Thursday 2 May 2013

I Love You BFFs ♥

Assalamualaikum :)

ini entry jiwang-jiwang tau tau tau. latar belakang entry ni, lagu Memori Daun Pisang versi M Daud Kilau Nyanyi. entry dedikasi khhhasss (siap ada idgham ma'al qunnah) untuk BFFs tasnim. BFF di sini bukan bermaksud Bratt Frit Frooot tapi Best Friend Forever. dan khhhhas juga buat kawan rapat tasnim.

mempersembahkannn...


Ini BFF tasnim. Eka (kanan). kawan baik tasnim sejak 2009. kami kenal dari sekolah menengah dulu. inilah satu satunya manusia paling lama bertahan memegang tahta BFF tasnim. beliau selalu kuatkan tasnim masa tasnim jatuh,dan kongsi happy.

paling sweet dengan Eka, yakni, satu, beliau selalu tanya dulu boleh ke couple dengan si polan si polan, dua, tasnim selalu tumpang rumah beliau masa SPM.

tapi baru baru ni, kitorang kurang fesbuk fesbuk atau mesej. masing masing macam sibuk. hmm dahku harap, dikau ingat dahku dalam doa mu.

ni lagi dua BFF tasnim. Piqah dan Fiqah. kiranya pakej la kawan dengan dorang. kawan satu, dapat dua. sebab dorang kembar. hikhik. bagi tasnim kenal dengan mereka ni, adalah satu anugerah dari Allah. banyak benda yang tasnim belajar dari dorang.  kebanyakannya secara tak langsung. tak hipokrit. sweet, dan kuat.

ini pulak lagi satu BFF tasnim. Farah. ini adalah spesis kawan paling satu kepala dengan tasnim. walaupun baru kenal, tapi kan, tapi kannn, senang kamcheng dengan beliau oleh kerana kiteorang ni ada la banyak persamaan. contoh paling ketara, dua dua cute. cuma tasnim lagi cute, siap pakej sopan santun, menghormati orang tua, dan ohsem. -.-'

paling suwit tasnim dengan beliau adalah setiap hari. tak lah. hampir setiap hari. wajibal qunnah ada personal message dari beliau untuk tanya kan tentang subject yang tertinggal oleh sebab beliau tak hadirkan diri ke kelas -..- buat tasnim rasa tak pernah takde kawan. walaupun kemain malas tasnim nak reply balik.

ini antara kawan kelas tasnim. kawan baik juga. semua baik. tapi salah sorang dari dorang, banyak bantu tasnim dalam pelajaran. banyak tolong tasnim dalam kesusahan. banyak bagi motivasi untuk tasnim. banyak susahkan diri dia dengan tasnim, banyak bimbing tasnim dalam nak berubah. sobbsobb.

ia jatuh kepada Fatin. yang tengah, tudung hitam, sebelah kemut mulut tu. wuuu T_T banyak terhutang budi dengan beliau. paling tak boleh lupa antara kami berdua adalah, sejurus habis exam, terus kami ke Kampung tasnim. sanggup dia tak balik Langkawi lagi.

ini pula Atiqah. kawan tasnim. beliau merupakan pembaca tegar belog tasnim walaupun dalam keadaan terpaksa. dia baik. wuu T_T paling sweet dengan dia, yakni, dia selalu bagi tasnim Biskut Jacob's masa tasnim lapar. hampir setiap hari tasnim makan biskut tu. dah tinggal setengah tin. hikhik. claim HALAL je la supaya dia tak marah.

 
wahhh. ramai kan T_T

***

Alhamdulillah. walaupun tasnim cuma ada beberapa ketol sahaja kawan baik, tapi syukur kemain ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan tasnim sahabat yang selalu ada waktu senang dan susah. lagi suka bila ada waktu susah. hikhik.

semoga ukhwah kita bukan sahaja di dunia, namun kekal hingga ke akhir hayat kelak. Ukhwah yang ikhlas bukan kerana apa apa, tapi untuk mengeratkan lagi hubungan di jalan Allah. ukhwah fillah abadan abada. Amin Ya Rabb

yang lain, meh la jadi BFF dan kawan baik tasnim. ecehh.

terima kasih sudi baca ^^

6 comments:

  1. Replies
    1. baik ngaku tasnim lebih comel ^^ kalau tak nak ngaku jugak, tasnim tumbuk kang. tissshh tishhh T_T hehe ape pun terima kasih :)

      Delete
  2. sahabat untuk selamanya..kau dan aku sahabat....untuk selamanya...eh nyanyi pulak kat sini...=P

    5 personaliti seorang bapa

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/5-personaliti-seorang-bapa.html

    ReplyDelete
  3. haha kan sampai terbawa lagu Upin Ipin :D

    ReplyDelete
  4. Berkawan biar beribu.musuh jgn sesekali dicari

    ReplyDelete