Sunday, 1 September 2013

Solat Sunnat Taubat

Assalamualaikum :')

rembat Google

dan tempat buat orang orang munafik adalah pada dasar neraka. selepas diazabkan beribu ribu tahun, yakni 1000 tahun dunia bersamaan  satu hari di akhirat, maka barulah munafik munafik akan dipindahkan ke Syurga. tapi yakni ke 1 hari saja?

Nauzubillai min zaalik!

tasneem akur, dalam kita sedar mahupun tak sedar mahupun separuh sedar kita ada buat dosa yang belum tentu kita perasan. tapi, layak kah tasneem untuk bertaubat? pasti lah layak sebab bertaubat kan untuk seluruh umat Islam. Allah sentiasa menerima taubat hamba Nya. syarat syarat taubat tasneem nyatakan kat sini :
  • Ikhlas ingin bertaubat
  • tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • menyesal atas perbuatan yang dilakukan
  • harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama lamanya
  • dikerjakan sebelum ajal
niat Solat SunatTaubat :


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Rakaat Pertama : dengan membaca (di sunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. lepas tu baca surah Al-Kafirun :







Rakaat ke dua : membaca surah Al-Fatihah. Selepas tu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali.





  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, kalau mampu ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):
لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri

Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 1000 kali, atau yang semampunya.


akhir sekali, berdoa lah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan penghulu Istighfar sebagaimana berikut :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
 
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،

 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،

 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،

 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ertinya
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
semoga taubat dapat keluarkan kita daripada tergolong dalam golongan Munafik, dan semoga kita semua selalu menghindarkan diri untuk golongan ini. Amin Ya Rabbal Aalaminn.

terima kasih sudi baca ^^

Tuesday, 20 August 2013

Isnin Yang Mengujakan di Tasik Darul Aman.

Assalamualaikum. :')

rasa rindu kat belog bukan sikit sikit dah. membuak buak sampai tak boleh nak bendung lagi. konon nya nak update la satu dua tiga empat lima enam tujuh entry semalam, tapi, akibat bersuka ria bersama kengkawan semalam, niat di hati terpaksa la tangguh dulu. :'(

pagi pagi lagi dah bangun awal iron baju untuk ke majlis hari raya bersama kolej. semangat nak pergi bukan apa, sebab makan freee kot. best weyh! jimat duit. :')

sekarang, apa kata hampa tepek ja bijik mata kat gambar gambar tasneem yang besar gedabak ni. *pssstt, elok lah hampa bancuh dulu Milo sementara tunggu gambar semua ni loading *:

ni majlis baru nak mula. 

melantak makanan hingga ke titisan terakhir. rasa macam nak bungkus bawak balik.

pembajet comel paling berjaya di abad ini tak melepaskan peluang membajet di khalayak ramai.

di sebabkan setiap hari asyik mengadap kelas, jadi di kesempatan ni kami semua plan untuk berjimba jimbu dekat tasik Darul Aman lepas pergi jamuan. tasneem lah orang kemain eksaited lepas dengar plan ni. -.-'

mempersembahkannnnn! bidaadari tasneem! hikhik. malu ^^

ni kengkawan tasneem dari semester 1. sangat sporting. ^^

pemandu buggy ride yang ohsemm! uhuhu :'( takut weyh!

buggy ride pun terpaksa merangkak bawak kami. (:

datin dengan dato' kot. -.-'

besar nya tasik ni. kalau nak pusing pusing tasik ni, terus bengkak kaki lah rasa nya. oleh sebab ada buggy ride, jadik kami ambil peluang lah untuk photoshoot. konon!! hehe ^^ siap parking buggy ride atas rumput kot, biar buggy kat belakang pergi dulu. senang kerja kami nak snap snap gambar.

drama terbaru. jangan lupa tonton tivi noh. :')

sweet kan. tengok kami yang berkongsi suami. haha gurau gurau ^^

nak pulak tasneem main air kat sana. tapi malu kat kawan kawan. ^^

simple ja tasneem semalam. nampak la muka sebijik macam nak beli ikan. sobbsobb.

pemandangan yang indah di sana telah diserikan lagi dengan keindahan peri tasneem yang jelita. minta maaf, termasuk bakul, terangkat sendiri.

nak berkayak pun boleh dekat sini. kira nya kalau berkayak, macam tak sampai balik je. tenggelam, sebab tasneem tak pandai kayak.

berlumba untuk sampai dulu. :')

benda ni senget bukan sebab tasneem yang besar tapi kawan tasneem yang kecik!

oh, sebelum tutup entry. tasneem tepek gambar budak techik ni yang ohsem comel. adik kawan tasneem. fizy. :')

cantik kan Tasik Darul Aman ni. ini lah kali ke seratus tiga puluh lima ribu kali tasneem datang ke sini selama 2 tahun setengah belajar KPTM. insyaAllah, bulan depan kami nak main paintball. sapa nak join, boleh call tasneem. hehe. ^^
nah, last sekali terima lah senyuman merah mak ngah ni untuk hampa. :D


terima kasih sudi baca. :')