Tuesday 27 November 2012

kalau lahhhh...

Assalamualaikum korang :)

kalau lah itu kalau lah ini, selalu kita gunakan dalam seharian kita.
siryess tak tipu, tasneem selalu guna, asal benda apa tak puas hati, mesti guna ayat "kalaulah.."

satu daripadanya:

tasnim punya Henpon termasuk dalam mesin basuh bersama cadar. tasneem sayang sangat kat henpon tu. sebab banyak kenangan. acecece. tapi tasneem tak perasan. tasneem biar mesin tu basuh cadar tasneem yang dah lama tak basuh. tasneem dengar bunyi yang kurang memuaskan dalam mesin tadi. tapi tasneem biar kejap sebab nak bancuh air. tup tup dah sepuluh minit kemudian, tasneem tengok dalam mesin, nak amik. aik ! ni henpon tasneem. dah masuk air! siap bawak lari jemur panas 32 darjah celcius lagi, geledah henpon, buang bateri, buang sim. air dalam henpon boleh buat main game lagi. dan bermulalah ayat. . . .

kalau la aku terus amik tadi, henpon tu tak kan masuk air manyak. kalau la aku tak bancuh air lagi, mesti terus tengok mesin basuh. kalau la aku tak basuh cadar pagi tadi, mesti henpon tu dengan aku lagi. kalau la aku bangun lewat tadi, mesti aku tak sempat basuh baju, tak ada la henpon boleh ada dalam mesin basuh. kalau la aku pergi hantar dobi cadar tu takda la henpon aku masuk dalam mesin basuh, kalau la tak lahir kat dunia ni, takde la aku beli henpon tu, takde la sedih macam ni T_T kalau la.. kalau la.. kalau la..

banyak kalau la. kenapa tasneem tak terima ja yang henpon tu, dan kehidupan dia dengan tasneem, setakat tu saja. hishh.. susah sungguh nak fikir bagus. suka menserabutkan kepala otak ni. apa susah, nanti keluar, beli la baru. kan senang. kalau mampu ^^

kalau la tasneem ni jenis tak suka pikir bukan bukan..... T_T

kalau la hampa baca, terima kasih je, kalau tak, tak terima kasih. huhu

No comments:

Post a Comment