Tuesday, 2 July 2013

senang hati dengan orang yang macam ni.

Assalamualaikum. ^^

berbekalkan idea yang seciput, tapi hati meronta ronta nak post entry baru. ish dok tak diam betul lah hati ni. rehat jap lah sehari dua. baru semalam post entry baru kan. tapi takpa, nak penuh kan impian hati, tasneem cari idea. apa yang di kongsi kan. kan. kan.

kali ni, nak kongsi, jenis jenis manusia di muka bumi ini, yang di sukai ramai.

1. orang yang murah dengan senyuman.

sejuk hati mak mengandung kalau tengok anak pinak budiman dengan senyuman. tak payah nak senyum selalu, cukup la kalau senyum bila nampak orang. bukan masuk  buku 555 pun kalau senyum. tengah urat urat tensi kita tegang keluar, dek kena marah dengan bos ka, hutang tak habis bayar ka,  assignment berjuta juta lemon ka,  tapi bila kita tengok orang senyum kat kita, otometik, reda sikit kan serabut kapala hotak kita. setuju?

2. orang yang pandai tak kedekut ilmu.

syok sungguh nak rapat dengan orang yang macam ni. dah la bijak bestari, tak kedukut pula nak kongsi ilmu yang ada. bila dia dapat sikit ilmu, dia kongsi ramai ramai. dia tahu sikit tips, dia share beriban dengan orang. contoh nya blogger, bila dia dapat tahu orang memerlukan apa apa tips, dia offer nak tolong. ish bagus! ni tak, ada orang yang pandai, sangat pandai, bila kita tanya sikit ja, dia sorok ilmu rapat rapat. kalau ilmu dia tu berisipadu, memang sah dia simen rapat rapat dalam dinding rumah. tak bagus betul.

3. orang yang baik.

sapa la yang tak suka rapat denga orang yang baik. semua nya yang di buat, kita rasa senang saja. tak main cocok cocok belakang kita, tak suka tanduk tanduk kan kita, tak jadi hakim yang tak bertauliah terhadap diri kita. sejuk hati perut ginjal paru paru kita bila rapat dengan orang macam ni. ni tak, baru ada sorang dua puji dia baik, mula la nak jadi hakim yang tak bertauliah. nak cakap kita teruk la, kita itu la, ini la. tak pun, depan nampak baik, belakang, main tikam tikam belakang pulak. -_- benci. bila kita rapat dengan orang baik ni, dia akan buat kita sangat selamat untuk rapat dengan dia. best.

                                                                                                                                  

mungkin tu apa yang hampa suka, bagi tasneem pulak, tasneem suka bila :

4. bila kakak celcom pemurah.( sebab tasneem guna broadband celcom) 

"bill broadband adik, tak payah bayar bulan ni, bulan depan, bulan lagi satu depan, bulan lagi satu satu depan, juga bulan satu satu satu lagi depan. pakai la dengan free ye. lepas tu, nah singgit. buat beli cekelat". siyes akak tu akan disayangi tasneem serta merta.

5. lecturer yang budiman markah.

kita semua tercari cari seorang pendidik yang budiman markah. kalau dapat lecturer kedekut taik idung agak masin, sanggup wehh extend tahun depan subjek tu, amik tahuh depan demi lecturer tersayang tu. lagi lagi la lecturer yang : "ok, baik lah pelajar pelajar, mulai sekarang, awak semua tak payah datang kelas ye, pergi la buat amal kebajikan. nanti dua hari sebelum final, datang bilik saya, copy semua soklan final, ye" tasneem akan jawab" ishh, baik sungguh lecturer ni, budimannn"

6. kawan yang ambil berat.

sedang tasneem bawa benda berat seperti tiga belas ketul buku yang besar gedabak, serta pelbagai lagi beg yang berat berat ke kelas pada tengah hari yang terik lagi panas, tiba tiba, muncul makhluk yang di cari cari bersuara : " tak payah la nak bawa semua benda alah tu, meh saya bawa semua, saya memang suka amik berat. yang ringan tak suka. yang ringan awak ja bawa ". tasneem akan balas : "terima kasih :D"

sekian, tu saja beberapa orang yang menyenang kan hati kita. kalau fikir fikir balik, apa saja lah yang ada kat tasneem yang boleh senang kan hati orang. kadang kadang, kita dah try yang terbaik, tapi orang, samaada salah anggap ataupun, tak perasan apa yang kita buat tu.

terima kasih kerana sudi luang kan masa baca entry tasneem kali ni ya :)

7 comments:

  1. nice sharing.. akak suka orang yang tak sombong.. dah banyak kali jumpa orang yang sombong ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. AMBOIII MEREKA , AKAK CELCOM KNE POTONG GAJI KALAU BUAT CM TU KT HG , HEHEHEHE

    ReplyDelete
  3. Kalau Teena suka orang senyum kt kita, even kte tak kenal pun dia tp kalau dah senyum rse mcm best.
    #senyuman perempuan jer ye#

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasneem senyum ni. -____- teena tna suka tak? hehe

      Delete
  4. Haha~ akak suka semua yang diatas. Kecuali yang akak celcom tu. Sebab akak tak pakai broadband. Hee~

    ReplyDelete