Sunday, 21 April 2013

Buat Seorang Teman +.+

Assalamualaikum :)

entry kali ini khas untuk seorang teman.

sejujurnya jauh di dasar hati ini tasnim sangat merindui beliau. beliau sentiasa di sisi di saat tasnim memerlukan beliau. tasnim pula? tasnim tidak tahu sama ada tasnim masih lagi berfungsi dengan baik dalam hidup beliau. menjadi tempat untuk beliau mengadu susah senang, menjadi teman yang sering menghulurkan bantuan di saat beliau memerlukan. adakah tasnim masih lagi memberi makna dalam diri beliau? maafkan tasnim, teman.

jodoh kita memang panjang hingga ke hari ini. walau dekat dari segi geografi, sebenarnya kita jauh terpisah. jauh hingga menyebabkan tasnim merasa diri tasnim tidak berguna kerana semakin mengabaikan beliau. seorang teman yang berharga dan bermakna dalam hidup tasnim.

sejak zaman persekolahan lagi tasnim lebih rapat dengan diri beliau. suka duka kami lalui bersama. tasnim rindukan detik detik itu. detik tasnim menangis dan beliau dakap bahu tasnim mengalirkan semangat dalam diri ini. detik kita bersama sama berpelukan untuk merai dan mungkin menangisi keputusan peperiksaan. detik kita berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi. detik kita ketawa riang dan bergurau senda. juga detik kita berpelukan erat kerana tidak mahu terpisah jauh. semuanya sentiasa di ingatan tasnim.
form 5. masing masing berpewatakan sopan hikhik -.-'

tasnim masih ingat selepas SPM dahulu. tasnim pernah lakukan kesilapan yang sangat besar. ditambah dengan tekanan dan bebanan di minda juga hati. beliau lah satu satunya insan di saat itu yang menyokong diri ini. ketika yang lain tidak bersetuju dengan keputusan yang tasnim ambil, beliau tetap beri tasnim kekuatan untuk tasnim terus teguh. ketika diri semakin sepi setelah rakan yang enggan memahami seakan menjauhkan diri, beliau sentiasa ada di sisi menemani. akhirnya pada suatu malam, tasnim menangis sepuasnya di hadapan beliau. meluahkan segala yang pernah membebani selama ini. beliau pula? terus memujuk dan tidak putus meniup semangat ku kembali. terima kasih teman!
tsskkk. rindu!!

begitu lama tasnim tidak bertemu dengan beliau. bergurau dan berkongsi ceritera kehidupan di alam kampus. beliau dengan teman baru beliau. tasnim dengan teman baru tasnim. beliau sibuk dengan segala aktiviti fakulti dan segala agenda peribadi beliau. tasnim pula sibuk dengan final exam yang beberapa hari lagi menjelang.

apa yang ingin tasnim kata kan pada beliau mungkin kedengaran sudah basi. namun kata kata ini adalah sesuatu yang lahir dari hati. tasnim amat bersyukur dikurniakan seorang teman dan sahabat sebaik beliau. terima kasih untuk segala kebaikan yang telah beliau beri pada tasnim. tasnim tahu betapa diri ini gagal dalam menjadi sahabat beliau yang baik.

begitu banyak kesalahan yang tasnim lakukan terhadap beliau tanpa tasnim sedar. menyakiti hati beliau. membuat beliau berjauh hati. memandang remeh perkara yang penting bagi beliau. acuh tak acuh dalam perbualan dengan beliau. tasnim mohon maaf dalam setiap hal yang berlaku. tasnim doakan yang terbaik untuk mu teman. semoga kita sama sama berjaya dalam perkara yang diusahakan dan semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. insyaAllah amiinn.
eka, thank you so much (=.=)

p/s : jangan jadi sepoyoss tasnim tau bila baca haha

terima kasih sudi baca :))

5 comments:

  1. sahabat yg baik adalah yg bersama kita waktu susah dan senang...mahu menjadi pendengar setia..

    ReplyDelete
  2. kadang2 kesibukan membataskan diri kita.bertuah awk ada sahabat sebaik dia.semoga persahabatan korang terjalin selamanya..

    ReplyDelete
  3. Blog walking...Nice Entry... http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/

    ReplyDelete