Sunday, 21 April 2013

Buat Seorang Teman +.+

Assalamualaikum :)

entry kali ini khas untuk seorang teman.

sejujurnya jauh di dasar hati ini tasnim sangat merindui beliau. beliau sentiasa di sisi di saat tasnim memerlukan beliau. tasnim pula? tasnim tidak tahu sama ada tasnim masih lagi berfungsi dengan baik dalam hidup beliau. menjadi tempat untuk beliau mengadu susah senang, menjadi teman yang sering menghulurkan bantuan di saat beliau memerlukan. adakah tasnim masih lagi memberi makna dalam diri beliau? maafkan tasnim, teman.

jodoh kita memang panjang hingga ke hari ini. walau dekat dari segi geografi, sebenarnya kita jauh terpisah. jauh hingga menyebabkan tasnim merasa diri tasnim tidak berguna kerana semakin mengabaikan beliau. seorang teman yang berharga dan bermakna dalam hidup tasnim.

sejak zaman persekolahan lagi tasnim lebih rapat dengan diri beliau. suka duka kami lalui bersama. tasnim rindukan detik detik itu. detik tasnim menangis dan beliau dakap bahu tasnim mengalirkan semangat dalam diri ini. detik kita bersama sama berpelukan untuk merai dan mungkin menangisi keputusan peperiksaan. detik kita berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi. detik kita ketawa riang dan bergurau senda. juga detik kita berpelukan erat kerana tidak mahu terpisah jauh. semuanya sentiasa di ingatan tasnim.
form 5. masing masing berpewatakan sopan hikhik -.-'

tasnim masih ingat selepas SPM dahulu. tasnim pernah lakukan kesilapan yang sangat besar. ditambah dengan tekanan dan bebanan di minda juga hati. beliau lah satu satunya insan di saat itu yang menyokong diri ini. ketika yang lain tidak bersetuju dengan keputusan yang tasnim ambil, beliau tetap beri tasnim kekuatan untuk tasnim terus teguh. ketika diri semakin sepi setelah rakan yang enggan memahami seakan menjauhkan diri, beliau sentiasa ada di sisi menemani. akhirnya pada suatu malam, tasnim menangis sepuasnya di hadapan beliau. meluahkan segala yang pernah membebani selama ini. beliau pula? terus memujuk dan tidak putus meniup semangat ku kembali. terima kasih teman!
tsskkk. rindu!!

begitu lama tasnim tidak bertemu dengan beliau. bergurau dan berkongsi ceritera kehidupan di alam kampus. beliau dengan teman baru beliau. tasnim dengan teman baru tasnim. beliau sibuk dengan segala aktiviti fakulti dan segala agenda peribadi beliau. tasnim pula sibuk dengan final exam yang beberapa hari lagi menjelang.

apa yang ingin tasnim kata kan pada beliau mungkin kedengaran sudah basi. namun kata kata ini adalah sesuatu yang lahir dari hati. tasnim amat bersyukur dikurniakan seorang teman dan sahabat sebaik beliau. terima kasih untuk segala kebaikan yang telah beliau beri pada tasnim. tasnim tahu betapa diri ini gagal dalam menjadi sahabat beliau yang baik.

begitu banyak kesalahan yang tasnim lakukan terhadap beliau tanpa tasnim sedar. menyakiti hati beliau. membuat beliau berjauh hati. memandang remeh perkara yang penting bagi beliau. acuh tak acuh dalam perbualan dengan beliau. tasnim mohon maaf dalam setiap hal yang berlaku. tasnim doakan yang terbaik untuk mu teman. semoga kita sama sama berjaya dalam perkara yang diusahakan dan semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. insyaAllah amiinn.
eka, thank you so much (=.=)

p/s : jangan jadi sepoyoss tasnim tau bila baca haha

terima kasih sudi baca :))

Thursday, 11 April 2013

Entry untuk Emak.

 Assalamualaikum ^^

kalau kira hari ni, genap lah 5 tahun emak sakit. emak sakit masa tasnim tingkatan 3.

memperkenalkan. ini emak tasnim. muka tasnim mirip muka emak. perangai pun perangai emak.

5 tahun emak sakit, tapi, tasnim rasa macam semalam ja emak dodikan tasnim tidur. emak sangat aktif dalam kehidupan seharian. sangat aktif.

tasnim ingat lagi, masa kecil kecil dulu emak selalu tinggal tasnim sebab ada program yang beliau kena pergi. hampir setiap minggu ada aktiviti, tasnim tinggal la dekat rumah dengan abah. mungkin, sebab tasnim takda ramai adik beradik kot tasnim rasa bosan. suatu hari, tasnim pernah berdoa supaya emak ada dekat rumah 24 jam dan teman tasnim! haha. tapi, tasnim tak rasa emak akan sentiasa dekat rumah. bila malam, tasnim akan nangis sebab rindu emak. tok akan marah. tapi tok paham yang tasnim rindu emak. takpe.

tapi bila tasnim tingkatan satu, emak ada mengadu emak sakit lutut. lepas pada tu, tiap tiap malam tasnim akan sapukan emak minyak paanas. lama lama, selepas tasnim berpindah ke rumah baru, tasnim harap sangat emak dapat teruskan kehidupan emak seperti wanita wanita tersibuk di dunia seperti biasa.

tasnim tengok perubahan emak hari demi hari. dari emak dapat jalan terhinjut hinjut pada mulanya sampai lah sekarang yang emak terpaksa dapatkan bantuan dari abah seratus peratus. abah adalah lelaki yang sabar melayani karenah emak, sabar menjaga emak ketika tasnim dan abang takde di rumah.

emak hanya bergantung kepada kerusi roda. emak tabah dalam menghadapi ujian dari Allah. tasnim doakan emak cepat sembuh. tasnim rindu emak. masa tasnim tingkatan tiga, abah lah sebagai pengganti emak untuk tandatangani buku rekod tasnim. masa sekolah rendah, emak tak pernah jemu untuk datang ke sekolah untuk tandatangani buku rekod tasnim. emak datang jenguk tasnim dalam hari penyampaian hadiah. tasnim rindu semua tu! kalau abah sangat garang. bila tasnim dapat C dalam sesuatu subjek, walaupun satu subjek, abah mesti bandingkan tasnim dengan abang. mungkin itu fungsi seorang abah. tegas.

suatu hari, tasnim ingat lagi, tasnim dapat anugerah di sekolah, semasa tasnim tengah tunggu nama tasnim, tasnim nampak emak kawan tasnim peluk kawan tasnim dan cium dahi, ya Allah, tasnim nak yang itu. betul. tasnim nak macam tu selepas tasnim terima anugerah. terus tasnim lari masuk tandas dan nangis lama lama sampai la ada pengumuman nama tasnim di panggil untuk terima hadiah.

Ya Allah, tasnim rindu emak dari last emak peluk dan cium tasnim semasa tingkatan dua, sampai la sekarang,

walaupun emak dah 5 tahun sakit, tasnim harap sangat emak bangga dengan anak anaknya. setiap yang tasnim buat, tasnim nak emak suka. dan tasnim harap emak akan suka tasnim jadi seorang blogger. seorang pelajar akauntansi.



dah besar dah anak anak emak sekarang :)

tasnim tahu, kalau emak sihat, emaklah akan jadi pembaca tegar belog tasnim sebab emak selalu support apa yang tasnim buat. dan emak mesti sokong minat tasnim dalam akaun ni, sebab emak tak pernah kata "tidak" untuk setiap minat tasnim. 

Ya Allah, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk emak ni. apapun, tasnim tak pernah terlepas untuk doakan emak tasnim kembali pulih dan dapat bersama sama untuk mengerjakan haji dalam keadaan emak yang sihat. insyaAllah. tasnim selalu percaya yang emak selalu rindukan tasnim dari jauh, dan happy dengan tasnim sekarang.

dan tasnim selalu percaya juga, setiap yang terjadi pasti, ada hikmah dan sebabnya. emak sakit pada umur yang sungguh awal, tpi insyaAllah, selama tasnim ada, tasnim akan menjaga emak sampai tasnim mati. 

Aminn. Emak, I love You.

p/s : tiada siapa dapat ganti kasih sayang seorang emak.

terima kasih sudi baca :)

Friday, 5 April 2013

take a look at Yourself

Assalamualaikum :)
Dear Lelaki Masa Depan 


hehe.. ayat sedih tadi di sebabkan perkara jiwang. jangan di layan la. dah melantak masak kari buatan abah dan telur dadar buatan sendiri, memang gembira habis la jasmani dan rohani tasnim ni. nak sedih sedih memang tak la selagi perut choomel tasnim ini gembira.

baik lah, jangan melayan benda sedih. tapi nak layan jugak. sobsob :'(

  sayangi dia sepenuh hati. sesungguh nya dia banyak berkorban untuk kita. dengan kelebihan yang ada     pada dia, dia berpeluang untuk memiliki seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri kita. maka, jangan sesekali mempermainkan keluhuran cintanya.

oh tidak! ulu hati tasnim telah bertukar ke warna warni akibat sedih tak ketahuan hala. ohh tidak. tasnim perlu terjun bangunan lalu berguling guling di atas highways sambil lompat sejauh 2 batu!

okey. melebih pulak.

i'm sorry. I never meant to hurt you.


terima kasih sudi baca ^^