudian, tasneem tengok dalam mesin, nak amik. aik ! ni henpon tasneem. dah masuk air! siap bawak lari jemur panas 32 darjah celcius lagi, geledah henpon, buang bateri, buang sim. air dalam henpon boleh buat main game lagi. dan bermulalah ayat. . . .

kalau la aku terus amik tadi, henpon tu tak kan masuk air manyak. kalau la aku tak bancuh air lagi, mesti terus tengok mesin basuh. kalau la aku tak basuh cadar pagi tadi, mesti henpon tu dengan aku lagi. kalau la aku bangun lewat tadi, mesti aku tak sempat basuh baju, tak ada la henpon boleh ada dalam mesin basuh. kalau la aku pergi hantar dobi cadar tu takda la henpon aku masuk dalam mesin basuh, kalau la tak lahir kat dunia ni, takde la aku beli henpon tu, takde la sedih macam ni T_T kalau la.. kalau la.. kalau la..

banyak kalau la. kenapa tasneem tak terima ja yang henpon tu, dan kehidupan dia dengan tasneem, setakat tu saja. hishh.. susah sungguh nak fikir bagus. suka menserabutkan kepala otak ni. apa susah, nanti keluar, beli la baru. kan senang. kalau mampu ^^

kalau la tasneem ni jenis tak suka pikir bukan bukan..... T_T

kalau la hampa baca, terima kasih je, kalau tak, tak terima kasih. huhu

Sunday 25 November 2012

kawen kawen bersama piqah, fiqah, tiqah, atyn, min & farah dan sebagainya

Assalamualaikum <3

sabtu lepas tasneem kawen. eh. salah pulak. Sabtu lepas Kak Farah Hanim kawen. banyak sungguh retis kawen tahun ni. bila dapat jemputan dari kak farah, tunggu lagi tasneem tak pergi. fakta tasneem ke sana, satu sebab nak tengok Kak Farah, satu lagi sebab nak makan free. tasneem tahu mesti banyak makanan sedap.

walaupun rintangan dan halangan cuba mengada ngada melintang hari tu, dengan ribut taufannya, dengan tak tahu cerok mana Kampung Permatang Tiga Ringgit, dengan perasaan malu tetiba waktu la nak menebal, namun aakhirnya....

sampai juga sejurus pengantin pun dah lunyai penat layan orang, jemputan lagi siap sendawa gulai daging. kami sampai terus gagah ke bahagian makanan. "kami" yang tasneem maksudkan adalah tasnim, piqah, fiqah,tiqah, atyn. selamat ada dorang :'(
ini tasneem.. dia ohsem. hikhik. tasneem sendiri tak faham, kenapa suasana di rumah menjadi pilihan tasneem nak tangkap gambaq. -.-' padahal banyak lagi suasana yang sedia menunggu. cis.

banyak sungguh manusia di wedding kak farah hari tu. semua cantik cantik. kepala otak tasneem tak dapat  men-detect mana satu pengantin mana satu jemputan. maka, akhirnya, taasneem akur, yang pakai crown wajiblah pengantin. 
ni piqah la punya keje ni. tasneem tak sempat senyum telinga ke telinga, dia dah snap. hmm. mencik piqah ni. 

belom sempat nak mencekik ayam masak rendang (kot), tasneem nampak pelbagai manusia yang selama ini tasneem tak pernah jumpa depan depan. manusia paling terpantas tasneem jumpa adalah Cik Farah. hoi, rasa macam nak jerit sampai tercabut halkum tau tak. hensem gila Cik Farah hari tu.

peramah nak mampos, cantik, tapi tak sempat nak snap pic banyak kemain. beliau perlu membuat banyak kerja dalam satu masa. *cis ayat mana la aku guna ni.* 
barisan wanita wanita cumel. siyes, rasa nak culik sorang sorang. antaranya, cik Farah, cik Tiqah, dan cik Fiqah <3

dalam kamera piqah tapi muka tasneem yang penuh. huhuhu setelah lama bercuti, jumpa pulak mereka meraka ni. rindu pulak nak kena sakat ngn dorang. -.-'

GAMBAR PASPORT
  1. Fatin nazira, kuat menyakat! tengok depan depan, Ya Allah lawa nya.....
    Piqah, ramah nak mampos, tapi tak sempat borak lama lama, kalut sungguh dia nak balik. haish.
  2. Tiqah, lawa kemain. macam nak photostat muka tampal kat muka tasneem.
    Fiqah, baik sangat sangat. cute sangat sangat sangat.
  3. Farah, kembar tasneem. mesti la cumel sangat sangat sangat juga kan. hehe. ni banyak cakap ^^
    Min, bestfriend merangkumi bopren farah. baik sangat sangat. lepas ni nak jumpa lagi la <3
konon konon pergi wedding kak Farah Hanim sebab nak tengok kak Farah sendiri makan makanan free, kot kot boleh tapau. tapi, lain pulak jadi nya, macam majlis tangkap gambar dengan pompuan pompuan kiut. happening sangat sangat petang tu. macam tak nak balik pula rasa nya.

sejurus selepas Asar, kami yakni tasneem, atyn, piqah, abah dan mak teruss rempit ke jeti Kuala Kedah. 

seketul manusia bermuka Bola, bersama twin, huhu bulatnya muka tasneem.
omeykan! omeykan kiteorang ^^ ngehngehngeh

tapi gumbira hati tasneem tau hari tu, tidur pun mimpi dorang. lepas ni harap harap, boleh la jumpa lagi. Aminnn.

jutaan terima kasih kepada kak Farah Hanim, sebab sudi jemput tasneem, kepada atyn dan piqah yang sudi menempuhi dugaan dan onar sepanjang hari, kepada emak yang membesarkan tasneem, kepada Cikgu Ramlah, kerana tak jemu mengajar saya erti senangnya Matematik.

apa apa pun tasneem doakan Kak Farah dan suami bahagia hingga ke akhir hayat, dan perkahwinan diberkati Allah. semoga cepat cepat dapat baby. hikhik

terima kasih sudi baca ^^

Monday 12 November 2012

Teringat Cikgu-Cikgu

Assalamualaikum <3

*STICKY POST
entry baru adalah entry di bawah entry ini. sekian terima kaseh, hakhak, macam tengah tengok buletin utama pulak*

bangun pagi-pagi ni teringat pulak kat cikgu masa dari pra sekolah sampailah SPM. cikgu tu. waktu sekolah rendah, punya laa rasa dorang ni penyebab nightmare. asal ingat cikgu mesti ingat rotan. asal ingat cikgu meti ingat kerja sekolah. cikgu ni. . . . . .suka tau bagi ittew kije cekulah manyak-manyak. 

tapi tu masa tak matang la. tak tahu peranan pelajar ke sekolah adalah untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak-banyak timba yang mungkin. bukanlah ke sekolah untuk bermalas-malasan sebanyak malas yang boleh heh.

padahal, kalau takde cikgu agak-agak apa saja lah hala tuju kita kan. ilmu kita tak reti, basic untuk dapatkan ilmu pun kita tak tahu. korang nak baca entry tasneem pun tak reti.

maka, entry kali ini, tasneem rasa amatlah terpanggil untuk untuk membuat sedikit entry penghargaan berbaur perasaan amat terharu sebab selama ni cikgulah yang banyak berjasa mendidik kami semua menjadi manusia. sobbsobb.

kalau ada cikgu sejarah macam dalam video kolaborasi INTI International University & College dan Jinnyboy, siyes siap buat muka ketat, tasneem takkan tidur dalam kelas. akibat banyak tidur masa subjek sejarah la buat tasneem dapat C SPM dulu.  -.-'

dah dah.

apapun, terima kaseh kepada semua cikgu yang pernah ajar tasneen dulu. jasa cikgu sebagai mak bapak kita yang kedua, akan kita sedar bila kita berjaya menjadi manusia. dari ilmu ABC 123 yang kita belajar, sampai la sekarang belajar pulak pasal ilmu kehidupan, hasil didikan cikgu dulu-dulu.

terima kasih cikgu!!

terima kasih sudi baca :')

Thursday 8 November 2012

pulun taip entry

Assalamualaikum

aci tak kalau tak nak buat pendahuluan ke, mukaddimah ke, sekapur sirih bagai ke? kira lepas bagi salam, terus cerita isi penting. aci laa kan . orait .

sebenarnya situasi tasneem sekarang umpama terselit dicelah celah onar demi meneruskan hidup sebagai seorang gadis (gadis sangat tau) penuntut diploma tahun 2, penggiat belog yang tak berapa nak giat, juga seorang yang kiut. eh . terpuji diri sendiri .

nak jadikan cerita sebab tasneem pelajar tahun 2, dah tue tinggal satu per dua bulan je lagi untuk final exam, maka azab nya Astaghfirullahala'zhimmm.

sedang rakyat M'sia ilek je membuta tengah-tengah malam, tasneem pulak bertungkus lumus hafal untuk presentation, siapkan esaimen bapak punya banyak nak mampus, dengan report lagi macam nak cari gadoh, lepas tu study untuk test itu ini. fine . kalau korang tak nampak lagi azab dia, tak nak kawan la T_T
nah gambar untuk tatapan bijik mata kalian. huhu
nah jadual kepadatan hidup tasneem. nah nah! mempersembahkannn.. (buat buat tak sabar nak tahu please!)
                                                khamis lepas :submit assignment & quiz
                                                 jumaat lepas : mid term
                                                 isnin             : test
                                                 selasa           : submit assignment & presentation
                                                 khamis         : 2 test & submit assignment
                                                 jumaat          : test
haa. hebat kan kan. korang ada? -.-'

lepas tu kan hati ni tak semena mena bergelora pulak, macam orang tengah dilamun cinta. eh .tapi bergelora sebab nak update belog tasneem ni. pagi pagi chek email, kot kot ada email yang tanya tasneem bila nak update belog ni. rasa serba salah pulak menikam kalbu  dengan dashatnya pula apabila tiada orang yang email tasneem. hampeh!

boo tasneem. booo tak payah nak A. Samad Said sangat kalau SPM dulu Bahasa M'sia dapat A- je. booo tasneem. 

sudah la. dengan berbekalkan buku nota managment accounting II di peha dan kepala otak tengah menghadam ayat untuk presentation Pengajian M'sia untuk petang nanti, tasneem sudahi entry ini dengan Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

doa tasneem tau!
terima kaseh sudi baca ^^