Friday, 29 March 2013

Kaseh Chenta Sang Isteri

Assalamualaikum :)

sweet kan kan kan kan :')

Tasnim harap korang tak mengalami rabun yang tahap mencabari keimanan untuk membaca. sedangkan lidah lagi tergigit, takkan la tak boleh nak baca font kecik-kecik tu. huh. main bedal je taip perumpamaan ni. kalau tahu dek A.Samad Said, mahu dia cocok mata tasnim dengan pen Stabilo. merosakkan bahasa.

kisah cinta Enggang ni tasnim bedal dekat Langkawi Bird Paradise di Kampung Belanga Pecah baru baru ni. kemain Langkawi kan. tak semena mena tasnim yang baca ni, rasa buntu, boleh ke tasnim jadi se-setia Enggang tersebut -.-'

nasiblah gua layan Metalcore juga, hati gua kering, kalau tidak pastilah dengan kadar sungguh segera gua akan sebak di hadapan papan tanda tersebut. demm.
sedangkan burung makhluk tak berakal dapat setia dengan Sang Suami, manakala Sang Suami pula reti bertanggungjawab cari nafkah untuk anak-anak dan isteri, ini kan manusia. walhal apa yang kita tengok dengan rumah tangga sekarang. . . . .

pantang suami baik sikit, mula lah curik-curik jumpa laki lain, mesej suami orang, suami larang, isteri lagi buat, piat telinga baru tahu. kalau isteri baik pulak, laki ambil kesempatan, nafkah beli lampin anak pun liat, apa lagi nafkah nak beli Tom Yam kat kedai Pak Dek sebelah kedai Jamal. jadah la spesis ni.

tasnim harap, bila tasnim kawen nanti, tasnim dapatlah jadi seorang isteri yang bukan saja setia dengan suami, tapi taat pada suami dan tasnim nak sangat dapat suami yang bertanggungjawab memegang amanahnya sebagai seorang hamba Allah, sebagai umat Nabi Muhammad, sebagai khalifah dan sebagai bapa kepada anak anak tasnim. Amin Ya Rabbal Aalamin.

walaupun Allah anugerahkan kepada hamba hamba nya jodoh sebagai penenang hati, tapi biasa lah manusia kan serba tak perfect, mesti nak cipta onar dan rintangan dalam rumahtangga. lepas tu bergaduh. kalau bergaduh ni best, orait juga, tapi dah macam nasik kerabu takde lauk. boleh bawak maki tu.

ujian sebenarnya.

dari cerita ni, walaupun papan tanda tu tak bagitau pun yang Enggang jantan dan betina tadi kawen lari ke, kawen sah kat pejabat agama Kampung Siput ke, atau sekadar couple, tapi sebab husnozon (bersangka baik) punya pasal, tasnim anggap dorang dah kawen la. siap ada anak lagi.

manusia yang couple tak payah nak amik pengajaran buat pedoman dalam couple pulak. pakwe tak balik rumah, kebulor mati kejong sorang sorang dalam bilik. yang laki cari duit sepatutnya bantu adik tujuh ketol kat rumah, tapi habiskan bagi kat makwe. terlebih bertanggungjawab pulak. -.-'

tapi kan, tasnim ingat kata Ustaz Azhar Idrus hari tu :

Isteri yang derhaka kepada suami, akan dilaknat oleh Allah, ibadat nya di dunia tidak diterima oleh Allah, dan disumpah oleh bidadari syurga.

nauzubillah. kalau makwe derhaka kat pakwe, takpe.

p/s : tengok, gua memang susah bab jiwang ni, sekali gua ter jiwang, macam ni la jadi nya, padahal hati wa kemain kental.

terima kasih sudi baca ^_^








4 comments:

  1. romantiknyee sang suami...^^

    ReplyDelete
  2. sy cume tau enggang sama enggang, pipit sama pipit jerk...ehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan. tapi pipit tak sweet macam enggang okey :D

      Delete