anggap je la "Assalamualaikum" dengan tenyuman sebagai pendahuluan. dah menggelupor tak ketahuan hala nak taip isi penting. aci tak? aci tak?
rembat Google. Google rilek je bagi.
angguk angguk, tak nak geleng geleng. sratuspatblasribu peratus tasneem setuju dengan kata kata dari Saidina Ali Ibn Abi Talib (R.A). rilek rilek cakap, kawan ni bersepah boleh dapat. rasa takkabur nak cakap yang kawan tasneem kat facebook pun nak dekat 3k. *tipu*
itu baru kawan kat facebook, tak kira lagi dengan kawan zaman main tengteng, zaman hingus hingus, kawan sekolah menengah, kolej, ada jugak kawan masa lepak kedai makan zaman muda mudi dulu.
hai cik adik manis, boleh jadi kawan?
err boleh je. *dengan wajah inisen habis walhal, berbunga hati, hensem kot mamat tu*
meh la number talipon,nanti boleh contact balik nanti
nah.. ambik ambik ni!
dengan kadar sungguh segera je tasneem bagi number talipon kat laki masa zaman jahiliah dulu. alih alih jadi kawan. tu pun kawan juga. sekarang dah insap.
tapi, adakah mereka mereka tersebut adalah kawan yang benar benar seorang kawan dikala kita berada dalam kondisi kesusahan, dikala kita tidak dengan mereka mereka, juga dikala kita tiada lagi di dunia? dan dikala ini rasa macam tak perlu kot nak menaip bagai buku teks sejarah dengan tatabahasa rosak. mereka mereka? ha??
Kawan, Sahabat, Teman, Rakan, yang sejati bukan muka yang same je bila tengah chilek, bila sedih gundah gulana, hampeh la, talipon pun tak semena-mena meng-off-kan mode. baik bukan saja apabila dengan kita, tapi bila dengan opah mahupun dengan jiran bapak tiri dia pun, dia tetap baik dengan kita, cakap yang baik tentang kita, dan menjaga nama baik seorang kawan.
mungkin dua ciri ciri kawan di atas, rilek je nak dapat. tapi yang susah nak dapat adalah kawan yang bila kita dah dijemput oleh Yang Maha Esa, dia terus "kawan" dengan kita. bukan setakat semasa kita di dunia, dia selalu membuat kita bahagia, tapi bila kita dah mati nanti, dialah kawan yang selalu mendoakan yang terbaik untuk kita di sana. sentiasa membantu kita bahagia, di alam yang kekal abadi.
Alhamdulillah, syukur sekarang, tasneem di kurniakan beberapa ketol Sahabat yang sentiasa dengan tasneem waktu tasneem tengah chilek mahupun tengah kacau bilau. cuma tasneem harap, bila tasneem takde nanti, dorang terus "kawan" tasneem. Aminn. .
demm. tetiba rasa emo, air mata bertakungan umpama Lembah Nil, hati sebak, mood huru hara. tak semena mena. *tipu*
kawan seramai mungkin, selain meluaskan ukhwah, InsyaAllah, kita akan dapat Kawan Sejati.
terima kasih sudi baca :')
hai ain. tima kaseh sebab singgah jugak kat sini. awak, meraka, kamu, dia, tetap kawan saya. :)) lebiu <3
ReplyDeletetasnim...cicit dh baca...
ReplyDeleteamin...moga prshabatan kte kekal smpai akhir hyat..
t bila cit dh xda kt dunia ni,jgn lupa doa2kn cit yek..heee
love u ^_^
Assalamualaikum cicit.. terima kasih sebab menjadi sebahagian dari hidup tasnim, sudi menjadi sahabat tasnim, sudi mengajar tasnim dan selalu menasihati tasnim. tasnim harap, hubungan yang telah terjalin antara kita semua akan kekal sampai bila bila. aminnn..
ReplyDelete