Thursday, 2 January 2014

kecintaan semua di hujung tahun. Hoyeahhh!

Assalamualaikum 

hujung tahun + sale. rasa bersalah dengan azam tak mau membazir pun dah tetiba dah jadi azam tinggal kenangan. ya ya rakan taulan sekalian. tasneem faham akan perasaan rasa bersalah dengan azam tahun baru tu. sebab tasneem sendiri selalu saja mengalami nya.

kalau hampa tengok ni, agak agak kita semua terutamanya orang perempuan, buat buat buta?

bye DKNY. tasneem dah ada teman baru! ^^

okey ni atas jasa baik abang tasneem. kalau harap kan tasneem tak dak  nya nak dapat. baik tasneem simpan duit untuk kenyangkan perut chomel. hehe terima kasih abang. lepas pemergian mak, abang lah yang faham apa yang tasneem nak. selalu nya tasneem akan mengadu pada emak kalau tasneem nak beli something. lepastu mak akan bagi feedback antara boleh dengan tak.

' mak, terima kasih atas jasa dan pengorbanan mak. tak sempat adik nak kerja, emak dah pergi untuk selama lamanya. maaf kan adik mak. tak dapat balas pengorbanan mak. adik janji dengan mak, adik akan jaga abah sampai akhir nyawa adik. mak, kami sunyi tanpa mak. lepasni, dah tak dak orang nak dengaq masalah adik. tak dak orang nak nasihatkan adik, tak dak orang nak sembang sembang dengan adik dan tak dak orang nak keluaq jalan petang dengan adik.'

setiap kali sebelum tidur, tasneem harap tasneem dapat jumpa emak. mimpikan mak. tapi emak tak pernah datang dalam mimpi tasneem. tasneem harap emak tenang di sana. InsyaAllah tasneem akan berubah untuk jadi anak yang baik, taat kepada orang tua dan solehah. Amin.

eh, tetiba emo pepagi ni. dah dah sekarang tasneem nak blogjogging pulak. nak tengok azam orang lain. yang gempak, boleh tiru masuk dalam belog tasneem. huhuhu. teruk.

terima kasih dan selamat tahun baru :)

Wednesday, 1 January 2014

Tahun Baru Tanpa Seroang Emak. Al-Fatihah.

Assalamualaikum 

20.12.2013. kalau hari ni bermaksud 12 hari sudah Allahyarham emak tasneem sudah tinggal dunia perhentian seketika ni * kenapa rasa macam nak tulis novel ni*. dan juga bermaksud, emak meninggal kan tasneem setelah 20 tahun emak mencurah kan kasih sayang emak terhadap seorang anak.

terima kasih emak atas jasa dan pengorbanan mak.

dalam tempoh ni, tasneem hilang fungsi seorang emak di rumah seperti :

  • memasak (di ambil alih oleh abah)
  • dengar masaalah tasneem (abang ja dengar)
  • mengemas rumah (bab ngemas serahkan kat akak)
  • dan selanjutnya fungsi seorang emak

tu orait saja. semua tu boleh diambil alih oleh abah atau abang atau pak su atau akak atau jiran juga mungkin tok penghulu. semua tu boleh diambil alih oleh sapa sapa saja. tapi sekarang, tasneem dah mula rasa fungsi seorang emak sangat besar.

bila fungsi seorang emak mendidik tasneem sebagai seorang yang berdikari telah hilang. siyes tu telah sedikit sebanyak tasneem selalu bergantung dengan orang lain. itu ini takut. itu ini tak mau cuba. ada masalah bergantung pada orang.

cumanya, tasneem tahu emak tasneem seorang yang tabah. sebab emak tasneem sakit lutut dan bergantung penuh pada kerusi roda selama 3 tahun. tapi emak tak pernah merungut kenapa emak jadi begitu. walaupun emak sakit, tapi emak tetap berada di sisi tasneem masa tasneem perlukan. emak seorang yang penyayang. dan tasneem tahu  emak seorang yang hardworking.

dan tasneem juga tahu, emak sangat sayangkan keluarga nya. emak selalu amek berat tentang tasneem dan abang. 

abang dengan adik rindu emak..

first time keluar makan tanpa mak :'(


tapi masih bersyukur ada abah. abah lah yang memain kan peranan sebagai emak. abah lah yang ajar tasneem untuk terus kuat. buatkan tasneem selalu buat keputusan supaya Allahyarham emak di sana, bangga dengan satu satu nya anak yang masih belajar.

bila semalam, tasneem susah pejam mata.

teringat emak yang dulu selalu ajak tasneem keluar jalan jalan. ingat emak senyum masa last emak hembus kan nafas terakhir beliau di sebelah tasneem. tu kali terakhir emak senyum kat tasneem.

rindu sangat. sumpah tasneem rindu. kalau boleh dakap, mahu tasneem dakap rapat rapat emak. tapi. mustahil. cuma mampu tengok kawan kawan saja yang boleh dakap emak depa. cemburu. apa boleh buat. sudah ajal emak tasneem sampai di situ saja.

ramai yang meriah dengan sambutan tahun baru. tapi bagi tasneem, tak masuk tahun baru pun tak pa. sebab mak tak dak. tasneem sunyi. sunyi sangat. emak tak sempat tengok tasneem grad. tasneem harap, tasneem dapat buat kan emak bangga dengan tasneem. 

tasneem cuma harap, Roh emak tenteram di sana. di lapangkan kubur dan Allahyarham emak di samping orang orang yang beriman. doakan juga ya semua.

terima kasih sudi baca :)