Thursday, 28 March 2013

cara tasnim untuk menggembirakan hati.

Assalamualaikum :)

 sedih tak ketahuan hala :'(

rasa bersalah pulak pada korang, sebab musabab, pagi pagi belum sempat korang sental bijik mata, belum sempat lap air liur separa basi, korang dah baca entry musibah jiwa tasnim. macam mana nak hidup dengan gembira kan. -.-'

sebenar nya tasnim ni antara spesis yang susah sedih dan mengalami musibah jiwa. tapi entah dari semalam, tasnim rasa macam nak nangis sambil dengar lagu dara pujaan dari A.Ramlee pun, tasnim rasa macam hati ni remuk sangat. sadis kan T_T 

tapi sekarang tasnim okey dah. dan sekarang tasnim nak share dengan korang semua, macam mana koraang patut sama sama cuba apa yang telah tasnim usaha buat bila hati ni macam memberontak tak nak nyanyi lagu Lady Gaga dah.

pagi tadi sebelum pergi kelas. . . .

luahkan seperti belog dan fesbuk korang yang punya

buat satu entry yang menunjukkan korang tengah di rutun kesedihan yang amat melampau. tok sah nak berselindung. lepas tu post status dekat fesbuk contohnya macam tasnim buat 'hmm, kenapa tasnim rasa tak tenang sangat sekarang, ada apa apa cara?

bukan apa, at least kita akan dapat respond dari rakan kat fesbuk. walaupun punya la buat entry panjang panjang, siap bagitau tengah sedih, tetiba dapat seketul komen "lawa belog awak, singgah la belog saya"

tak pun kalau kat fesbuk, punya panjang status sedih kita, ada la 2 ketul yang like, satu komen dari kawan kelas "wehh, kelas financial managment cancel ke tak?

rasa macam sadis kalau tak syukur, maka buat buat la happy walaupun tak dapat apa yang nak.

talipon orang yang paling dekat dan paling sayang

dalam kepala hotak, memang ada emak je, walaupun selalu dengan lelaki masa depan tasnim. tasnim talipon emak, emak kalut kalut jawab sambil tengah sembang dengan abah. belum sempat bagi salam, eksaited sangat nak luah, terus je tasnim cerita A sampai Z.

emak pun bagi la andaian satu satu kenapa hati tak tenang. lepas tu tapis satu satu yang emak bagi tau, dari doploh andaian emak bagi, dapat la dua andaian yang sangat berguna. dan tasnim muhasabah balik. maka di sini, peranan emak sangat penting ya.

iktikaf kat masjid

siyes, bila dengar ayat ayat Quran, sikit sikit kita akan rasa best balik. tu la the power of Quran. cewahh.
lepas tu bila baca sikit surah Yasin, rasa macam "ehhh, betul la, baca sikit ayat Quran pun boleh rasa sikit tenang".

lagu lagu pop dan rock

masa sekarang la korang nak bajet macam korang tu Britney Spear Malaysia. nyanyi sepoyo yang mungkin supaya rasa gelabah dalam hati pun rasa bersalah kalau tak turut gembira. terus tasnim nyanyi lagu Payphone sekuat hati dan menari walaupun hanya goyang kepala lutut -..-'

bila kita nyanyi sepoyo yang mungkin, kita tengah merilekkan hati kita, tapi goyang la sikit bahu dengan kepala lutut supaya jasmani pun tak tertunggu turn nak happy juga.

amaran, jangan rasa bersalah dengan jiran rumah sebelah untuk dengar suara korang yang errmmmmm. okey, next step.

dah la dah banyak sangat tips nya tu. maka, korang kena patut cuba benda yang same ye. sebab,  tak kan la kita nak tempuhi hari hari kita dengan rasa nak nyanyi lagu ombak rindu je kan :)

sebab semuanya indah kalau kita mulakan hari kita dengan hati yang tenang.

terima kasih sudi baca ^^

Wednesday, 13 March 2013

Langkawi Indah Terpesona.

Assalamualaikum <3

sementara tasnim nak siap siap blah ke kedai untuk beli santan, adalah lebih baik tasnim update sikit entry belog daripada terbongkang atas katil macam orang hidup malas mati tak nak. ni la hidup orang second last semester sebelum practical.

jadi pendekkan cerita daripada melalut macam nak kena debik, seminggu ni adalah minggu KPTM punya mid-semester break, dan sebab tu la tasnim berpulun pulun mengupdate belog -.-' sebelum ni tak sempat. buzy dengan test kann. pagi pagi, subuh pun tak habis lagi, tasnim dah siap bertolak ke Jetty Kuala Kedah.

mempersembahkan pipi terlebih isi padu saya! -.-'

subhanaAllah. sepanjang Kuala Kedah ke Langkawi, tenang sangat tengok laut hijau, matahari samar samar dengan kabus, langit biru kemain. kreatifnya ALLAH buat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Maha Esa kerana limpah kurnia-Nya mengijinkan dahku jejak kembali kaki comel dahku di bumi Langkawi dengan rasa kemain selamat dan ohsem. terharu akan kejayaan mengharungi cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan. sobbsob, leleh hingus hijau.

kalau orang tanya "best tak Langkawi" , opkos la cakap best. haa mohon jeles!
 -..-
tempat pertama tasnim tuju adalah Taman Burung :

seterusnya ke Cable Car : (fuh fuh breath in breath out, kemain tinggi cable car tu!)         




hari ni hari ke dua tasnim dah kat Langkawi. rasa nak pegang jarum jam kuat kuat. tak nak jam bergerak. tskk. tolonglah lambatkan masa. tolonglahh. nak mandi laut puas puas!


nampak jelas ikan bilis tengah merempit dalam laut. T_T tapi kalau petang nampak la Dolphin melompat lompat dengan meriahnya di sekitar pulau kecik ini. kalau pulau kecik tu kita boleh nampak Dolphin, belakang pulau kecik tu kita boleh nampak ikan Paus.

hebakk kan Langakawi. sila baca dengan intonasi penuh riak, please. *popping collar*

tapi kena la pergi mandi laut pada waktu petang, sebab Dolphin dan Paus tak keluar pagi pagi. bukan sebab taat akan perintah mak dorang, kena rotan kalau keluar pagi, tapi nelayan dari Thailand suka tangkap dorang waktu pagi secara haram. tskk. badigol. :'(

sebab masa ni tak dak sapa nak tangkap gambar kami lima ketul, maka, sekadar menyuruh mat salleh tangkap gambar Polaroid kami berlima. habuan tenyeh tenyeh cuci mata sambil tengok dengan cicit number namblas tua bangka nanti.


kalau korang nak tengok cantik cantik perjalanan dari ferry, pastikan waktu paling pagi atau petang. tau. tapi kalau nak tengok pelancong Langkawi cantik cantik pulak, tengok je tasnim. hikhik ^^

terima kasih sudi baca :)