Sunday 31 March 2013

tolong peka sikit kaum adam

Assalamualaikum :')

perempuan, lelaki kena tahu. awal awal kenal, kalau tanya suka laki macam mana, mesti jawab "tak kisah, asal dia pun sayang i, okey lettew". tak pun ada juga yang mula list berkajang kajang " i nak yang pandai, kaya, tinggi, sebijik Aaron Aziz, kumis comel, kulit putih lepuk, bla bla bla. . "

tapi sebenarnya tak.

perempuan punya kepala otak cepat berubah. saat 16 cakap ni, nanti pulak, saat ke 78 pulak, mesti nak macam lain. kiranya, tak tetap, jitu lagi teguh utuh walaupun di mamah usia (konpius, macam tengah mempromosikan kayu jati pulak). tak tak jadi jangan risau.

fikiran perempuan cepat berubah bila :

tish tish awak kang!

tengok muvie. awal awal kenal cakap nak yang comel comel cam korean. senang nanti kawen boleh share selimut Hello Kitty sama sama. boleh main laga laga hidung. comey betul. tapi cuba perempuan tengok muvie terulung abad ini :


jasmani dan rohani insaf dengan kadar segera. rasa macam nak cari boyfriend stock Azzam ni. cakap sikit bersembur hadis dengan ayat Quran. penyabar pulak tu. selamat dunia akhirat. InsyaAllah.

tu baru tengok tivi.

kalau baca novel pulak? kat fesbuk masa kenal awal awal dulu, nak lelaki yang biasa biasa je. "dahku terima seadanya. " tapi bila berfoya foya dekat MPH 4minit, baca sinopsis novel "ombak besar rindu" , otometik kepala hotak :

                 best nya kalau dapat pak we romantik bagi bunga 16ratus jambak sehari, nak masuk kete
                 tolong buka pntu kete seluas alam, hujung minggu ada saja nak bawa tempat tempat 
                 baru. romantik nya.                                       

minggu depan pulak, berpleseran kat kolej dengan rakan taulan, tengok pulak bopren kawan sejenis manusia yang spesis metured je. nak senyum pun macam nak simpan untuk bekalan masa tua. bila nak ajak berborak je, bopren dia penuh menyahut seruan Rukun Negara ke 5.
kesopanan dan kesusilaan

kiranya, laki tok sah dok serabut kepala la nak tackle perempuan. kalau masa nak ngorat dulu, dah terang lagi bersuluh pempuan cakap nak laki sekian sekian, mungkin 90% tu auta lagi dusta saja. esok lusa boleh berubah. 

kalau boleh, perempuan nak bopren yang mempunyai kuasa sedut habis segala kebaikan kat dunia ni. jadi seorang yang gentleman, kaya, pandai, style kemain, berbudi pekerti, menghormati orang tua, romantik, suka bayi, pandai masak, dan selanjutnya yang takkan pernah habis.

p/s : tapi wujud je pompuan yang tegas pendirian.

terima kasih sudi baca :)

4 comments:

  1. Salam singgah, siapa agaknya perempuan yang tegas pendirian tu yup?? hikhik..

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam njihe. buleh tak, tasnim buat buat tak malu, ngaku yang perempuan tegas pendirian tu adalah tasnim.uwek, sila muntah sekarang hehe

    ReplyDelete
  3. terima kasih follow tasnim ^^. tasnim pun dah follow tengku butang T_T

    ReplyDelete
  4. sama2 tasneem.. tq sebab follow balik.. stay keep in touch yea. salam kenal.. =)

    ReplyDelete