Friday, 12 July 2013

teringat zaman puasa masa kechik.

Assalamualaikum. :')

bulan Ramadhan. bukanlah bulan yang di segani oleh kanak kanak sejagat. bukanlah bulan di mana kanak kanak akan senyum telinga ke telinga bila ada tok wan dengan kadar sangat lambat nak umum tarikh puasa. bukan bukan. depa tak macam kita. eksaited.

macam tu la juga dengan tasneem masa zaman sebelum masihi dahulu. kecik kecik takkala otak dan hati masih suci kudus lagi murni. kalau dah tahu nak puasa, siyes, rasa macam nak hentak kepala dekat bantal empuk. kalau kat dinding takut lebam pulak.

di kala manusia lain sibukkan diri listkan barang berbuka, tapi kecik kecik dulu, tasneem sibukkan dengan :


  • sorokkan Oreo di bawah katil dalam bilik.
  • waktu mandi adalah waktu paling ideal nak telan air 1 liter.
  • sungguh cergas di suruh menghantar kuih muih ke rumah jiran. agar dapat makan sikit sikit sepanjang perjalanan.
tu la kerja tasneem di bulan Ramadhan dulu dulu. pernah suatu hari, tak pernah emak buka cadar berisi Oreo, tetiba emak buka dengan senang hati. terkejut emak bila tengok ada satu bungkus Oreo.

"sapa punya Oreo ni?"

"ha? apa?? Oreo?? Oreo sapa? mana? mana?" pelakon terhebakk

"tu bawah katil tu!"

"mana tau. abang punya kot. -.-' abang berumur 15 tahun tak kan tak puasa.

"adik punya kot"

"mana ada, Oreo sapa entah"

"hawat tak beli chipsmore?" soalan maut emak.

"tak sedap, Oreo sedap lagi" -.-'

kan dah kantoi. semenjak dari tu, emak bersihkan bilik tidur. habis emak geledah tempat tempat rahsia. nak mandi, emak pantau persis pak cik guard asrama penuh.

kira nya, sungguh perit la nak hadapi bulan Ramadhan.

apa lagi nak sahur, memang liat la. pukul empat pagi tok dah bising suruh semua rakyat jelata kat rumah dengar. orang lain dah siap sendawa bau ikan bilis, tasneem baru nak sental mata sampai parah. memang jenuh tok nak kejutkan.

pernah satu hari, tok biar ja tasneem tak kejut kali ke nam ratus. tasneem bangun saja dah pukul 7. tok saja nak tengok apa reaksi tasneem. konon nya supaya tasneem bertaubat nasuha liat bangun sahur. tapi rilek derr. wa orait ja.

sebab bangun tak bangun, sama saja. waktu mandi, haruslah teguk air hingga kembung perut. huhu keji.


tapi, tu semua dulu, sekarang, eksaited kemain. sebab sekarang dah mampu fikir, sungguh belungguk kelebihan Ramadhan. bila dah mampu berfikir, mampu menghayati bulan ni juga.

ini lah kelebihan bulan Ramadhan kan.

p/s : doakan tasneem dapat jawab quiz untuk paper Principle Auditing ye semua.

terima kasih sudi baca. ^^

4 comments:

  1. teringat kembali kenangan di waktu kecil dahulu ya.. hehe.. good luck untuk kuiz tu tasneem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye kak aiza. ^^ terima kasih :')

      Delete
  2. Ohh nakal ye masa kecik. Akak dulu bantai kuih raya. Pastu buat muka tak bersalah. Kehkeh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nak raya, kuih dah takde kan. :')

      Delete