Friday, 29 November 2013

khusyuk dalam solat cara tasneem

Assalamualaikum ^^

mood ustazah tasneem pery mai dah-.-'

ketika solat, perkara penting yang perlu di tekan kan adalah cara untuk khusyuk. khusyuk? bukan senang kepala hotak kita ni nak khusyuk bukan? sedang solat, teringat nasi lemak oh enak sekali buatan abah. tengah saja solat teringat yang masih belum balas mesej kawan.

macam macam yang akan ganggu kepala hotak kita dari terus focus dalam solat.

begitu jugak dengan diri tasneem. ketika solat, kemain suka suka belek sejadah, sambil mulut lancar membaca ayat yang sepatut nya. kepala hotak? ohh. cantik nya sejadah ni. macam mana la orang tampal bulu bulu ni kat sejadah ni. lawoo kemain.

haish. amat susah nak khusyuk.

setelah beberapa lama juga tasneem cuba pelbagai cara untuk lebih focus ketika solat. ya. tak dapat di nafikan. kadang kadang tak khusyuk juga. tapi sedikit sebanyak cara yang tasneem cuba praktikan sudah beberapa bulan ni.

pakai pakaian yang bersih dan wangi :
pakai lah pakaian yang bersih agar kita lebih yakin ketika solat. pakaian yang kotor akan buat kita was was dan akan hilangkan focus dalam solat. dan calitkan sedikit wangian agar kita lebih tenang. kerana bagi tasneem, wangian adalah therapy.

solat di awal waktu :
supaya tak gopoh gapah solat nya, lebih baik solat di awal waktu. lebih lebih lagi kita akan lebih dapat banyak kelebihan solat di awal waktu ni. maka, solat di awal waktu.

ambil 10 minit sebelum solat dengan rehat dan tenang kan fikiran :
ambil lah 5 hingga 10 minit untuk tenang kan fikiran yang asyik terfikir akan sedap nya burger McD. ambil lah masa ini untuk tidur sekejap ke, mata yang mengantuk sah sah akan ganggu solat kita. dalam masa ni juga berzikir lah, supaya hal duniawi tidak terbawa dalam solat.

sematkan yang ini dalam kepala hotak :
sebelum solat, tasneem akan sematkan hebakk dalam kepala hotak yang ini saja yang tasneem dapat buat yang terbik untuk Allah. yang lain, entah diterima atau tak. bila kita pasangkan itu adalah terbaik perlu kita lakukan. InsyaAllah, kita akan dapat hasil dari nya.

elakkan sejadah yang bercorak :
sejadah yang bercorak akan membuatkan kita lali dengan lukisan dan corak yang terlukis pada sejadah. dengan ini, pilih lah sejadah yang tepat dengan pilihan kalbu tasneem adalah plain sahaja. kosong.

yakin :
apa lagi yang penting dari yakin dalam solat kan. tak yakin wudhuk kita sempurna, maka batal kan wudhuk kita tadi. tak yakin yang solat kita sempurna, batal juga solat kita yang berakaat kita lakukan. tak yakin dengan baju kita bersih, wajib lah kita tanggal kan baju kita kan. maka, yakin lah yang apa yang kita sudah lakukan sudah tersusun rapi.

maka, itu lah serbaa sedikit dari tasneem. yang lain, banyak dah kita belajar dari Ustaz dan Ustazah kita kan. sapa tak ingat tu, sah sah la tidur dalam kelas kan. baik buat buat hampa tau -.-'

tak ada lah kita sekusyuk para sahabat Baginda kan, sehingga di panah dek panah pun masih khusyuk dalam solat. tapi, perlu kita cuba apa pun cara agar solat kita lebih sempurna kerana :

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang nya"  (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2)

bukan lah di sini tasneem kongsikan cara untuk lebih khusyuk dalam solat, dan ini bermakna solat tasneem ni sempurna tak hengat. cuma, ini adalah perkongsian bersama setelah beberapa bulan tasneem praktikkan.

yang baik di ambil, yang buruk di tegur ya :)

terima kasih sudi baca ^^

6 comments:

  1. info berguna utk umat islam..thums up :)

    ReplyDelete
  2. lamanya akak tak singgah sini.. terima kasih berkongsi pengalaman ini tasneem.. sangat bermanfaat untuk dicuba.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasneem pun lama tak sentuh belog kak. cuti sem ni baru lah dok gagah update sikit sikit. sama sama kak aiza :')

      Delete
  3. betul cakap akak . nak betul-betul khusyuk dalam solat sangat lahh susah . ermm sebab macam-macam yang ada dalam fikiran masa tengah solat btw nice entry akak . saya try . :)

    ReplyDelete