Thursday, 11 April 2013

Entry untuk Emak.

 Assalamualaikum ^^

kalau kira hari ni, genap lah 5 tahun emak sakit. emak sakit masa tasnim tingkatan 3.

memperkenalkan. ini emak tasnim. muka tasnim mirip muka emak. perangai pun perangai emak.

5 tahun emak sakit, tapi, tasnim rasa macam semalam ja emak dodikan tasnim tidur. emak sangat aktif dalam kehidupan seharian. sangat aktif.

tasnim ingat lagi, masa kecil kecil dulu emak selalu tinggal tasnim sebab ada program yang beliau kena pergi. hampir setiap minggu ada aktiviti, tasnim tinggal la dekat rumah dengan abah. mungkin, sebab tasnim takda ramai adik beradik kot tasnim rasa bosan. suatu hari, tasnim pernah berdoa supaya emak ada dekat rumah 24 jam dan teman tasnim! haha. tapi, tasnim tak rasa emak akan sentiasa dekat rumah. bila malam, tasnim akan nangis sebab rindu emak. tok akan marah. tapi tok paham yang tasnim rindu emak. takpe.

tapi bila tasnim tingkatan satu, emak ada mengadu emak sakit lutut. lepas pada tu, tiap tiap malam tasnim akan sapukan emak minyak paanas. lama lama, selepas tasnim berpindah ke rumah baru, tasnim harap sangat emak dapat teruskan kehidupan emak seperti wanita wanita tersibuk di dunia seperti biasa.

tasnim tengok perubahan emak hari demi hari. dari emak dapat jalan terhinjut hinjut pada mulanya sampai lah sekarang yang emak terpaksa dapatkan bantuan dari abah seratus peratus. abah adalah lelaki yang sabar melayani karenah emak, sabar menjaga emak ketika tasnim dan abang takde di rumah.

emak hanya bergantung kepada kerusi roda. emak tabah dalam menghadapi ujian dari Allah. tasnim doakan emak cepat sembuh. tasnim rindu emak. masa tasnim tingkatan tiga, abah lah sebagai pengganti emak untuk tandatangani buku rekod tasnim. masa sekolah rendah, emak tak pernah jemu untuk datang ke sekolah untuk tandatangani buku rekod tasnim. emak datang jenguk tasnim dalam hari penyampaian hadiah. tasnim rindu semua tu! kalau abah sangat garang. bila tasnim dapat C dalam sesuatu subjek, walaupun satu subjek, abah mesti bandingkan tasnim dengan abang. mungkin itu fungsi seorang abah. tegas.

suatu hari, tasnim ingat lagi, tasnim dapat anugerah di sekolah, semasa tasnim tengah tunggu nama tasnim, tasnim nampak emak kawan tasnim peluk kawan tasnim dan cium dahi, ya Allah, tasnim nak yang itu. betul. tasnim nak macam tu selepas tasnim terima anugerah. terus tasnim lari masuk tandas dan nangis lama lama sampai la ada pengumuman nama tasnim di panggil untuk terima hadiah.

Ya Allah, tasnim rindu emak dari last emak peluk dan cium tasnim semasa tingkatan dua, sampai la sekarang,

walaupun emak dah 5 tahun sakit, tasnim harap sangat emak bangga dengan anak anaknya. setiap yang tasnim buat, tasnim nak emak suka. dan tasnim harap emak akan suka tasnim jadi seorang blogger. seorang pelajar akauntansi.



dah besar dah anak anak emak sekarang :)

tasnim tahu, kalau emak sihat, emaklah akan jadi pembaca tegar belog tasnim sebab emak selalu support apa yang tasnim buat. dan emak mesti sokong minat tasnim dalam akaun ni, sebab emak tak pernah kata "tidak" untuk setiap minat tasnim. 

Ya Allah, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk emak ni. apapun, tasnim tak pernah terlepas untuk doakan emak tasnim kembali pulih dan dapat bersama sama untuk mengerjakan haji dalam keadaan emak yang sihat. insyaAllah. tasnim selalu percaya yang emak selalu rindukan tasnim dari jauh, dan happy dengan tasnim sekarang.

dan tasnim selalu percaya juga, setiap yang terjadi pasti, ada hikmah dan sebabnya. emak sakit pada umur yang sungguh awal, tpi insyaAllah, selama tasnim ada, tasnim akan menjaga emak sampai tasnim mati. 

Aminn. Emak, I love You.

p/s : tiada siapa dapat ganti kasih sayang seorang emak.

terima kasih sudi baca :)

8 comments:

  1. Aminnn :') Hargai selagi masih ada okay sayang? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye aina. tak terbalas pengorbanan seorang emak dan abah :(

      Delete
  2. macam tu lah anak yg baik selalu berbakti dan berdoa utk kedua org tuanya..moga emak cpt sembuh dan tasnim berjaya dlm hidup..aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bonda. tasnim tak pernah putus untuk berdoa supaya emak cepat sembuh. amiinn.

      Delete
  3. Replies
    1. tenku butang ^^ kenapa kejap je? lelame la sikit hehe :)

      Delete