Sunday, 7 July 2013

picnic bersama kengkawan di Pulau Sayak.

Assalamualaikum. ^^

menghabiskan hujung minggu dengan berkelah bersama kengkawan merupakan cadangan paling kudus buat wanita awal dewasa seperti Tasneem. ya. akur. dah 20 tahun. dah tak boleh nak bajet 12 tahun kalau kerut sikit, kedut nampak lebih.

Pulau Sayak. tulis dengan pen hitam pekat pekat kat diari. "hari ni, aku picnic kat Pulau Sayak dengan emak, dan segerombolan kawan kawan. happy. lep lep ♥ "

seperti tersemat hebakk kat kepala hotak, Pulau Sayak wajiblah belungguk manusia datang di hujung minggu. tapi, nasiblah bukan cuti umum, kalau tak, silalah parking kereta lebih sekilometer jauh dari destinasi nak di tuju. wajib sesak.                                  

wajiblah tangkap gambar dengan muka kudus suci murni dengan harapan nak tepek kat belog.

manusia yang memain peranan untuk piknik kali ni adalah mak tiri a.k.a Fatin.

kalau tak tunjuk eksaited, maka rugilah.

Alhamdulillah. dapat sedut nikmat makan.


AJK merasa setiap inci makanan. -.-'

mereka manusia paling eksaited berpiknik selepas tasneem.

ha! amik ni. baru lepas bakar ayam dengan kawan kawan. hoi. best weh.

bukti lagi.

oh! sangat tak ketahuan hala.

nah, masterchef yang rela berkhidmat untuk bakar ayam. selagi tak hitam, beliau tak akan cakap ayam tu dah masak.

wuu. nikmat dapat bau ayam bakar.

nah hadiah untuk semua ♥  

nak balik saja, rasa macam sayangnya nak langkah laju laju. kalau boleh nak mengesot saja, agar lambat sampai kat kereta. bukan senang nak datang piknik bagai. selalu pun keluar makan malam. muak.

apa pun, tasneem harus menobatkan piknik kali ni, antara piknik yang syok.

p/s : jemput jemput la ke Pulau Sayak bila dah di Kedah.

terima kasih sudi baca.

14 comments:

  1. beronok2 picnic ngan biDADARI...ala gtu hahahakk...... ha tgok la tasneem haa gtu nmpak dah krus yaya..chaiyok jgan tya nty tasneem jdi mcam rozita che wan(hot)!!! kli nie che ta msak sambAl petai BAling ......

    ReplyDelete
  2. SERIES NPK KURUS GILAAA :) FIGHTING SYG TASNEEM <3

    ReplyDelete
  3. seronoknya picnic.. dah lama akak tak picnic dengan kawan2 macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak aiza, sebelum tamat pengajian kan, nanti dah kerja semua dah sibuk. :')

      Delete
  4. BUNDA PUN DAH LAMA TAK BERPICNIK SERONOKKAN..

    ReplyDelete
  5. waaaa.. dkt ner tu pulau syak???

    ReplyDelete
  6. Pehh seronoknyaaa picnic. Akak dah lama tak picnic2 bagai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang masa belajar lah ada masa sikit untuk berjimba jimba dengan kengkawan, nanti dah kerja, semua dah mula sibuk. :)

      Delete