Sunday, 25 November 2012

kawen kawen bersama piqah, fiqah, tiqah, atyn, min & farah dan sebagainya

Assalamualaikum <3

sabtu lepas tasneem kawen. eh. salah pulak. Sabtu lepas Kak Farah Hanim kawen. banyak sungguh retis kawen tahun ni. bila dapat jemputan dari kak farah, tunggu lagi tasneem tak pergi. fakta tasneem ke sana, satu sebab nak tengok Kak Farah, satu lagi sebab nak makan free. tasneem tahu mesti banyak makanan sedap.

walaupun rintangan dan halangan cuba mengada ngada melintang hari tu, dengan ribut taufannya, dengan tak tahu cerok mana Kampung Permatang Tiga Ringgit, dengan perasaan malu tetiba waktu la nak menebal, namun aakhirnya....

sampai juga sejurus pengantin pun dah lunyai penat layan orang, jemputan lagi siap sendawa gulai daging. kami sampai terus gagah ke bahagian makanan. "kami" yang tasneem maksudkan adalah tasnim, piqah, fiqah,tiqah, atyn. selamat ada dorang :'(
ini tasneem.. dia ohsem. hikhik. tasneem sendiri tak faham, kenapa suasana di rumah menjadi pilihan tasneem nak tangkap gambaq. -.-' padahal banyak lagi suasana yang sedia menunggu. cis.

banyak sungguh manusia di wedding kak farah hari tu. semua cantik cantik. kepala otak tasneem tak dapat  men-detect mana satu pengantin mana satu jemputan. maka, akhirnya, taasneem akur, yang pakai crown wajiblah pengantin. 
ni piqah la punya keje ni. tasneem tak sempat senyum telinga ke telinga, dia dah snap. hmm. mencik piqah ni. 

belom sempat nak mencekik ayam masak rendang (kot), tasneem nampak pelbagai manusia yang selama ini tasneem tak pernah jumpa depan depan. manusia paling terpantas tasneem jumpa adalah Cik Farah. hoi, rasa macam nak jerit sampai tercabut halkum tau tak. hensem gila Cik Farah hari tu.

peramah nak mampos, cantik, tapi tak sempat nak snap pic banyak kemain. beliau perlu membuat banyak kerja dalam satu masa. *cis ayat mana la aku guna ni.* 
barisan wanita wanita cumel. siyes, rasa nak culik sorang sorang. antaranya, cik Farah, cik Tiqah, dan cik Fiqah <3

dalam kamera piqah tapi muka tasneem yang penuh. huhuhu setelah lama bercuti, jumpa pulak mereka meraka ni. rindu pulak nak kena sakat ngn dorang. -.-'

GAMBAR PASPORT
  1. Fatin nazira, kuat menyakat! tengok depan depan, Ya Allah lawa nya.....
    Piqah, ramah nak mampos, tapi tak sempat borak lama lama, kalut sungguh dia nak balik. haish.
  2. Tiqah, lawa kemain. macam nak photostat muka tampal kat muka tasneem.
    Fiqah, baik sangat sangat. cute sangat sangat sangat.
  3. Farah, kembar tasneem. mesti la cumel sangat sangat sangat juga kan. hehe. ni banyak cakap ^^
    Min, bestfriend merangkumi bopren farah. baik sangat sangat. lepas ni nak jumpa lagi la <3
konon konon pergi wedding kak Farah Hanim sebab nak tengok kak Farah sendiri makan makanan free, kot kot boleh tapau. tapi, lain pulak jadi nya, macam majlis tangkap gambar dengan pompuan pompuan kiut. happening sangat sangat petang tu. macam tak nak balik pula rasa nya.

sejurus selepas Asar, kami yakni tasneem, atyn, piqah, abah dan mak teruss rempit ke jeti Kuala Kedah. 

seketul manusia bermuka Bola, bersama twin, huhu bulatnya muka tasneem.
omeykan! omeykan kiteorang ^^ ngehngehngeh

tapi gumbira hati tasneem tau hari tu, tidur pun mimpi dorang. lepas ni harap harap, boleh la jumpa lagi. Aminnn.

jutaan terima kasih kepada kak Farah Hanim, sebab sudi jemput tasneem, kepada atyn dan piqah yang sudi menempuhi dugaan dan onar sepanjang hari, kepada emak yang membesarkan tasneem, kepada Cikgu Ramlah, kerana tak jemu mengajar saya erti senangnya Matematik.

apa apa pun tasneem doakan Kak Farah dan suami bahagia hingga ke akhir hayat, dan perkahwinan diberkati Allah. semoga cepat cepat dapat baby. hikhik

terima kasih sudi baca ^^

2 comments:

  1. ayunya kwn saye FatinNaziraAnor, x lupa jg kpd Tasneem...salam perkenalan drpd sye... hihihi

    ReplyDelete
  2. ha'aa atin memang ayu. hehe mereka semua comel >.< alaa jangan la lupa tasneem oke. tasneem babab karang. ukhwah fillah <3

    ReplyDelete