rindu nya dengan arwah emak..
selepas arwah emak meninggal, tasneem susah sangat untuk tidur sampai lah harini. bila tidur, tasneem akan buka tingkap, bila datang angin, tasneem harap, tasneem buka mata, tasneem akan nampak emak jenguk tasneem tidur. tapi tak. tak pernah tasneem nampak emak jenguk. sampai sekarang tasneem susah tidur. masa awal awal mak meninggal, tasneem mintak abang teman kan tasneem tidur. lepastu abah. tapi tasneem belajar jugak untuk tidur sendiri. Alhamdulillah, tasneem dah tak susahkan abah lagi untuk teman tasneem tidur. bila malam, tasneem nangis sebab rindu emak, abang akan tegur. tapi abang tak faham, yang tasneem tunggu emak. takpa.
emak baik. dari muda lagi emak disenangi orang. apatah lagi dengan anak anak sendiri. emak selalu manjakan tasneem dengan sifat garang tapi lemah lembut mak. mak akan tegas kalau benda yang tasneem buat tak betul, tapi automatik emak akan jadi penyayang kalau apa yang tasneem buat tu betul. kalau tasneem nak sesuatu, tak pernah tak dapat. cuma lambat atau cepat ja.
tapi bila emak dah tak ada, semua jadi macam satu kejutan. apa yang tasneem nak, tasneem kena usahakan sendiri. nak mintak lebih dari abah, abah mesti tak faham apa yang tasneem nak. sebab tasneem spesis malu nak minta duit selain dari emak. kalau dekat kolej pun mesti tasneem call mak, minta abah bank in kan duit. hehe tak pernah tasneem mintak sendiri dekat abah -.-'
Ya Allah, tasneem rindu emak.
walaupun emak dah tak ada, tasneem harap sangat emak bangga dengan anak nya yang sorang ni. setiap yang tasneem buat, tasneem nak emak suka.
abang dengan adik janji akan jadi anak yang baik. dan kami janji akan jaga abah selagi kami hidup, mak..
Ya Allah, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk emak ni. apapun, tasneem tak pernah terlepas untuk doakan emak tasneem tergolong dikalangan orang orang yang beriman, dan happy di sana. tasneem selalu percaya, emak selalu tengok tasneem dari jauh, dan emak happy tengok tasneem sekarang.
dan tasneem selalu percaya juga, setiap apa yang terjadi, ada hikmah dan sebab nya. emak meninggal pada usia yang awal, tapi InsyaAllah, 20 tahun tasneem dengan emak, tasneem akan ingat sampai tasneem mati.
Aminn. Emak, i ♥ you. Al-Fatihah.
terima kasih sudi baca :')