Thursday, 29 November 2012

kata kawan. tapi... hmmm. sampai hati..

Assalamualaikum ^^

penat dengn menjahit baju kurung, petang ni nak berbelog kejap. lepas kan penat mata berpinar pinar tengok baju. haish.

kata orang,sahabat sejati dah pupus sekarang? kata orang juga, kawan sejati ada di mana mana, cuma kita yang perlu bijak memilih. memilih? macam memilih kualiti buah oren di Tesco kah? yang nampak besar kemain tu, wangi wangi tak ketahuan hala tu, mesti yang bagus?

antara Sahabat Sejati satu satu nya yang paling rapat. I love You.

kalau kata kawan sejati dah pupus, habis, apa kawan yang ada dengan kita sekarang. mungkin tinggal kawan yang macam ni. 

  • waktu awal awal kita jumpa bopren baru sampai angau tanpa batas, kawan tu la yang support "leman nie bagus je. hang nampak sweet kemain ngn leman" "ohhh.. tenkiuu. sweet kan" . tapi bila dah clash, tengah frust menonggeng, reti pulak "tu la.. aku nak cakap pun serba salah, aku tengok dia tu macam tak ada masa depan. macam tak serious" pulak.. yang hari tu, bukan main puji. sampai hati .
  • masa nak buat esaimen, otak terus bersifat lembu. minta tolong kawan ajar. tapi. "uishh. ada pulak tanya aku. aku tak reti wehh" . esok lusa sama sama hantar esaimen. kita ni ternganga hantar esaimen. esok lusa sama sama dapat result. kawan dapat fullmark. kawan kata "laa... takkan yang tu pun tak reti" . hmm. sampai hati.
  • sanggup la beli gelang sama sama tanda persahabatan. sanggup makan rti merry celup MILO sama sama demi bajet duit. demi kawan. tapi, bila kawan dapat bopren. nak keluar sama sama. bopren kawan kata "kalau u sayang i, u dengar cakap i, jangan keluar dengan dia". kawan pun tak keluar. kata kawan. hmm. sampai hati.
  • bukan main berjanji nak berjiran waktu dah kawen nanti. siap merancang nak sama sama shopping masa mengandung nanti. tapi bila kita buat salah sikit, habis buruk kita di ungkitkan. yang manis bersama sama dah kabur dengan kesalahan yang sikit.  yang manis terus lupa. hmmm. kata kawan. sampai hati.
macam macam kan jenis kawan. dan itu merupakan pengalaman tasneem berkawan dengan sahabat sejati. sahabat yang sejati di hati.

kadang kadang tasneem frust menonggeng. rasa nak makan MeetBall 20 biji sekaligus tanda protes. tapi, tasneem harus sedar. berkawanlah selagi boleh. kadang kala, apa yang kawan tasneem nak dari tasneem, dia pun tak dapat. macam tu juga dengan tasneem. 

nak kawan sempurna adalah mustahil. sama seperti realiti hidup kita.apa yang harus kita buat, hanyalah bersyukur dengan kawan yang kita ada sekarang. 

terima kasih sudi bace <3

1 comment:

  1. wah. cute,cun,comel,cantek,nice?? ala tasnim nak manyak manyak lagi tahap kepujian tu. masih belum puas. hehe terima kasih sudi terjah belog tasnim yang tak seberapa ni. tasnim nak mintak tunjur ajar dari pakjoe, kalau sudi.

    ReplyDelete