Wednesday, 10 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan. ♥

Assalamualaikum. :')

Salam Ramadhan semua.

Ahamdulillah. kalau sebelum ni bila dah sambung study, tasneem tak berpeluang nak sambut puasa dengan keluarga. Hari pertama sahur dengan esaimen, sorang sorang, berbuka hari pertama pulak dengan buku, a'ah. sorang sorang lagi. sadis campur kudus kan.

Tapi Ramadhan kali ni, tasneem nekad untuk hari pertama bersahur dan berbuka dengan keluarga. Hoi, best tahu. Rasa macam umur enam tahun pulak. Nekad untuk ponteng kelas, bukan la perkara yang ohsem mana pun. Silap silap kalau ada quiz, boleh menangis  sambil nyanyi lagu 4U2C tasneem. tapi nekad.

Selasa pagi, hati tasneem dah gundah gulana. Tengah hari, baru jiwa bro, lantak la kelas, ingat gua heran sangat. -.-' . petang tu terus blah pulang ke kampung.

mari lipat gandakan ibadat.

syukur. sahur, tasneem buat roti bakar. simple. tapi sangat bermakna buat tasneem bila tengok emak cuma bangun untuk makan.

untuk berbuka tasneem buat ikan cencaru sumbat dan sup sayur, dan tasneem belikan keluarga macam macam jenis kuih. Ya Allah, rasa gembira sangat hati bila tengok emak abah makan masakan tasneem. kalau boleh, sepanjang bulan Ramadhan, emak cuma rehatkan diri, dan tasneem pula, masak dan buat keluarga tasneem rasa gembira.

dah dah. tak mau emo.

selama bulan Ramadhan, bulan di mana banyak pahala untuk ibadat kita digandakan, dan setan selalu buat kita tak mau jadi nak buat ibadah dah kena ikat ketat-ketat dengan Allah, apa kata, banyak kan beribadat dan train diri kita supaya suka kepada kebaikan. :')

asas puasa Ramadhan.

dan sedikit perkongsian supaya Ramadhan kita lebih mendapat berkat dan lebih bermakna. Aminnn..

hafal dan praktik.

selamat mendidik diri untuk ke arah kebaikan semua. semoga Ramadhan kali ni akan buat kita semua senyum telinga ke telinga.

terima kasih sudi baca. ^^

8 comments:

  1. waaa.. bez la dpt bersama family kan..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe cik tasneem? wuu terasa dewasa gitew. selamat berpuasa zmanja. :')

      Delete
  3. selamat menjalani ibadah puasa adik tasneem.. tiada yang lebih menggembirakan kita selain dari melihat ibu dan ayah kita tersenyum.. semoga terus jadi anak solehah ya adik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. terima kasih kak aiza. :')

      Delete
  4. Best kan dapat puasa dengan family? :) Selamat menunaikan ibadah puasa ye dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak juga. ^^ selamat berpuasa.

      Delete