Sunday, 1 September 2013

Solat Sunnat Taubat

Assalamualaikum :')

rembat Google

dan tempat buat orang orang munafik adalah pada dasar neraka. selepas diazabkan beribu ribu tahun, yakni 1000 tahun dunia bersamaan  satu hari di akhirat, maka barulah munafik munafik akan dipindahkan ke Syurga. tapi yakni ke 1 hari saja?

Nauzubillai min zaalik!

tasneem akur, dalam kita sedar mahupun tak sedar mahupun separuh sedar kita ada buat dosa yang belum tentu kita perasan. tapi, layak kah tasneem untuk bertaubat? pasti lah layak sebab bertaubat kan untuk seluruh umat Islam. Allah sentiasa menerima taubat hamba Nya. syarat syarat taubat tasneem nyatakan kat sini :
  • Ikhlas ingin bertaubat
  • tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • menyesal atas perbuatan yang dilakukan
  • harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama lamanya
  • dikerjakan sebelum ajal
niat Solat SunatTaubat :


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Rakaat Pertama : dengan membaca (di sunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. lepas tu baca surah Al-Kafirun :







Rakaat ke dua : membaca surah Al-Fatihah. Selepas tu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali.





  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, kalau mampu ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):
لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri

Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 1000 kali, atau yang semampunya.


akhir sekali, berdoa lah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan penghulu Istighfar sebagaimana berikut :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
 
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،

 أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،

 أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،

 وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ertinya
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
semoga taubat dapat keluarkan kita daripada tergolong dalam golongan Munafik, dan semoga kita semua selalu menghindarkan diri untuk golongan ini. Amin Ya Rabbal Aalaminn.

terima kasih sudi baca ^^

5 comments: