Wednesday, 13 March 2013

Langkawi Indah Terpesona.

Assalamualaikum <3

sementara tasnim nak siap siap blah ke kedai untuk beli santan, adalah lebih baik tasnim update sikit entry belog daripada terbongkang atas katil macam orang hidup malas mati tak nak. ni la hidup orang second last semester sebelum practical.

jadi pendekkan cerita daripada melalut macam nak kena debik, seminggu ni adalah minggu KPTM punya mid-semester break, dan sebab tu la tasnim berpulun pulun mengupdate belog -.-' sebelum ni tak sempat. buzy dengan test kann. pagi pagi, subuh pun tak habis lagi, tasnim dah siap bertolak ke Jetty Kuala Kedah.

mempersembahkan pipi terlebih isi padu saya! -.-'

subhanaAllah. sepanjang Kuala Kedah ke Langkawi, tenang sangat tengok laut hijau, matahari samar samar dengan kabus, langit biru kemain. kreatifnya ALLAH buat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Maha Esa kerana limpah kurnia-Nya mengijinkan dahku jejak kembali kaki comel dahku di bumi Langkawi dengan rasa kemain selamat dan ohsem. terharu akan kejayaan mengharungi cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan. sobbsob, leleh hingus hijau.

kalau orang tanya "best tak Langkawi" , opkos la cakap best. haa mohon jeles!
 -..-
tempat pertama tasnim tuju adalah Taman Burung :

seterusnya ke Cable Car : (fuh fuh breath in breath out, kemain tinggi cable car tu!)         




hari ni hari ke dua tasnim dah kat Langkawi. rasa nak pegang jarum jam kuat kuat. tak nak jam bergerak. tskk. tolonglah lambatkan masa. tolonglahh. nak mandi laut puas puas!


nampak jelas ikan bilis tengah merempit dalam laut. T_T tapi kalau petang nampak la Dolphin melompat lompat dengan meriahnya di sekitar pulau kecik ini. kalau pulau kecik tu kita boleh nampak Dolphin, belakang pulau kecik tu kita boleh nampak ikan Paus.

hebakk kan Langakawi. sila baca dengan intonasi penuh riak, please. *popping collar*

tapi kena la pergi mandi laut pada waktu petang, sebab Dolphin dan Paus tak keluar pagi pagi. bukan sebab taat akan perintah mak dorang, kena rotan kalau keluar pagi, tapi nelayan dari Thailand suka tangkap dorang waktu pagi secara haram. tskk. badigol. :'(

sebab masa ni tak dak sapa nak tangkap gambar kami lima ketul, maka, sekadar menyuruh mat salleh tangkap gambar Polaroid kami berlima. habuan tenyeh tenyeh cuci mata sambil tengok dengan cicit number namblas tua bangka nanti.


kalau korang nak tengok cantik cantik perjalanan dari ferry, pastikan waktu paling pagi atau petang. tau. tapi kalau nak tengok pelancong Langkawi cantik cantik pulak, tengok je tasnim. hikhik ^^

terima kasih sudi baca :)

Friday, 4 January 2013

Kereta Idaman Kolbuku. .

Assalamualaikum :')

apa perasaan kalau tasnim parking kereta macam tu depan rumah korang? jeles tak?

macam mana pula kalau tasnim bagitau korang, walaupun pembeli yang pertama kali mampu dapat rebate sehingga RM2,000. tapi kan korang, ada yang lebih menarik orang seperti tasnim (yeah, first time nak beli...) boleh dapat bila beli Myvi SE 1.5 atau EXTREME 1.5. cepat pasang banyak <3 kat hati. . senyum cepat! macam ni :D

daripada kita-kita (merujuk kepada first time buyer yang sangat noob macam tasnim, sekian ) beli second hand punya kereta, ye la, nak save budget punya pasal, tapi kita tak tahu kan entah apa risiko bahaya dia, entah mana lagi tuan kereta tu dah buat rosak apa, last last kita pula lepas tu bayar service mahal mahal. tak rase sedih ke nasib macam tu? tskk T_T

lebih baik beli Myvi SE !

baiklah. cuba cerita dengan tasnim. dengan kereta yang boleh membuatkan rakan taulan rasa nak sekeh jeles dengan kita, tapi harga start cuma dari RM51,513.50 korang tak nak ke? fine! lagi lagi. dah tu, luas pulak, selesa yang amat amat, berteknologi sangat canggih, dan sangat driver-friendly, korang tak nak lagi ke? lagi lagi lagi! dengan kita nanti ada rear sporty design and sport semi-bucket seats nya, dengan GPSnya, hamagaddd, korang tak nak lagi ke ni???

haaa... tahu pun rasa tak nyempat nak beli kan kan kan? macam tu juga tasnim yang pertama kali dengar! okey sep! kita boleh jadi geng!

tapi tapi tapi. . hmm. kita cuba sedar diri kejap.

minyak pulak jadi masalah nanti bila ada kereta kan. minyak hitam lagi kena tukar, rabak poket, lagi, dengan air-filter lagi, dengan oil-filter lagi, plug lagi, sobsobb. habislah poket, nak tak nak kena la habiskan duit untuk semua tu, demi keselesaan bila drive nanti.

road tax lagi, yuran lesen lagi. hmm macam mana ni. tapi tu semua takkan jadi beban sangat bila mak abah support.

hooorayyy! :D

mari kita cuba test-drive. tak kira lah kereta mana kita pilih pun, tapi kalau tak test-drive, macam mana kita nak tahu ke-ohsem-an bakal kereta kita tu nanti ye dak? apa kata hujung minggu ni, kita pakat pakat test-drive Myvi SE dan mana mana kereta idaman yang lain.

boleh kita tahu, samaada ruang di dalam nya boleh memberi kepuasan maksima kepada kita yang muda muda yang rakus gila nak drive dengan rasa riak takabburnya. heee. . boleh ke kereta lain boleh bagi semua tu macam Myvi SE bagi? ada ABS, EPS dan dual airbags untuk driver and co-driver sebagai perkara mesti.

hmm. sebab tu kita kena pilih Myvi SE sekarang! ya! sekarang lah!

sebab dengan Myvi Se saja kita, kita akan dipenuhi cita cita berkereta kita. kalau kita betul betul nak rasa berbaloi dengan investment akan kereta pertama kita, memang la kena pilih Myvi SE, urus sikit paperwork nanti kita boleh jadi pemandu yang sangat di-jelly-kan orang lain.

yeay!! memang lepas ni Myvi SE je la.

terima kasih sudi baca :))