Friday, 24 June 2016

Halalkan perkara baik

Assalamualaikum 


BeeTalk

Kisah kami bermula dari sini. BeeTalk. Dari seorang pekerja kilang (kononnya) yang bersungguh nak kenal dengan Tasnim. Setiap hari pekerja kilang ni akan call tasnim pakai BeeTalk call. Setiap hari dia call pastu bersungguh pulak dengar cerita tasnim. Boleh dikatakan setiap hari dia mintak number fon tasnim. Tapi hati lepas kecewa kannnnnn. sapa nak bagi hahaha.

Lama kami chat dalam beetalk sahaja. Lepastu tasnim macam nak kenal pekerja kilang ni dengan lebih jauh. tasnim bagi laa number fon. tapi bagi macam ni. 011 123456* tasnim tinggalkan satu number belakang. dalam 10 minit macam tu, tasnim terima satu call. jeng jeng jeng...

masa mula mula kenal, masing masing gemuk :)

tak dinafikan sangat susah nak kenal orang yang baik dari laman sosial. ingat lagi masa mula kami kenal. masa tu tasnim baru habis diploma. tasnim kerja cashier. balik pukul 10 malam. boleh bayangkan tak, tasnim g jumpa lelaki dengan tak mandi. tapi tasnim g jumpa ni dah mintak kebenaran dari abang tau ^^

tapi relek relek ja dia terima tasnim. hoi! malu laa jugak sebab tak mandi hehe.tapi tu laa orang cakap, jadi diri sendiri. lepas pada jumpa tu tasnim dah set dekat diri. kalau balik ni dia call aku, aku teruskan berkawan. kalau tak, nampak sangat dah tak terima aku. Bila balik tu, tasnim dapat call dari dia. haha happy khemain!! :D

bila dah setahun kenal, dia bagitau tasnim yang dia seorang engineer. ada degree pastu kerja dengan FGV. phewww terbeliak tasnim dengar. mati mati selama ni tasnim ingat dia habis belajar sampai SPM ja. hahaha (dalam hati dok cakap aku lagi pandai dari dia sebab dia ada SPM ja)

tulaa orang low profile ni sangat baik, nasib jugak tasnim tak reject dia dari awal. tapi dia banyak sangat support tasnim masa belajar. dari segi duit, makan minum semua laa. dia support tasnim untuk kurus. 

dah 3 tahun kami kenal dan tahun ni InsyaAllah kami bakal bertunang. Alhamdulillah segala persiapan berjalan dengan lancar. kedua dua belah keluarga merestui dan memudahkan urusan kami untuk mendirikan masjid.

2013 vs 2016

cincin mahal khemainnnn. kesian awak huhu

tak sangka nak jadi tunang orang dah. rasa baru semalam dok main tuju kasut :D

Phewwww! thank you baca karangan yang tak berilmiah ni