boleh tak tasneem nak mengekpresikan rasa eksaited tasneem yang tak ketahuan halanya? perasaan ini jarang jarang sekali nak boleh rasa tahu. jadi, kalau tak tunjukkan eksaited ni, maka, rugilah. oh. wajib cerita. tolonglah hampa buat buat suka nak tahu. -.-'
pelis. kali ni saja.
bestnya dapat makan tepi pantai T_T
sapa suka picnic di sini? cepat kembangkan lobang hedong 16cm persegi. lalu baca siap pukul meja kononnya, hampa pun dapat rasa eksaited sama dengan tasneem.
lagi la gendang gendut tali kacapi, dapat pergi picnic senanglah hati, bila berkelah di tepi pantai. Teluk Kemang atas kata muafakat yang telah dibuat antara rakyat jelata di rumah tadi. masing masing taknak ke tempat lain. bersebab.
kan dah kata. haruslah tasneem pilih pantai teluk kemang untuk picnic -.-'
manusia yang memain peranan untuk piknik kali ini adalah abang yang memegang tugas pemandu, abah merangkap menteri hal ehwal beg, mak, mak ity dan kak ayu sebagai ahli jawatan kuasa yang menceriakan suasana. dan tasneem. manusia yang di tugaskan menghabiskan makanan.
suka i.
yang teruja nak mandi sini bukan sebab air sejuk. setakat air sejuk, cedok air dalam peti sejuk pun boleh. tapi sebab tempatnya kemain cantik. wa yang ganas pun jiwang tengok tempat cenggini. macam nak bawa balak wa dating sini.
memang ramai la di sini. masa kami parking pun, ramai lagi yang nak parking. dengan kejinya perangai ni, cepat cepat tasneem cop kawasan untuk menjadi kawasan penjajahan yang orang lain tak boleh share langsung. hakhak.
abang antara manusia paling eksaited dalam air selepas tasneem. pelis percayalah!
wajiblah tangkap gambar dengan muka kudus suci murni dengan harapan nak tepek kat belog.
|wa dating dengan balak wa| *tipu
bukti lagi
rembat google. google free je bagi.
tengok tengok langit, dah mendong terok sangat. haish. waktu ni la. emak pulak bebel bebel suruh kemas barang, hujan kemain ligat nak turun. cekelat, cekodok yang tasneem bawa, gagah makan dalam kereta saja. hmm. tak syok. :'(
nak balik saja, rasa macam sayangnya nak langkah laju laju. kalau boleh nak mengesot saja agar lambat sampai kat kereta abah. bukan senang nak datang piknik bagai.
apa pun tasnim harus menobatkan piknik kali ni, antara piknik yang paling syok. sebab musabab, seperti yang selalu, tasneem tak terbatas untuk jadi lupa diri ketika makan. menjadi 12tahun tanpa arahan. otometik eksaited bila berebut makanan dengan abang. haish.
jeles? sila lah jeles. sekarang tasneem nak gerak ke Seremban seterusnya ke Tugu Negara.
tempat kem abah dulu, Seremban.
terima kasih pahlawan T_T
kami anak jati kedah ^^
destinasi seterusnya, balik rumah tidur.
terima kasih sudi baca :)
No comments:
Post a Comment