Friday, 31 January 2014

Jumaat yang ke-7 tanpa Emak..

Assalamualaikum 

rindu nya dengan arwah emak..

selepas arwah emak meninggal, tasneem susah sangat untuk tidur sampai lah harini. bila tidur, tasneem akan buka tingkap, bila datang angin, tasneem harap, tasneem buka mata, tasneem akan nampak emak jenguk tasneem tidur. tapi tak. tak pernah tasneem nampak emak jenguk. sampai sekarang tasneem susah tidur. masa awal awal mak meninggal, tasneem mintak abang teman kan tasneem tidur. lepastu abah. tapi tasneem belajar jugak untuk tidur sendiri. Alhamdulillah, tasneem dah tak susahkan abah lagi untuk teman tasneem tidur. bila malam, tasneem nangis sebab rindu emak, abang akan tegur. tapi abang tak faham, yang tasneem tunggu emak. takpa.

emak baik. dari muda lagi emak disenangi orang. apatah lagi dengan anak anak sendiri. emak selalu manjakan tasneem dengan sifat garang tapi lemah lembut mak. mak akan tegas kalau benda yang tasneem buat tak betul, tapi automatik emak akan jadi penyayang kalau apa yang tasneem buat tu betul. kalau tasneem nak sesuatu, tak pernah tak dapat. cuma lambat atau cepat ja.

tapi bila emak dah tak ada, semua jadi macam satu kejutan. apa yang tasneem nak, tasneem kena usahakan sendiri. nak mintak lebih dari abah, abah mesti tak faham apa yang tasneem nak. sebab tasneem spesis malu nak minta duit selain dari emak. kalau dekat kolej pun mesti tasneem call mak, minta abah bank in kan duit. hehe tak pernah tasneem mintak sendiri dekat abah -.-'

Ya Allah, tasneem rindu emak.

walaupun emak dah tak ada, tasneem harap sangat emak bangga dengan anak nya yang sorang ni. setiap yang tasneem buat, tasneem nak emak suka. 

abang dengan adik janji akan jadi anak yang baik. dan kami janji akan jaga abah selagi kami hidup, mak..

Ya Allah, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk emak ni. apapun, tasneem tak pernah terlepas untuk doakan emak tasneem tergolong dikalangan orang orang yang beriman, dan happy di sana. tasneem selalu percaya, emak selalu tengok tasneem dari jauh, dan emak happy tengok tasneem sekarang.

dan tasneem selalu percaya juga, setiap apa yang terjadi, ada hikmah dan sebab nya. emak meninggal pada usia yang awal, tapi InsyaAllah, 20 tahun tasneem dengan emak, tasneem akan ingat sampai tasneem mati.

Aminn. Emak, i you. Al-Fatihah.

terima kasih sudi baca :')


Saturday, 25 January 2014

berhati hati dengan pujian yang di terima

Assalamualaikum 

hari ni tasneem nak bertukar ke mood Ustazah Tasneem. baiklah murid murid. pelajaran kita hari ni adalah :

"Berhati hatilah dengan orang yang memuji kamu, dia mungkin akan membawa kamu ke arah kejahatan, hargailah orang yang memaki kamu, mungkin dia akan membawa kamu ke arah kebaikan"

bagus kan kan kan ^^ rasa tak sabar nak kongsi ilmu yang tasneem dapat masa dengar ceramah haritu. kata hikmah ni sangat sesuai di gunakan dalam kehidupan seharian kita.

kalau kita muhasabah diri balik, hidup kita penuh dengan orang yang suka memuji kita. pantang bagus sikit kita buat, puji melanbung lambung. apa lagi reaksi kita. takkan la dah dapat pujian pehhh-hang-buat-lobang-hidung-aku-kembang-patblas-inci-la, tak kan tak bangga kan.      



bila dah dapat puji makin la kita pulun nak buat sesuatu yang dapat di puji. tapi kita tak sedar, di sini, timbullah RIAK. di mana riak akan membawa kita ke arah keburukan. membawa kita ke arah sombong dan takabbur. mula la nak hidung tinggi seinci dengan kawan kawan. mula la jalan mendada kan. Nauzubillah.

tapi dalam hidup kita, tipu la tak da orang yang membenci kita. aci kerat rambut la kalau hampa cakap tak dak sapa pun yang tak suka hampa. sedangkan Heliza yang tak bersalah, pun di benci oleh orang. tasneem? seperti manusia lain. tasneem pun ada orang yang tak suka tasneem. lumrah hidup kan.

setiap kali tasneem kena kutuk, di benci, di lupa kawan, semua la. sama seperti hampa. tapi bila ada orang yang kutuk kutuk kita, dari situ la kita akan sedar, kita bukan lah manusia yang sempurna. ada yang suka kan kita, ada juga yang membenci kita.

dari sini, kita akan belajar cara merendah diri dan menjauhkan diri dari bongkak. kita akan kembali ke fitrah hidup kita balik. kita akan sedar yang kita adalah sama. kita ada membenci orang, dan orang ada membenci kita. dan terima kasih laa kepada yang mengutuk kita tak ketahuan hala tu. dia dah buat kan kita berfikir dan kembali kepada yang asal.

dapat tak hampa faham sekarang kaan. ada apa pada pujian kalau dia hanya binasakan kita. dan kita patut redha dengan kutukan orang, mungkin tu akan buat kan kita lebih bagus dari sebelum dan membuat kan kita riak.

cecehh.. macam nak bagi ceramah agama la pulak kan. baik la. lepas ni tok sah la kalau kawan kita puji kita "wehh mat, hang nye henpon semat arr" pangggggg.. kita penampaq  dia " weh hang puji aku eh kasim? hang nak bawak aku ke arah kejahatan ka? amek hang penampaq aku!"

bila ada orang kutuk hampa pulak "hang ni jenab! hang memang teqok, tidur patblas jam, bangun dua saat, tidur balik!" kita dengan rendah diri jawab "mekasih la sebab hang maki aku, aku sedar. aku redha. dengan ini aku tambah masa tidur aku. dari patblas jam jadi patblas setengah jam"

hampeh la kalau macam tu. dah. nak sambung tengok bola dengan abah.

terima kasih sudi baca :')

Wednesday, 22 January 2014

mempersembah kan sekali lagi!

Assalamualaikum 

mempersembahkan!! pipi mampat terlebih sukatan isipadu terhebat abad ini!!

ada sapa sapa ada cadangan utuk mengurangkan isipadu pipi yang tak diingini tak? tapi tolong jangan minta tasneem kurang makan. boleh bawak gaduh dengan perut choomel sendiri nanti. tapi memang nak sangat kurang kan isipadu pipi. dah buruk sangat qhope nye.

short entry. tasneem nak tido awai. esok kerja. uwaaaa!! :(

selamat malam :')

Monday, 20 January 2014

hari ke 5 berpractical! ^^

Assalamualaikum  


acah acah seorang wanita bekerjaya sangat mencari sesuap nasi untuk hidup. 

p/s: short update sebab busy kemain dengan internship sebagai asisstant accountant. doakan agar tasneem berjaya dalam practical ni. Amin.

p/s lagi: rindu nak berbelog walking kat belog hampa macam dulu :(

terima kasih sudi jengok belog tasneem :')

Sunday, 12 January 2014

tak best lah rasa cam ni.

Assalamualaikum :'(

mood serius tak okey. tsskk T_T

entry paling pendek. haha doakan tasneem tabah untuk hadapi hari hari lepas ni. supaya tasneem tak berundur dari keputusan yang tasneem buat. dengan keputusan yang tasneem buat, akan senang kan pihak "dia". cisss! tak best la rasa macam ni.

dan doakan yang terbaik untuk tasneem dalam bulan Rabiulawal ni.

terima kasih daun keladi, nanti nanti baca la entry tasneem lagi :)

Friday, 10 January 2014

nota untuk di kongsi di pagi jumaat

Assalamualaikum 

selamat pagi embun pembasah hati yang sedih

selamat pagi. bangun pagi untuk kemas bilik. penat betul dengan persiapan internship yang tak sudah ni. buka buku nota kecik yang selalu tasneem guna untuk tulis nota penting.

ada benda yang nak di kongsi. mungkin ada setengah dari hampa dah tau kan. tapi, ni untuk yang tak tau. rahsia.. hikhik (buat saspen ja)

nak kongsi solat jemaah kat masjid la. tak pun surau. seorang ketua keluarga yakni suami kalau na keluarga depa InsyaAllah bebas dari fitnah ka, di mengata dek orang ka, hasad dengki ka, elok la laki tu g solat subuh jemaah kat masjid. baca Mathurat. sebab Mathurat ni kan doa Rasulullah SAW

solat jemaah pada waktu asar pulak, bagi kita yang berkeluarga nanti, mintak la si suami tu solat jemaah asar kat masjid. hikhik. amalkan surah Al-Waqiah selalu. sebab surah Al-Waqiah kan, surah untuk memurah kan rezeki. dan buat la solat Dhuha di mana solat dhuha ni pembuka pintu rezeki. rezeki ni cari ja kita tiap pagi.

bab baca quran ni, ada sikit yang tasneem catat kan kat buku tasneem. antara surah yang kita kena amal kan pembacaan nya, Al-Waqiah supaya di murahkan rezeki, surah Al-Rahman supaya kita di jodohkan dengan orang yang kita nak, supaya kita senang di mata orang juga.

surah Ibrahim pulak sesuai untuk student macam tasneem ni, untuk keberkesanan otak, supaya lebih cerdik tak dungu ja! huhu. surah Muhammad, untuk mendidik jiwa ke arah kebaikan. dan tak mau la buat benda buruk ja. InsyaAllah.

tu la serba sedikit yang tasneem catit dalam buku nota tasneem. nak lebih detail, insyaAllah, tasneem try cari sikit tak pun paw ustazah tasneem. ^^

dah baca, jangan lupa usahakan. asyik doa saja, baca surah saja, pergi masjid saja, tapi usaha seciput. tak boleh jugak kan. lepas tu istiqamah la (berterusan). buat hari ni, esok, lusa, lepastu muak, malas. macam mana?

kalau ada apa apa lain yag boleh di kongsi, kongsi laa dengan tasneem.

terima kasih sudi baca :')

Wednesday, 8 January 2014

'SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid'

Assalamualaikum 

entry kali ni bukan nak entry bercerita suka suki tasneem takkala makan hingga terlentang. bukan juga nak bercerita mengenai BFF tasneem EKA yang cantik menarik tertarik tasneem memang deboom, tapi tasneem nak join satu segmen di mana..........

*mood mak cik tipah jadi hos SmartShop*

Cik Kiera ada buat segmen bloglist 2014. yakni cik kiera nak letak bloglist dekat belog beliau. masih lagi kabur? sila rendam kepala hampa dalam campuran sirap limau dan barli. ohsedapnyaaaa!

jadi malam ni tasneem, tasneem telah menghapdet entry bagi segmen cik kiera. untuk membuat segmen, kepada para pembaca mahupun sesiapa yang tersinggah ke belog naif tasneem ni dengan cara :
  1. buat satu entry bertajuk 'SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid'
  2. copy dan tepek banner kat atas di entry hampa
  3. lepastu copy link entry hampa ke komen entry cik kiera.
cepat cepat! cik kiera ada bagi 4 hadiah misteri untuk peserta yang join segmen beliau. sapa la yang bertuah te ye dak!

jommmm join!

untuk lebih lanjut, sila tekan ni!

terima kasih sudi baca :')

Tuesday, 7 January 2014

10 lelaki bahaya :')

Assalamualaikum 

pepagi ni kalau tak jenguk belog tak sah. bila dah jenguk mula la terfikir nak update entry baru tapi kan idea kan tak berapa nak hado! hahaha.. lepas tasnim godek godek belog lain, dapat lah sumber untuk update entry ni. mungkin ada betul jugak. 10 jenis LELAKI yang memainkan perasaan perempuan. mungkin jenis ni ada yang betul nya jugak. ada sapa sapa nak bangkang? sila sila tinggal kan comment ^^

so, bila nak berubah? atau tak pernah jumpa dengan orang yang sakit kan hati hampa? seperti qoute mat salleh ni :


manusia ni selagi tak kena batang hidung sendiri selagi tu hidup senang lenang nak mainkan perasaan orang kan?

haa ni tips untuk perempuan. jadi hati hati okey! -.-'

  1. lelaki selalu cakap "abang memang sayang kat sayang, tapi abag belum sedia lagi nak buat hubungan ni lebih serius". amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, tak kan tak sedia lagi kan? haa ni lelaki tarak betoi punya. depa nak flirt ja, padahal hampa bukan belum ada dalam kamus hidup depa.
  2. lelaki yang call/mesej ikut suka hati depa ja. eh suka hati depa ja nak ajak kita jumpa, nak call, nak mesej. tapi bila kita perlu kan depa, bayang pun tak nampak.
  3. lelaki yang suka ajak dating. tapi bukan dating pun. faham tak ayat tu? laa hampa pernah tak keluaq dinner berdua, jenjalan berdua, tengok sunset berdua. hoi, kemain sweet! kalau orang lain tengok sure ingat hampa kapel. tapi bagi si laki tu tak fikir pun tu dating. untuk perempuan, jangan sangat keluaq ke hulu ke hilir dengan lelaki. jatuh saham nanti -.-'
  4. lelaki yang dah ada gelpren. tapi selalu ja mesej, call lepastu selalu ajak hampa keluaq. ooo, ni lelaki paling bahaya. tapi malang sangat, lelaki macam ni la yang paling banyak di Malaya. lelaki macam ni dah ada awek tapi dengan perempuan lain jugak dia nak mesra. bila dah kantoi dengan awek, depa cakap laa kawan ja. tak kan nak kawan pun tak boleh? amboi kalau setiap malam call, lepastu bila gelpren not around mula la naik tocang. lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku. hehe :')
  5. lelaki yang fikir apa yang depa buat semua betul. aduhai, pandangan kita semua salah. dia ja yang betul. depa ni jenis penting diri sendiri lepastu tak kan fikir perasaan orang sekeliling termasuk lah hampa.
  6. lelaki yang blurrrrrrr sentiasa. contoh nya lelaki yang tak faham kehendak perempuan, even hampa cakap terus terang pun dia ingat benda tu remeh ja. ambil ringan perasaan kita.
  7. lelaki yang suka kacau hampa. walaupun hampa busy menyelamat kan dunia. lelaki ni suka sangat berkepit dengan hampa, tak kira la hampa busy tahap tak boleh belah pun. sikit sikit call, mesej lepas tu ajak keluaq. mula mula hampa rasa okey tapi lama lama hampa akan rasa rimas.
  8. lelaki yang suka kutuk lelaki lain dengan harapan hampa tak dekat dengan lelaki yang di kutuk. sah sah lelaki ni kuat jeless. lepastu jangan terkejut depa ni jenis mengada ngada.
  9. lelaki yang tak dapat beri layanan yang betul untuk seorang perempuan. apa lagi yang hampa harap? tersiksa jiwa ja kan -..-' nampak sangat lelaki macam ni susah nak bahagia kan hampa.
  10. lelaki yang tak tau kehendak diri sendiri. kalau la depa tak reti nak faham kehendak diri sendiri, hampa ingat depa boleh faham hampa?

tambah tambah lagi bila hampa dah putus. dia boleh cari hampa. then bila hampa cuba nak maafkan, dia pulak tak balas. apa hampa rasa? Ya Allah, Allah ja tau macam mana rasa hati ni terlalu bodoh. kan? ehh, dia senang buat kita sakit. Jangan risau, percaya Allah. Allah Maha Adil. lelaki macam tu akan dapat balasan.

Dalam belog iluvislam yang membuktikan bahawa wanita ni seorang yang lemah dan perlu menjaga wanita.

Dalam sebuah hadis yang sahih direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata :
aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik baiknya kerana mereka di jadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas.Sekiranya kamu cuba meluruskan nya, kamu akan mematahkan nya dan sekiranya kamu membiarkan nya akan terus bengkok selama lamanya. justeru, berpesan pesan lah tentang wanita (dengan kebaikan)

terima kasih sudi baca :')

Thursday, 2 January 2014

kecintaan semua di hujung tahun. Hoyeahhh!

Assalamualaikum 

hujung tahun + sale. rasa bersalah dengan azam tak mau membazir pun dah tetiba dah jadi azam tinggal kenangan. ya ya rakan taulan sekalian. tasneem faham akan perasaan rasa bersalah dengan azam tahun baru tu. sebab tasneem sendiri selalu saja mengalami nya.

kalau hampa tengok ni, agak agak kita semua terutamanya orang perempuan, buat buat buta?

bye DKNY. tasneem dah ada teman baru! ^^

okey ni atas jasa baik abang tasneem. kalau harap kan tasneem tak dak  nya nak dapat. baik tasneem simpan duit untuk kenyangkan perut chomel. hehe terima kasih abang. lepas pemergian mak, abang lah yang faham apa yang tasneem nak. selalu nya tasneem akan mengadu pada emak kalau tasneem nak beli something. lepastu mak akan bagi feedback antara boleh dengan tak.

' mak, terima kasih atas jasa dan pengorbanan mak. tak sempat adik nak kerja, emak dah pergi untuk selama lamanya. maaf kan adik mak. tak dapat balas pengorbanan mak. adik janji dengan mak, adik akan jaga abah sampai akhir nyawa adik. mak, kami sunyi tanpa mak. lepasni, dah tak dak orang nak dengaq masalah adik. tak dak orang nak nasihatkan adik, tak dak orang nak sembang sembang dengan adik dan tak dak orang nak keluaq jalan petang dengan adik.'

setiap kali sebelum tidur, tasneem harap tasneem dapat jumpa emak. mimpikan mak. tapi emak tak pernah datang dalam mimpi tasneem. tasneem harap emak tenang di sana. InsyaAllah tasneem akan berubah untuk jadi anak yang baik, taat kepada orang tua dan solehah. Amin.

eh, tetiba emo pepagi ni. dah dah sekarang tasneem nak blogjogging pulak. nak tengok azam orang lain. yang gempak, boleh tiru masuk dalam belog tasneem. huhuhu. teruk.

terima kasih dan selamat tahun baru :)

Wednesday, 1 January 2014

Tahun Baru Tanpa Seroang Emak. Al-Fatihah.

Assalamualaikum 

20.12.2013. kalau hari ni bermaksud 12 hari sudah Allahyarham emak tasneem sudah tinggal dunia perhentian seketika ni * kenapa rasa macam nak tulis novel ni*. dan juga bermaksud, emak meninggal kan tasneem setelah 20 tahun emak mencurah kan kasih sayang emak terhadap seorang anak.

terima kasih emak atas jasa dan pengorbanan mak.

dalam tempoh ni, tasneem hilang fungsi seorang emak di rumah seperti :

  • memasak (di ambil alih oleh abah)
  • dengar masaalah tasneem (abang ja dengar)
  • mengemas rumah (bab ngemas serahkan kat akak)
  • dan selanjutnya fungsi seorang emak

tu orait saja. semua tu boleh diambil alih oleh abah atau abang atau pak su atau akak atau jiran juga mungkin tok penghulu. semua tu boleh diambil alih oleh sapa sapa saja. tapi sekarang, tasneem dah mula rasa fungsi seorang emak sangat besar.

bila fungsi seorang emak mendidik tasneem sebagai seorang yang berdikari telah hilang. siyes tu telah sedikit sebanyak tasneem selalu bergantung dengan orang lain. itu ini takut. itu ini tak mau cuba. ada masalah bergantung pada orang.

cumanya, tasneem tahu emak tasneem seorang yang tabah. sebab emak tasneem sakit lutut dan bergantung penuh pada kerusi roda selama 3 tahun. tapi emak tak pernah merungut kenapa emak jadi begitu. walaupun emak sakit, tapi emak tetap berada di sisi tasneem masa tasneem perlukan. emak seorang yang penyayang. dan tasneem tahu  emak seorang yang hardworking.

dan tasneem juga tahu, emak sangat sayangkan keluarga nya. emak selalu amek berat tentang tasneem dan abang. 

abang dengan adik rindu emak..

first time keluar makan tanpa mak :'(


tapi masih bersyukur ada abah. abah lah yang memain kan peranan sebagai emak. abah lah yang ajar tasneem untuk terus kuat. buatkan tasneem selalu buat keputusan supaya Allahyarham emak di sana, bangga dengan satu satu nya anak yang masih belajar.

bila semalam, tasneem susah pejam mata.

teringat emak yang dulu selalu ajak tasneem keluar jalan jalan. ingat emak senyum masa last emak hembus kan nafas terakhir beliau di sebelah tasneem. tu kali terakhir emak senyum kat tasneem.

rindu sangat. sumpah tasneem rindu. kalau boleh dakap, mahu tasneem dakap rapat rapat emak. tapi. mustahil. cuma mampu tengok kawan kawan saja yang boleh dakap emak depa. cemburu. apa boleh buat. sudah ajal emak tasneem sampai di situ saja.

ramai yang meriah dengan sambutan tahun baru. tapi bagi tasneem, tak masuk tahun baru pun tak pa. sebab mak tak dak. tasneem sunyi. sunyi sangat. emak tak sempat tengok tasneem grad. tasneem harap, tasneem dapat buat kan emak bangga dengan tasneem. 

tasneem cuma harap, Roh emak tenteram di sana. di lapangkan kubur dan Allahyarham emak di samping orang orang yang beriman. doakan juga ya semua.

terima kasih sudi baca :)