Saturday 17 August 2013

Hari Raya Saya VS Happy 20th Birthday

Assalamualaikum. <3

Dah seminggu lebih dah kita raya kan. oh. bukan baru raya ke dua ek? baru ingat nak kutip duit raya lagi. tsssk tsssk. Alhamdulillah. sekarang cuma nak curik sikit masa untuk ganti balik puasa yang wajib kena tinggal tu. kalau boleh nak juga puasa enam. InsyaAllah.

sebenarnya kan, raya kali ni, yakni raya tahun 2013, tasneem menobatkan tahun raya 2013 adalah pemenang bagi anugerah raya paling best. haa. tahniah ya buat Raya Tahun 2013. tak payah bagi ucapan dah. blah -.-'

bayangkan tasneem balik kampung seminggu sebelum raya. lepas tu tasneem kemas rumah, lepas tu shopping untuk family sikit, lepas tu cari barang kek, lepas tu shopping raya habis habisan dengan family sekali lagi. . .

lepas tu? macam mana kuih raya? macam mana kek raya? macam mana?? macam manaaaa? *tolong buat emo macam Rosyam Nor selalu buat kat tivi*

jyyeah. sebab tu la tasneem menobatkan 2013 sebab Raya paling best. Kuih raya selalu main tunjuk tunjuk, tapi tahun ni, kami sekeluarga terpaksa menggunakan sistem keringat tasneem untuk dijadikan santapan mencekik tetamu rumah.

Alhamdulillah. kelainan tahun ni, cuma raya ke dua tasneem sambut birthday tasneem. ngaaa >.< rasa happy balik ingat pasal ni.

maka dengan ini, tasneem serahkan kepada gambar untuk bercerita mengenai detik detik raya tersebut. tadaaaaaaaaaaaa. . . .

sementara tunggu kawan kawan sampai rumah. edit seboleh mungkin nak tutup kesan jerawat. muhahaha.

masing masing berdiri untuk nyanyi lagu sekolah. tsskk. pernah tercekik chewing gum masa nyanyi lagu sekolah di perhimpunan. nostalgiknya lagu sekolah ni. T_T

lautan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Baling.

Bekas Bendahari 5 Science Account. huhhuhu.

siap dah ada anak. fine. ni anak buah tasneem.

candid. siyes candid la. yang kiri tu, kak ipar tasneem, lepas tu abah tasneem, chik tasneem, sepupu tasneem dua orang tu. emak tasneem yang pegang pelita yang ohsem tu. tasneem angkut habis rakyat jelata kat rumah. -.-'


Birthday Girl

Alhamdulillah. sambil buat buat sebak kat dada siap tepuk dinding tanda tak sikit pun tak percaya yang 9 Ogos yakni 2 syawal *rasa macam dah cukup alim bila bagitau tarikh islam ni :')*, cukup lah tasneem berusia 18 tahun. tipu. 20 tahun. a'aah. dah 20 tahun tau.

dah cukup matang jadi bini orang. maka, please, mak cik pak cik yang ada anak hensem yang persis Aaron Aziz, sila lah paksa anak anak kalian minang tasneem cepat. tasneem sudi. hakhakhak. gelak tak berapa nak ikhlas sangat.

hampa tau tak, tasneem senyum telinga ke telinga sangat tahun ni. birthday kali ni, belungguk benda yang buat tasneem rasa macam nak terkinja berlari secara selow nangis belakang pintu sensorang. touching tau. suprise pun banyak. dari rakan taulan, mak bapak serta rakyat jelata.

Alhamdulillah sekali lagi.

from housemate with love. 

dah jadi tasneem celup tepung. :'(

harap harap tasneem lebih bermotivasi untuk jadi lebih berguna selepas ni. dah teruk macam takde guna pulak sekarang.

apa pun, tasneem nak ucapkan gerombolan terima kasih kepada yang tak putus putus wish birthday tasneem di wall tasneem, fon tasneem, chat tasneem. yang sudi buat suprise party, nanti claim kiss ikhlas dengan lipstik merah makngah tasneem untuk hampa. kepada yang bagi hadiah, tasneem doa, tahun depan bagi la lagi. hampa dah buat birthday tasneem rasa kenyang dengan rasa happy je. sumpah ada sikit auta.

p/s : terima kasih juga buat yang sudi doakan yang terbaik untuk tasneem. maka, terimalah lagu P.Ramlee dendang perantau, buat hampa dari tasneem yang ohsem.

                                                                                                

haa. ambik. sekali update entry, terus taip cecah cecah lantai. kira ni boleh la kita consider entry qadho balik selepas berjuta kurun tasneem tak update entry. well, buat buat sibuk lebih.

p/s : walaupun sekarang bukan lagi bulan Ramadhan yakni bulan kita gagah lipatgandakan amalan, tapi tak bermakna kita perlu stop banyakkan amalan.

terima kasih sudi gigih baca entry. :')

1 comment: