Wednesday, 5 December 2012

ratu hatiku. .

Assalamualaikum <3

emak ni dari anak dara banyak berpantang makanan. memang keluarga tasneem bab makan memang pantang. pantang jumpa makanan. hikhik.

jadi nak dijadikan cerita yang tak da kena mengena dengan pantang dalam bab bab makan ni, tasneem nak masuk terus kat isi penting terus la. ramai kat luar sana yang masih mempunyai emak yang sihat dari segi fizikal mahupun mental kan. syukur Alhamdulillah. ^^  tapi emak tasneem sakit, sejak dua tahun yang lepas. masa tasneem tingkatan empat. tapi saket emak tasneem tak da lah kronik kuasa tiga cuma emak tasneem sakit lutut ja.

ni la emak kecintaan hati tasneem

tapi emak ilek je tak nak ke hospital, emak suruh tasneem dan abang berserta abah untuk urut dan jaga beliau. insyaAllah selagi tasneem ada dan masih bernyawa, tasneem tak mungkin abai kan tanggungjawab tasneem sebagai anak. pehhh. macam anak solehah dah ni.

jadi rentetan kejadian sungguh tragis walaupun emak ilek, macam macam tasneem terfikir tau.

1) bila emak mengadu lenguh lenguh kaki, abang dengan abah lah orang pertama yang akan urut mak. abang sanggup buat apa saja untuk mak. abah pulak, sanggup bersengkang mata untuk bangun seawal pagi jika emak terasa nak ke tandas.

tasneem? hmm. tasneem picit sikit, lepas tu tidur, picit kejap, lepas tu makan aprikot kering, picit sikit, lepas tu pesan kat mak "emak, jangan kentut tauu, sendawa ja". huhu. walaupun emak gelak ja, terfikir abah dengan abang yang sanggup buat macam macam untuk emak. abang dan abah sanggup menghabiskan beribu ribu ringgit untuk membeli ubat atau produk di pasaran untuk mak. 

padahal kalau kita sakit teruk, sapa lagi yang sanggup hadap jijiknya kita kan? mesti la emak. pakwe yang kita sayang tahap gaban pun belum tentu sudi buat macam mak kita. rentetan kisah hidup mak, buat tasneem rasa takutttttttttttttttttttttttttttttttttttt (enam harkat) sangat hilang emak. rasa tak nak langsung hidup tasneem tanpa emak. hmmm.

hampa pernah rasa macam tasneem rasa?

2) ada la sorang mak cik ni datang rumah, tengok tasneem pulun picit mak. dia pun turut serta untuk ber-pulun. pulun cerita bukan bukan.

"ish, ni ada benda nih. mak hang ada terpijak apa apa kot sebelum ni"
"benda apa"?
"hantu nii. ishhh, teruk sangat. ntah ntah kena dengan orang. bawa p bomoh la, memang sah kena nii"

seraya dahku cuba menegak hak keperimanusiaan dahku daya Dr. Fadhilah Kamsah

"ni bukan hantu, ni kes emak tergelicikbatu hari tu. orang naik hantu ada laa kat sini. amboi"
"ooo. hawat tak cerita awai awai"
"-..-"

cerita tahyul ni macam femes dalam kepala otak manusia. sakit sikit, suruh jumpa bomoh, sakit sikit cakap buatan orang, sakit sikit cakap hantu kacau. pengaruh tivi betul. emak pun nak tergelak bila dengar mak cik tu cakap. sepatutnya bila kita tengok orang sakit, kita harus berdoa supaya orang tu cepat sembuh, bukan fikir bukan bukan. 

kesian emak tasneem :'(
***

aci tak aci nak letak jugak gambar ni. hikhik.

tapi semuanya Alhamdulillah. mak tetap meneruskan kehidupan sebagai seorang emak dan tok yang awesome di dunia ni. maka, sepanjang hari, selain kerja tasneem berpesbuk, check email, tasneem juga picit emak dan sediakan makanan untuk emak. abang dengan abah rilek. cuma tasneem selalu berdoa supaya emak dapat berjalan seperti biasa ^^ sama sama doakan mak tasneem k :')

tak nak tertinggal budak techik ni <3

terima kasih sudi baca :)

Monday, 3 December 2012

| seorang sahabat |

Assalamualaikum :)

anggap je la "Assalamualaikum" dengan tenyuman sebagai pendahuluan. dah menggelupor tak ketahuan hala nak taip isi penting. aci tak? aci tak?

rembat Google. Google rilek je bagi.

angguk angguk, tak nak geleng geleng. sratuspatblasribu peratus tasneem setuju dengan kata kata dari Saidina Ali Ibn Abi Talib (R.A). rilek rilek cakap, kawan ni bersepah boleh dapat. rasa takkabur nak cakap yang kawan tasneem kat facebook pun nak dekat 3k. *tipu*

itu baru kawan kat facebook, tak kira lagi dengan kawan zaman main tengteng, zaman hingus hingus, kawan sekolah menengah, kolej, ada jugak kawan masa lepak kedai makan zaman muda mudi dulu.

hai cik adik manis, boleh jadi kawan?

err boleh je. *dengan wajah inisen  habis walhal, berbunga hati, hensem kot mamat tu*

meh la number talipon,nanti boleh contact balik nanti

nah.. ambik  ambik ni!

dengan kadar sungguh segera je tasneem bagi number talipon kat laki masa zaman jahiliah dulu. alih alih jadi kawan. tu pun kawan juga. sekarang dah insap.

tapi, adakah mereka mereka tersebut adalah kawan yang benar benar seorang kawan dikala kita berada dalam kondisi kesusahan, dikala kita tidak dengan mereka mereka, juga dikala kita tiada lagi di dunia? dan dikala ini rasa macam tak perlu kot nak menaip bagai buku teks sejarah dengan tatabahasa rosak. mereka mereka? ha??

Kawan, Sahabat, Teman, Rakan, yang sejati bukan muka yang same je bila tengah chilek, bila sedih gundah gulana, hampeh la, talipon pun tak semena-mena meng-off-kan mode. baik bukan saja apabila dengan kita, tapi bila dengan opah mahupun dengan jiran bapak tiri dia pun, dia tetap baik dengan kita, cakap yang baik tentang kita, dan menjaga nama baik seorang kawan.

mungkin dua ciri ciri kawan di atas, rilek je nak dapat. tapi yang susah nak dapat adalah kawan yang bila kita dah dijemput oleh Yang Maha Esa, dia terus "kawan" dengan kita. bukan setakat semasa kita di dunia, dia selalu membuat kita bahagia, tapi bila kita dah mati nanti, dialah kawan yang selalu mendoakan yang terbaik untuk kita di sana. sentiasa membantu kita bahagia, di alam yang kekal abadi.

Alhamdulillah, syukur sekarang, tasneem di kurniakan beberapa ketol Sahabat yang sentiasa dengan tasneem waktu tasneem tengah chilek mahupun tengah kacau bilau. cuma tasneem harap, bila tasneem takde nanti, dorang terus "kawan" tasneem. Aminn. .

demm. tetiba rasa emo, air mata bertakungan umpama Lembah Nil, hati sebak, mood huru hara. tak semena mena. *tipu*

kawan seramai mungkin, selain meluaskan ukhwah, InsyaAllah, kita akan dapat Kawan Sejati.

terima kasih sudi baca :')