Saturday, 30 November 2013

Jangan mudah terperasan dalam CINTA

Assalamualaikum ^^

I don't know where should i start. it just. . forget it. can i say something?

okey, macam ni. adik adik, hakak hakak selaku kawan kawan yang tersayang. percaya lah, setiap apa yang lelaki cakap tak semesti nya dia maksud kan. it just like :

just because im texting you, doesnt mean that i like you.
just because i ask you out, doesnt mean that because you are hot.
just because i sent you "love" sign in fb or mms, doesnt mean that i love you.
just because i say that you are nice, doesnt mean my girlfriend is worse than you.
just because i say that you are different from other girls, doesnt mean that you are really different from the girl that i used to know.
just because i say that i miss you, doesnt mean that i really did. it is just "pemanis ayat" to start a conversation with you.


sometimes, the word love is not special anymore because you can simply say it to someone.

ianya.. yup meluka kan tapi memang kenyataan. ianya like hmm. . kejam but thats the reality. sorry to say. men is always like that. it just normally thingy. thinking back, how many other girls that he keep copying and pasting too? but we as women, please dont be that perasan. seriously dont be that kind of "whateve type of girl".

berapa ramai antara kita yang frust menonggeng sebab sikap terlalu perasan dan beremosi. orang baru ajak keluar, kita dah rasa macam dia nak kapel dengan kita. orang baru cakap I LOVE YOU, kita dah rasa yang dia tu bakal imam kita. and bila perkara tu sekerat jalan, mula lah kita frust menonggeng pastu mula lah update status "broken heart" thingy.

thats why kita sebagai perempuan jangan cepat menggelabah dah perasan. sungguh, kita tak boleh salah kan lelaki. kadang kadang depa memang nakal and sesaja ja. kadang kadang depa after text kita tu terus letak handphone pastu pergi main futsal pastu hujung minggu bawak gelfren p jumpa mak lepastu ajak kawen pastu kawen.

kita pulak lepas ja dapat mesej "tenks teman saya makan tadi, will miss you" terus balas "welcome, i miss you more and more" pastu continue with "awak, kenapa tak balas mesej saya" then continue with "awak cuba nak main kan saya eh??" then continue with "menyesal saya kenal awak" then continue with "sampai hati awak buat macam ni kat saya" then continue with "pergi jahanam jantan tak guna!!"

lepas tu kita pun mengadu dekat kawan kawan yang kita kena tinggal dengan lelaki tu. lepas tu lelaki tu kena kutuk kaw kaw dengan kawan kita and baru kita puas hati padahal??

sebab tu kita perlu cool dulu. tengok orang tu siyes ke tak dengan kita baru kita boleh on dengan apa apa relationship ni. zaman sekarang kan. ayat ayat manis ni dah tak boleh pakai dah. kadang kadang dia forward dari mana mana ja kat kita pastu mula lah kita merenung bulan malam malam.

then last last last, harap kan bulan, bulan tak jatuh jatuh ke riba. haha nahhh luahan dari hati dahku, kemain panjang :D

terima kasih sudi baca :)

Friday, 29 November 2013

khusyuk dalam solat cara tasneem

Assalamualaikum ^^

mood ustazah tasneem pery mai dah-.-'

ketika solat, perkara penting yang perlu di tekan kan adalah cara untuk khusyuk. khusyuk? bukan senang kepala hotak kita ni nak khusyuk bukan? sedang solat, teringat nasi lemak oh enak sekali buatan abah. tengah saja solat teringat yang masih belum balas mesej kawan.

macam macam yang akan ganggu kepala hotak kita dari terus focus dalam solat.

begitu jugak dengan diri tasneem. ketika solat, kemain suka suka belek sejadah, sambil mulut lancar membaca ayat yang sepatut nya. kepala hotak? ohh. cantik nya sejadah ni. macam mana la orang tampal bulu bulu ni kat sejadah ni. lawoo kemain.

haish. amat susah nak khusyuk.

setelah beberapa lama juga tasneem cuba pelbagai cara untuk lebih focus ketika solat. ya. tak dapat di nafikan. kadang kadang tak khusyuk juga. tapi sedikit sebanyak cara yang tasneem cuba praktikan sudah beberapa bulan ni.

pakai pakaian yang bersih dan wangi :
pakai lah pakaian yang bersih agar kita lebih yakin ketika solat. pakaian yang kotor akan buat kita was was dan akan hilangkan focus dalam solat. dan calitkan sedikit wangian agar kita lebih tenang. kerana bagi tasneem, wangian adalah therapy.

solat di awal waktu :
supaya tak gopoh gapah solat nya, lebih baik solat di awal waktu. lebih lebih lagi kita akan lebih dapat banyak kelebihan solat di awal waktu ni. maka, solat di awal waktu.

ambil 10 minit sebelum solat dengan rehat dan tenang kan fikiran :
ambil lah 5 hingga 10 minit untuk tenang kan fikiran yang asyik terfikir akan sedap nya burger McD. ambil lah masa ini untuk tidur sekejap ke, mata yang mengantuk sah sah akan ganggu solat kita. dalam masa ni juga berzikir lah, supaya hal duniawi tidak terbawa dalam solat.

sematkan yang ini dalam kepala hotak :
sebelum solat, tasneem akan sematkan hebakk dalam kepala hotak yang ini saja yang tasneem dapat buat yang terbik untuk Allah. yang lain, entah diterima atau tak. bila kita pasangkan itu adalah terbaik perlu kita lakukan. InsyaAllah, kita akan dapat hasil dari nya.

elakkan sejadah yang bercorak :
sejadah yang bercorak akan membuatkan kita lali dengan lukisan dan corak yang terlukis pada sejadah. dengan ini, pilih lah sejadah yang tepat dengan pilihan kalbu tasneem adalah plain sahaja. kosong.

yakin :
apa lagi yang penting dari yakin dalam solat kan. tak yakin wudhuk kita sempurna, maka batal kan wudhuk kita tadi. tak yakin yang solat kita sempurna, batal juga solat kita yang berakaat kita lakukan. tak yakin dengan baju kita bersih, wajib lah kita tanggal kan baju kita kan. maka, yakin lah yang apa yang kita sudah lakukan sudah tersusun rapi.

maka, itu lah serbaa sedikit dari tasneem. yang lain, banyak dah kita belajar dari Ustaz dan Ustazah kita kan. sapa tak ingat tu, sah sah la tidur dalam kelas kan. baik buat buat hampa tau -.-'

tak ada lah kita sekusyuk para sahabat Baginda kan, sehingga di panah dek panah pun masih khusyuk dalam solat. tapi, perlu kita cuba apa pun cara agar solat kita lebih sempurna kerana :

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang nya"  (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2)

bukan lah di sini tasneem kongsikan cara untuk lebih khusyuk dalam solat, dan ini bermakna solat tasneem ni sempurna tak hengat. cuma, ini adalah perkongsian bersama setelah beberapa bulan tasneem praktikkan.

yang baik di ambil, yang buruk di tegur ya :)

terima kasih sudi baca ^^

Wednesday, 27 November 2013

matang. bukan senang nak tau matang tu macam mana.

Assalamualaikum :')

hmm bila laa mereka ni nak matang, asyik dengan gambar tak ketahuan hala ja.

selamat malam semua. malam ni tasneem rasa kemain susah nak tido. mungkin akibat terlentang tahap maksima kot petang tadi. tak seronok la. baru rasa nikmat nak kumpul mimpi banyak banyak episod malam ni.

maka, satu entry di buat malam ni dengan takdak motif. siyes takde motif. tengah buat muka ketat ni. 

matang? tasneem sendiri tak tahu macam mana rupa matang tu. masa zaman pergi sekolah dengan bawa buku teks Sejarah dulu, bagi tasneem matang tu adalah manusia manusia yang senyum sinis macam mau tak mau senyum, kalau berjalan tersepit sepit control, bab otak pulak, mesti orang yang matang ni pikir kawen -.-'

makin besar, makin tasneem konpius dengan maksud matang yang sebenarnya. tapi sekarang, sikit sikit tasneem faham dengan "matang" tu sendiri nya.

makin di telan arus usia, tasneem dengan sikit sikit dah rasa perubahan terhadap jasmani dan rohani tasneem. hikhik. terperasan pulak. walaupun sebelum ni, tasneem rasa tasneem macam tak akan matang buat selama lamanya dengan memegang prinsip "be yourself"

apa yang tasneem perasan dengan diri tasneem sendiri, kalau dulu, tasneem banyak sangat pikir bab nak berseronok. apa apa yang tasneem buat mestilah mendapat habuan enjoy. yakni dengan kepala otak hanya tuju nak pikir bab kapel, nak shopping la. semua yang memberi enjoy dalam masa yang singkat.

kalau study pun biar cukup cukup makan pun dah buat tasneem senyum telinga ke telinga. kalau la pass grade adalah F, maka tasneem akan gagah pulun biar dapat F pun dah cukup. hmm. sangat teruk.

tapi tu semua dulu. dan sekarang, sikit sikit tasneem dapat rasa yang tasneem makin bertukar sifat. secara semulajadi nya tanpa di paksa. dan sekarang tasneem mula rasa "apasal la aku macam tu dulu, haish" mengeluh sorang sorang.

nak jadi matang tak kira umur sebenar nya. ada yang umur 12 tahun, dah matang. tahu nak urus diri sendiri, dah pandai fikir bab hala tuju hidup. dan tahu macam mana nak jaga keluarga. dan tahu juga apa tu yang buruk dan baik untuk diri sendiri.


ada juga yang macam tasneem. dah umur 20 tahun, baru sedar yang sepatutnya tasneem tak buat itu ini, baru juga sedar yang banyak perkara yang tak berguna telah tasneem buat tanpa berfikir. baru sekarang rasa nak mula kan hidup baru dengan cara baru. 

tapi ada juga yang dah hampir jadi nenek orang pun, masih macam budak budak cara mereka. dah kawin pun, masih tak pandai nak urus diri sendiri.

walau macam tu, tak boleh nak cakap apa juga, sebab musabab, matang ni bukan di kira dari satu sudut saja. ada banyak yang perlu di perhatikan. secara fizikal nampak matang, tapi, kalau suruh urus diri sendiri, gagal la pulak. hmm.

ada juga orang yang namapak perangai macam budak budak. terkinja sana sini, asik dengan bling bling pink la, nak pelop teddy bear 18 jam 9 minit 74 saat tapi, hebakk kemain bab bab nak urus masa, urus hidup, keluarga juga duit.

kira nya, susah nak tahu matang tu apa sebenar nya.

kalau sekarang, mungkin tasneem dapat rasa perubahan sifat luaran tasneem mula berubah. bila nak terkinja kinja rasa macam malu pula, bila suka berangan benda bukan bukan, cepat cepat rasa malu dengan diri sendiri. dah la memang pemalu -..-'

tapi mungkin mula nak matang dari sifat macam tu la. pemikiran, entah la tasneem pun tak tahu lagi. InsyaAllah kalau kita nak, kita akan dapat. tasneem teringin matang dalam macam macam perkara. InsyaAllah.

matang tu akan mai sendiri. kan kan?

terima kasih sudi baca ^^