Friday, 26 July 2013

Perkara Yang Perlu Di buat Sebelum Hari Raya

Assalamualaikum :')

SELAMAT HARI RAYA! ohh. dua minggu lagi ek? ala. baru nak eksaited lebih. baru nak terkinja kinja iron baju raya, hidang samperit, kuih sepit dan bahulu selerak atas meja, lalu potong potong ketupat cicah serunding oh enak kemain hingga menjilat siku.

walaupun baru saja 17 hari berpuasa, mak dah tanya pasal biskut raya. haruslah tasneem dengan senang hati menjawab " kita buat cornflakes madu dah la mak". simple kan -.-' tambah tambah Kellog's Cornflakes kemain murah dekat tesco tasneem tengok hari tu. jimat sikit kan. boleh buat biskut lain sama. ^^ yak ni dengan persetujuan emak, minggu depan tasneem akan mula buat biskut. hahaha semangat nak raya weyy!

tasneem nak kongsi resepi biskut cornflakes yang selalu tasneem buat.

cornflakes madu cara tasneem.

tasneem perlukan :

  • 4 cawan cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • papercup secukupnya

cara tasneem :

  • cair kan mentega dengan madu atas api yang kecil. kacau kacau sampai mentega tu cair.
  • masuk kan cornflakes dalam mentega dan madu tadi. kacau rata dengan api kecil. tutup api.
  • sudu kan dalam papercup. kalau nak hias, letak lah sprinkles kat atas tu. letak ceri ka kalau suka. tapi tasneem tak letak apa apa. biar kan kosong.
  • susun dalam loyang, lepas tu bakar dalam 10-15 minit dengan suhu yang sesuai.

selamat mencuba. (: kalau ada resepi yang senang senang, share lah dengan tasneem jugak ye. hehehe

terima kasih sudi baca. ^^

15 comments:

  1. he3..sedap biskut ni =) mmg wajib la ada time raya..nk bt pn senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha senang, lagi senang bila dah dapat masuk dalam mulut. wuuu nikmat ooo kalau ada orang tolong tasneem. :')

      Delete
  2. biskut yang akak akan buat tiap2 tahun, ringkas dan sedap! hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaann sedap kan kak hunny. ^^ tasneem suka buat, makan pun double lah suka nya -.-'

      Delete
  3. akak suka makan je.. nak buat malas.. hihi.. boleh tak camtu tasneem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. nak makan banyak banyak, mai rumah tasneem tau akak aiza. :')

      Delete
    2. rumah tasneem di baling kan? dekat la dengan akak.. akak di hulu perak.. :D

      Delete
  4. Wah best la nak wat kuih raya..sjk kawen n keje nie memang tak bkesempatan wat kuih raya...
    In shaa allah thn depan boleh la start hobi yg lama ditinggalkan...anak2 pun dah main membesarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, dah jadik hobby akak tu buat kuih raya. sure kemain banyak kuih raya kat umah akak noh :D

      Delete
  5. wow,. yeay2 nk raya =.. hehe.. kalo malas nak buat kuih contact sy yer.. saya buat kuih semperit...
    http://www.ahmadhasif.info/2013/06/tempahan-kuih-raya-semperit-rm30.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tasneem rasa rajin la untuk raya kali ni ahmad. bukan apa, sebab kolej bagi cuti banyak hari juga. hehe

      Delete
  6. akak suka makan biskut ni tasneem.. enak dimakan begitu saja.. banyak ke buat kuih raya lain tahun ni tasneem? akak baru buat kuih siput je.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasneem buat simple simple ja. kuih suji, suci dalam debu, cornflake madu dengan biskut kacang ja kak. haha kuih siput tu, teringin nak gintil gintil. hehe

      Delete
  7. Dulu rajin gak mak akak buat cornflakes ni. Sekarang dah malas. Kekeke. Semua tunjuk2 je. xD

    ReplyDelete