Wednesday, 19 December 2012

picnic bersama keluarga di Port Dickson / Tugu Negara

Assalamualaikum ^^

boleh tak tasneem nak mengekpresikan rasa eksaited tasneem yang tak ketahuan halanya? perasaan ini jarang jarang sekali nak boleh rasa tahu. jadi, kalau tak tunjukkan eksaited ni, maka, rugilah. oh. wajib cerita. tolonglah hampa buat buat suka nak tahu. -.-'

pelis. kali ni saja.

bestnya dapat makan tepi pantai T_T

sapa suka picnic di sini? cepat kembangkan lobang hedong 16cm persegi. lalu baca siap pukul meja kononnya, hampa pun dapat rasa eksaited sama dengan tasneem.

lagi la gendang gendut tali kacapi, dapat pergi picnic senanglah hati, bila berkelah di tepi pantai. Teluk Kemang atas kata muafakat yang telah dibuat antara rakyat jelata di rumah tadi. masing masing taknak ke tempat lain. bersebab.

kan dah kata. haruslah tasneem pilih pantai teluk kemang untuk picnic -.-'


manusia yang memain peranan untuk piknik kali ini adalah abang yang memegang tugas pemandu, abah merangkap menteri hal ehwal beg, mak, mak ity dan kak ayu sebagai ahli jawatan kuasa yang menceriakan suasana. dan tasneem. manusia yang di tugaskan menghabiskan makanan.

suka i.

yang teruja nak mandi sini bukan sebab air sejuk. setakat air sejuk, cedok air dalam peti sejuk pun boleh. tapi sebab tempatnya kemain cantik. wa yang ganas pun jiwang tengok tempat cenggini. macam nak bawa balak wa dating sini.

memang ramai la di sini. masa kami parking pun, ramai lagi yang nak parking. dengan kejinya perangai ni, cepat cepat tasneem cop kawasan untuk menjadi kawasan penjajahan yang orang lain tak boleh share langsung. hakhak.

abang antara manusia paling eksaited dalam air selepas tasneem. pelis percayalah!

wajiblah tangkap gambar dengan muka kudus suci murni dengan harapan nak tepek kat belog.
|wa dating dengan balak wa| *tipu

bukti lagi

rembat google. google free je bagi.

tengok tengok langit, dah mendong terok sangat. haish. waktu ni la. emak pulak bebel bebel suruh kemas barang, hujan kemain ligat nak turun. cekelat, cekodok yang tasneem bawa, gagah makan dalam kereta saja. hmm. tak syok. :'(

nak balik saja, rasa macam sayangnya nak langkah laju laju. kalau boleh nak mengesot saja agar lambat sampai kat kereta abah. bukan senang nak datang piknik bagai. 

apa pun tasnim harus menobatkan piknik kali ni, antara piknik yang paling syok. sebab musabab, seperti yang selalu, tasneem tak terbatas untuk jadi lupa diri ketika makan. menjadi 12tahun tanpa arahan. otometik eksaited bila berebut makanan dengan abang. haish.

jeles? sila lah jeles. sekarang tasneem nak gerak ke Seremban seterusnya ke Tugu Negara.

tempat kem abah dulu, Seremban.

terima kasih pahlawan T_T

kami anak jati kedah ^^

eksaited membajet :)

destinasi seterusnya, balik rumah tidur.

terima kasih sudi baca :)

Saturday, 15 December 2012

HaPPY BIRtHDaY LOVE

Assalamualaikum ^^

15 DICEMBER 1993.. birth date laki masa depan tasnim. Alhamdulillah, bermaksud dia sudah mencapai 19 tahun hidop kat dunia ni. hahah. tahniah tahniah love.. and semakin tua.. :P bhahaha.. atok tua dah tua.. :P

birthday + 1st anniversary

hmm.. tapi tasneem bermasalah sekarang. tasneem blur. tak tau ape nak buat dia happy untuk bufdae dia. SUMPAH tak tahu. hmm.. apa cadangan?? adakan kelab kembara? jelajah ke kutub utara dengan lelaki masa depan tasneem?? hmm.. mungkin tak. ape lagi idea segar dari ladang?? Belikan apa ja yang dia nak?? owhh.. sekarang tasneem tengah kemelesetan ekonomi. nak buat ape ya?? dah laa hari sabtu pulak birthday dia. hmmm.. tak tau la nak buat ape.

ape yang?? otak tasneem memang dah jam sekarang. (ala ala koma gitu). tak tau nak pikir ape dah. yang tau nak dia happy. takpe, mungkin bukan dalam masa sekarang. tapi dalam bulan depan kann :) hahah.

delay la maksud nyeee :P ape pun tasneem doakan agar laki masa depan tasneem dimurahkan rezeki dan selalu mendapat keberkatan Nya. aminnnn.

 I love you and i want you to know how lucky I am to have you! Happy Birthday love.

terima kasih sudi baca T_T

Tuesday, 11 December 2012

tercipta bicara ku di sini. . .

Assalamualaikum :)

apa perasaan kalau abang aku kutuk mak hang? okay. tu emo lebih. takde kaitan.

apa perasaan kalau impian jadi kenyataan? impian beli miniCooper, kawen dengan Aron Aziz, cungkil gigi di Korea, dapat semuanya. mesti rasa nak meninggal kan? macam tu la dengan ai di sini ni. impian dahku ingin tengok dengan bijik mata sendiri akan si dia telah menjadi kenyataan.

baiklah. buat buat pengsan agar over di situ. x_x

sangat sweet tau. dah tau orang suka, dia bagi pulak tenyuman. tskk, terharu la, nak lari la sembunyi belakang pintu terus menangis terhinjut-hinjut bahu. T_T

nak tak nak, apa hal jua yang mendatang tasneem dah buat keptusan untuk terima lamaran nya. acece hehe tasneem kenal dengan azri 5/8/2012. beberapa bulan lepas tu, tasneem pikir nak kenal azri dengan lebih dekat. tasneem mula ambil berat tentang diri azri tanggal 12/11/2012. pehh. ape kesah. untuk ingatkan tarikh bibik permulaan tasneem ngn azri kan. huhu sweet kan tasneem.

nak tahu kenapa ai sayang yu?
********
  • awak buah hati saya.
  • saya nak jaga awak sampai penghujung nyawa saya.
  • awak seorang yang baik.
  • awak pendengar yang setia.
  • awak boleh mendengar kata.
  • awak kata awak setia.
  • awak buat hidup saya rasa bahagia.
  • saya selesa dengan cara awak.
  • awak tak pernah ajar saya buat benda jahat.
  • saya suka nasihat nasihat yang awak bagi.
  • awak seorang anak yang baik.
  • awak seorang abang yang bertanggungjawab.
  • saya nak awak selalu ada dalam hidup saya.
  • awak tak pernah (tak selalu la) kecewakan saya.
  • awak tak pernah biarkan saya sedih.
  • saya suka tengok awak bersama keluarga.
  • awak seorang yang kuat semangat.
  • awak mampu ubah saya untuk jadi lebih yang baik.
  • awak suka buat saya tersenyum.
  • awak berpandangan jauh ke depan.
  • awak terima kekurangan dan kelemahan saya.
  • saya nak awak jadi menantu 'mak abah' saya.
  • saya suka tengok awak bila senyum, nampak lesung pipit.
  • awak seorang yang berterus terang.
  • awak layan saya dengan baik.
  • awak menghormati saya.
  • ibu dan ayah awak tak pernah marah saya.
  • awak ada apa yang saya tak ada, jadi awak boleh isi kekurangan yang saya takda.
  • saya nak awak jadi milik saya yang sah.
  • saya ingin menjadi makmum awak.
  • saya nak awak jadi imam saya.
  • saya rasa awak jodoh saya.
  • saya tak suka tengok awak sedih.
  • awak dah tarik minat saya untuk terus berbelog.
  • kadang kadang awak tak mudah mengaku kalah.
  • awak seorang yang sempurna di mata saya.
  • awak sangat mentaati orang tua awak.
  • saya nak jadi pendengar terbaik untuk awak.
  • aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Ilahi.
  • aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.
  • aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
  • jika dialah yang tertulis untuk menjadi teman hidup ku, panjangkan lah hubungan ini serta ikatan ini.
  • abaikan saya sekarang, Allah redha, Allah sayang, lepas ni dah HALAL, awak abaikan saya, Allah MARAH.
  • awak tahu satu satunya alasan mengapa Allah memisahkan kita, kerana kita terlampau DEKAT, melampaui yang seharusnya.
  • awak tahu alasan mengapa Allah menciptakan jarak antara kita, kerana Allah ingin kita selalu mendoakan, dalam jauhnya pandangan sekalipun.
  • semoga saya menjadi penyejuk mata kepada awak yang baik suatu masa nanti.
  • cukup lah aku tahu dirimu punya agama dan iman.
  • hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. berdoalah kerana itu Senjata kita, andai takdir hidup mati bersama, pasti Allah Permudahkan Jalannya.
  • andai kehadiranku punca lalainya hatimu, maafkan aku.
  • andai kehadiranku punca lemah dan berkurangnya semangat mujahadahmu, maafkan aku. (sungguh, itu semua bukanlah niatku)
ya Allah, aku akui kelemahan dan kesilapan ku. . andai pernah diriku menjadi punca jauhnya seseorang hamba daripada MU, ampuni ku ya Allah.

terima kasih sudi baca +.+

Thursday, 6 December 2012

saya & awak. .

Assalamualaikum :'(

mungkin Tuhan sengaja mahu saya dan awak berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk syukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama  hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah pun terbuka untuk kita.

'awak'. .

jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang.

carilah seseorang yang bisa membuatkan awak tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. akan tiba ketika di dalam kehidupan apaabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

tasneem tepek gambar sapa ni T_T

semoga awak memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri awak menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan awak kuat,kesedihan yang cukup untuk memastikan awak adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan awak bahagia.

kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam hidup mereka. kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, merekan yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba, hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan, awak tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga awak melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 

"cinta tak kan datang kalau tak di cari"

kadang kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. puas kita mencari di mana matahari, rupa rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasih mu yang telah pergi, hayunlah langkah mu ke mana sahaja yang kamu ingin demi mengubati hati mu yang luka, moga moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hati mu, kelak pasti terubat jua dan hidup mu kemballi ceria :)

doodle suweet ni tasneem hadiahkan untuk awak, awak.

eh kenapa entry malam ni suram? sudah sudah. tasneem sebenarnya nak mematangkan penulisan tasneem yang belum matang tu. hehe. tapi, perlu begini kah??

terima kasih sudi baca :)

Wednesday, 5 December 2012

ratu hatiku. .

Assalamualaikum <3

emak ni dari anak dara banyak berpantang makanan. memang keluarga tasneem bab makan memang pantang. pantang jumpa makanan. hikhik.

jadi nak dijadikan cerita yang tak da kena mengena dengan pantang dalam bab bab makan ni, tasneem nak masuk terus kat isi penting terus la. ramai kat luar sana yang masih mempunyai emak yang sihat dari segi fizikal mahupun mental kan. syukur Alhamdulillah. ^^  tapi emak tasneem sakit, sejak dua tahun yang lepas. masa tasneem tingkatan empat. tapi saket emak tasneem tak da lah kronik kuasa tiga cuma emak tasneem sakit lutut ja.

ni la emak kecintaan hati tasneem

tapi emak ilek je tak nak ke hospital, emak suruh tasneem dan abang berserta abah untuk urut dan jaga beliau. insyaAllah selagi tasneem ada dan masih bernyawa, tasneem tak mungkin abai kan tanggungjawab tasneem sebagai anak. pehhh. macam anak solehah dah ni.

jadi rentetan kejadian sungguh tragis walaupun emak ilek, macam macam tasneem terfikir tau.

1) bila emak mengadu lenguh lenguh kaki, abang dengan abah lah orang pertama yang akan urut mak. abang sanggup buat apa saja untuk mak. abah pulak, sanggup bersengkang mata untuk bangun seawal pagi jika emak terasa nak ke tandas.

tasneem? hmm. tasneem picit sikit, lepas tu tidur, picit kejap, lepas tu makan aprikot kering, picit sikit, lepas tu pesan kat mak "emak, jangan kentut tauu, sendawa ja". huhu. walaupun emak gelak ja, terfikir abah dengan abang yang sanggup buat macam macam untuk emak. abang dan abah sanggup menghabiskan beribu ribu ringgit untuk membeli ubat atau produk di pasaran untuk mak. 

padahal kalau kita sakit teruk, sapa lagi yang sanggup hadap jijiknya kita kan? mesti la emak. pakwe yang kita sayang tahap gaban pun belum tentu sudi buat macam mak kita. rentetan kisah hidup mak, buat tasneem rasa takutttttttttttttttttttttttttttttttttttt (enam harkat) sangat hilang emak. rasa tak nak langsung hidup tasneem tanpa emak. hmmm.

hampa pernah rasa macam tasneem rasa?

2) ada la sorang mak cik ni datang rumah, tengok tasneem pulun picit mak. dia pun turut serta untuk ber-pulun. pulun cerita bukan bukan.

"ish, ni ada benda nih. mak hang ada terpijak apa apa kot sebelum ni"
"benda apa"?
"hantu nii. ishhh, teruk sangat. ntah ntah kena dengan orang. bawa p bomoh la, memang sah kena nii"

seraya dahku cuba menegak hak keperimanusiaan dahku daya Dr. Fadhilah Kamsah

"ni bukan hantu, ni kes emak tergelicikbatu hari tu. orang naik hantu ada laa kat sini. amboi"
"ooo. hawat tak cerita awai awai"
"-..-"

cerita tahyul ni macam femes dalam kepala otak manusia. sakit sikit, suruh jumpa bomoh, sakit sikit cakap buatan orang, sakit sikit cakap hantu kacau. pengaruh tivi betul. emak pun nak tergelak bila dengar mak cik tu cakap. sepatutnya bila kita tengok orang sakit, kita harus berdoa supaya orang tu cepat sembuh, bukan fikir bukan bukan. 

kesian emak tasneem :'(
***

aci tak aci nak letak jugak gambar ni. hikhik.

tapi semuanya Alhamdulillah. mak tetap meneruskan kehidupan sebagai seorang emak dan tok yang awesome di dunia ni. maka, sepanjang hari, selain kerja tasneem berpesbuk, check email, tasneem juga picit emak dan sediakan makanan untuk emak. abang dengan abah rilek. cuma tasneem selalu berdoa supaya emak dapat berjalan seperti biasa ^^ sama sama doakan mak tasneem k :')

tak nak tertinggal budak techik ni <3

terima kasih sudi baca :)

Monday, 3 December 2012

| seorang sahabat |

Assalamualaikum :)

anggap je la "Assalamualaikum" dengan tenyuman sebagai pendahuluan. dah menggelupor tak ketahuan hala nak taip isi penting. aci tak? aci tak?

rembat Google. Google rilek je bagi.

angguk angguk, tak nak geleng geleng. sratuspatblasribu peratus tasneem setuju dengan kata kata dari Saidina Ali Ibn Abi Talib (R.A). rilek rilek cakap, kawan ni bersepah boleh dapat. rasa takkabur nak cakap yang kawan tasneem kat facebook pun nak dekat 3k. *tipu*

itu baru kawan kat facebook, tak kira lagi dengan kawan zaman main tengteng, zaman hingus hingus, kawan sekolah menengah, kolej, ada jugak kawan masa lepak kedai makan zaman muda mudi dulu.

hai cik adik manis, boleh jadi kawan?

err boleh je. *dengan wajah inisen  habis walhal, berbunga hati, hensem kot mamat tu*

meh la number talipon,nanti boleh contact balik nanti

nah.. ambik  ambik ni!

dengan kadar sungguh segera je tasneem bagi number talipon kat laki masa zaman jahiliah dulu. alih alih jadi kawan. tu pun kawan juga. sekarang dah insap.

tapi, adakah mereka mereka tersebut adalah kawan yang benar benar seorang kawan dikala kita berada dalam kondisi kesusahan, dikala kita tidak dengan mereka mereka, juga dikala kita tiada lagi di dunia? dan dikala ini rasa macam tak perlu kot nak menaip bagai buku teks sejarah dengan tatabahasa rosak. mereka mereka? ha??

Kawan, Sahabat, Teman, Rakan, yang sejati bukan muka yang same je bila tengah chilek, bila sedih gundah gulana, hampeh la, talipon pun tak semena-mena meng-off-kan mode. baik bukan saja apabila dengan kita, tapi bila dengan opah mahupun dengan jiran bapak tiri dia pun, dia tetap baik dengan kita, cakap yang baik tentang kita, dan menjaga nama baik seorang kawan.

mungkin dua ciri ciri kawan di atas, rilek je nak dapat. tapi yang susah nak dapat adalah kawan yang bila kita dah dijemput oleh Yang Maha Esa, dia terus "kawan" dengan kita. bukan setakat semasa kita di dunia, dia selalu membuat kita bahagia, tapi bila kita dah mati nanti, dialah kawan yang selalu mendoakan yang terbaik untuk kita di sana. sentiasa membantu kita bahagia, di alam yang kekal abadi.

Alhamdulillah, syukur sekarang, tasneem di kurniakan beberapa ketol Sahabat yang sentiasa dengan tasneem waktu tasneem tengah chilek mahupun tengah kacau bilau. cuma tasneem harap, bila tasneem takde nanti, dorang terus "kawan" tasneem. Aminn. .

demm. tetiba rasa emo, air mata bertakungan umpama Lembah Nil, hati sebak, mood huru hara. tak semena mena. *tipu*

kawan seramai mungkin, selain meluaskan ukhwah, InsyaAllah, kita akan dapat Kawan Sejati.

terima kasih sudi baca :')