Sunday, 22 December 2013

Selamat Tinggal Mak

Assalamualaikum :')

Emak :'( 

Emak telah kembali ke Rahmatullah setelah 20 tahun emak menjaga tasneem. Hari jumaat lepas, 20 DECEMBER bersamaan 17 SAFAR emak hembuskan nafas terakhir beliau. Rasa pilu untuk lepaskan mak, tapi dari situ tasneem belajar untuk redha. Allah lebih sayang kan emak. Amanah emak dalam mendidik anak anak telah terlaksana. Tasneem dengan abang dapat kasih sayang yang cukup serta didikan agama yang sempurna dari emak selama mak hidup. Kami sebagai anak anak mak doakan mak tergolong bersama golongan yang beriman juga tidak lupa dengan iringan Yassin untuk emak. Emak, halalkan susu yang mak susukan kami masa kecik. Kami sayang mak. Semoga mak tenang di sana. 

P/s : sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah emak tasneem.

Terima kasih doakan arwah emak tasneem :')


Sunday, 15 December 2013

YOU :')

Assalamualaikum 

kalau masa ni sabar tu dia boleh nampak..
pasti dia akan nampak dia lebih tinggi dari gunung Everest sampai dia akan hargai apa yang ada di depan mata..
lebih tebal dari selimut, sampaikan marah tu di selimut dan terus reda.
lagi sejuk dari ais krim lazat sampaikan dapat sejukkan cemburu buta. (sedap nya)




you :)

tapi sayang, orang tak nampak sabar tu.. orang mainkan kesabaran kita. .
tak nampak apa yang kita buat untuk dia..
tak hargai apa yang ada depan mata..
bukan sebab dia buta. tak. dia tak buta...

pernah tak mau perasan semua ni supaya kita bahagia sampai mati
tak ada yang menangis tak ada yang terus sedih...
mungkin sebab orang ni terus lagi kat sini..
terus lagi tunduk dengan tindak tanduk dia..
satu hari, orang ni tak ada lagi. .mungkin masa tu dia akan sedar..

sampai bila nak terus macam ni? sampai sabar bertukar jadi lali?
kalau la orang ni dapat bukakan mata hati dia..
pasti nampak, semua pasal orang ni..
penat nya.. serious orang ni penat.

mungkin salah orang ni. tak cukup sempurna kat mata dia..
walaupun terus cuba jadi sempurna, orang ni tetap orang ni..
semoga Allah terus bagi sabar tu kat orang ni..

amin

(ni bukan puisi atau sajak mahupun gurindam jiwa, saja nak main button enter. nampak hebakk sikit.. muhahah)

p/s: nak sambung tutup muka dengan bantal busuk, nangis diam diam. doa tasneem terus sabar okey -.-'

terima kasih sudi baca :)

Saturday, 14 December 2013

ketika malam ini...

Assalamualaikum 

tengah malam, sebelum tidur, seperti biasa, bancuh susu panas baik untuk tulang dan tidur yang sempurna. cicah dengan biskut sekeping. cukup untuk rasa malas untuk tidur. walaupun amalan makan sebelum tidur, sangatlah buruk akibat nya. tapi, apa kesah.

cik moon -.-'

bila boring yang teman tasneem malam ni, buka tingkap luas luas, tengok langit cerah. cerah dengan bintang. cantik sangat. tunggu juga, kalau kalau ada bintang lintas depan mata. boleh minta supaya semua hajat di makbulkan. tahyul. patutla, doa susah nak makbul.

cuba tidur. siapkan kemas barang barang yang masih berlambak. atau cuba tidur dan siapkan sebelum subuh. ya ka? tak terlajak tidur lagi ka? okey. siapkan sebelum tidur.

dah settle semua kerja, cuba pula untuk tidur. Ya Allah susah nya aku nak tidur. apa nak buat? baca belog. untuk pengetahuan semua, tasneem lah pembaca tegar belog sendiri. huhu -.-'

tapi, masih mata tak mau tidur lagi. update belog. semoga lepas update ni, tasneem boleh tidur. aminn. .

selamat malam :)

Friday, 13 December 2013

memaafi & minta maaf

Assalamualaikum 

pehhh.. terbaik arr tasneem tertidur selepas buat buat tidur untuk kawan akibat beliau marah dengan perangai tasneem yang tak jawab call. kira adegan lari dari kesalahan la ni. bangun bangun dah pukul 12.05pagi. muhahahaha -.-' tak lawak pun.


sebelum tidur, demi adegan tasneem dan kawan tadi, satu perkara yang perlu di ingatkan ialah :
memaafi dan minta maaflah sebelum tidur.

ini keraana :
dengan memaafkan kesalahan orang lain, hati kita akan bebas dari dendam dan seterusnya membuatkan kita terasa lebih aman.

dengan meminta maaf akan kesalahan diri sendiri pula, akan membuatkan kita dan sekeliling kita aman. mana lah tahu, itu adalah tidur terakhir kita kan. tak aman pulak hidup di kubur dengan kesalahan yang belum di maafkan.

sebelum tasneem tidur, tasneem minta maaf sangat sangat kepada semua, kot kot, tasneem  tak perasan dengan salah tasneem. dan, ketahuilah, apa apa antara kita, insyaAllah, tasneem tak amik hati :)

selamat malam semua :)

Wednesday, 11 December 2013

sebagai pengajaran :')

Assalamualaikum 

semalam tasneem ada terbaca entry salah satu blogger ni. mungkin blogger ni update entry sebab dia marah pasal comment tasneem yang lepas kot. siap cakap macam macam. untuk pengetahuan, tasneem comment atas pendapat tasneem sendiri. okey tasneem mintak maaf :'(

semoga Allah berikan kita pengajaran.

  • jika rasa saudara semuslim kita membuat salah, tegurlah secara berhikmah.
  • jika rasa ingin berdakwah, ingatlah, berdakwah bukan lah untuk kepuasan.
  • jika terasa diri tu sempurna dari yang lain, istigfar lah, takut takut kamu membuat dosa akan kesempurnaan kamu :)

short update, segera melelapkan mata untuk ke Korea ^^ byee

terima kasih sudi baca :')

MY SPM RESULT IS SOOO BAD!

Assalamualaikum  

my dearest readers.. *haha membajettt

i think this entry should be read by the one which is like me. yang pernah gagal, yang pernah dilabel stupid.

SPM baru ja habis kan. am sure enough ramai yang berdebar debar nak tunggu result keluar. okey akak tasneem nak wish sesiap untuk sesapa yang dapat result yang sangat sexy. syukur alhamdulillah. congrat for all of you little sisters and brothers. wish you all the best and good luck!!

and kepada yang tak dapat result yang best, kepada yang pointer kat university cukup cukup makan ja or sesapa yang tak cemerlang dalam akademi. this is for you.

SPM hampa teruk ke, pointer hampa tak elok ka, tu bukan pengakhir bagi everything. tu bukan bermakna hampa bodoh tapi cuma hampa tidak bernasib baik. but, gagal di satu peringkat tak bermakna gagal di semua peringkat. bagi tasneem, SPM bukanlah penentu segalanya. walaupun SPM tu penting tapi bukan segalanya. samalah jugak dengan pointer hampa. ianya bukan segalanya. samalah jugak kalau tak dapat masuk university. bukan bermakna future hampa akan jadi gelap.

me?? SPM tasneem teruk gila. teruk sangat!! tasneem ambil pure science but all science subject macam apa ja result dia. tasneem akui tasneem lemah dalam formula formula ni termasuklah addmath. tasneem dulu nak sangat jadi lawyer. tapi dengan result macam tu, mustahil. hanya subjek teras seperti sejarah, akaun, english ect ja yang tasneem dapat result elok. at first tasneem menangis. orang lain masuk matrik, tasneem still terkial kial macam orang buta.

at last, tasneem buat keputusan untuk masuk KPTM. time tu lah tasneem fikir nak berjaya. tasneem kena lakukan sesuatu. then tasneem dapat result yang elok setiap sem. tasneem ambil account dekat KPTM. pointer semester 1-4 kalau tak silap tasneem 3 pointer above. result semester 5 belum keluar. doa doakan tasneem ye. sebenarnya dalam proses tersebut banyak yang tasneem belajar even tasneem malas. and sebenarnya tasneem tahu kepandaian tasneem bukan pada kertas/peperiksaan tetapi pada praktikal thing. memang tasneem tak pandai sangat tapi kita kan ada otak, tangan dan kaki. orang lain boleh kenapa kita tak boleh?

tasneem juga lemah dalam english. tasneem boleh bercakap, menulis dan berkomunikasi dengan lancar tapi banyak mistakes. tasneem lemah dalam grammar dan tasneem tak pandai slang slang sangat as tasneem ni pekat sangat loghat Kedah. some people joking with my weaknesses. some people think that am so funny and idiot and sangat kampung. some people think i cant speaks well in English means im idiot and stupid. bagi tasneem, apalah guna excellent gila but isi kosong?? like the one yang pandai Bahasa Malaysia tapi kenapa masa exam dapat rendah? padahal hang kan terror kemain Bahasa Malaysia..

tasneem pernah jumpa lawyer sebab kes motor tasneem kena curi and dia guna full english. and of course tasneem dengan sendirinya kena bagitau in english. bagi tasneem okey ja even grammar banyak salah kemain -..-' not about language. got what i mean? so? why must tasneem afraid of kritikan? wahhh your english so bad, your english bla bla bla. because i know myself well. i know what to do and how i wanna do.

apa yang tasneem nak bagitau kat hampa. kepada spesis spesis yang macam tasneem ni, jangan sedih and down bila orang kritik kita. kita mungkin tak pandai dari satu segi tapi tak bermakna kita bodoh dari semua segi.

bagi tasneem, setiap orang ada target dia. orang yang belajar bersungguh sungguh, dapat result bagus, dia pasti ada target dia. and ada orang yang tak belajar bersungguh sungguh, banyak kali fail dia pon ada target dia. jangan pandang rendah pada kemampuan orang lain sebab masing masing ada target yang nak di capai. kalau bukan dengan akademik, maybe dengan cara lain.

so? atas alasan apa kita mahu bersedih sebab SPM kita gagal? sebab university tak terima kita? sebab pointer kita rendah? sebab kita just kerani ja bukan doktor, lawyer, accountant and ect. atas sebab apa?? kalau kita percaya pada Allah yang memberi rezeki dan kejayaan pada kita. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya. walau cara kita mungkin lambat dari orang lain. cara kita mungkin tak sama dengan orang lain tapi selagi kita ada usaha, selagi kita berdoa, jalan untuk kita pasti ada.

dont cry, be positive.
failure doesnt mean you are failure
it doesnt mean u havent succeed yet.
failure doesnt mean you dont have it
it does mean you have to do something in a different way!!

p/s : selamat berjaya dan selamat berjaya menghabiskan bacaan untuk entry kali ni. haha ^^

terima kasih sudi baca :')

Monday, 9 December 2013

Jom! jadi kawan baik tasneem :)

Assalamualaikum 

malam malam sambil cecah roti bakar dengan mushroom soup siap minum cekelat panas letak marshmallow 2 ketol, sambil menaip, layan juga kan. hikhikhik. saja bagi hampa terkesima dengan tasneem malam ni.

minggu lepas tasneem dapat seekor penanda buku yang comel dari kawan tasneem. mungkin beliau tahu tentang tahap kemalasan membaca buku yang tahap maksima terhadap diri tasneem, maka habuan mendapat seekor penanda buku comel, boleh buatkan tasneem sedikit bersemangat untuk membaca.

tak tak. anda salah. kalau dasar meluat nak baca buku , macam mana pun tak boleh dibendung lagi.

tapi di sini bukan nak cerita kronik nya hubungan tasneem dengan buku. tak tak. dipenanda buku tersebut ada tulis :


friends are come and go in our lives, but a few find place so deep in our hearts that we know they'll always be with us

rasa nya, semua jenis manusia setuju dengan saying tersebut. kalau yang tak setuju, tolong la, buat buat la setuju kejap. tolong la untuk entry kali ni ja. lepas tu dah tak mau setuju pulak pun dah tak pa.

semua orang ada kawan. tak kira laa Sarimah, Majid, Leman, mereka semua juga ada kawan. begitu juga dengan tasneem. hari ni dapat lapan orang kawan, besok enam orang kawan hilang, datang tiga orang pulak kawan baru. 

macam tu la hari hari kita. nak dapat kawan kemain la senang. tak cari pun boleh dapat. sedang berkinja kinjaan di tepian tasik sambil makan cekedis enak pun buleh dapat kawan. tapi, nak dapat kawan yang selalu dengan kita di kala senang dan susah kita, senang tak?

susah bukan? tapi tak mustahil untuk dapat. mungkin dalam 20000 ketul manusia di bumi ini, ada la 1 je yang tercicir boleh buat kawan baik. 

tapi tu pun tak tahu lagi. kadang kadang punya la baik sekarang. bila dah ade bopren ke gelpren ke, kita ni dilupa. nak ajak teman beli char koew teow pun dah depa malas. 

kawan -.-' 

begitu juga dengan dunia belog. walaupun kita banyak kawan dalam belog, banyak followers, setiap hari bertambah saja kawan kita. tapi yang betul betul ikut belog kita, yang betul betul support kita, yang tak goyang bila kita di maki, senang tak nak cari?

susah sangat sebenar nya. walaupun nanti kita ada berjuta lemon kawan belog  atau followers sekalipun, nak cari 1k++ yang support kita pun sangat susah. siyes. sambil muka tahan ketat. siyes punya pasal. 

tapi jangan gundah gulana hingga membawa ke kehidupan seharian mogok makan, tolak cheese cake yang enak jauh jauh. susah dapat kawan baik punca nya. sebab musabab, tengok saja sikap kita terhadap kawan kita. baik sangat ka?

kita sendiri pun kekadang tak dapat support kawan bila susah. dan sebab itu jangan mengharapkan kita mendapat sesuatu yang lebih baik dari kawan baik kita. faham?

selagi ada kawan, jagalah dengan baik. kawan bukan mengharap kan Ferrari seketol depan rumah beliau sebagai hadiah hari Selasa. tak juga mengharapkan tiket percutian ke Hawaii sebagai saguhati menjadi kawan untuk hari yang ke seratus patblas. tak tak. 

tapi cukup lah dengan kejujuran, sudi mendengar, mempercayai apabila dia di dusta, dan melapangkan bahu ketika dia berduka. *pergh boleh buat lirik lagu*

p/s : ada kat sini yang sudi kawan dengan tasneem tak? sapa yang sudi sila amik borang kat kaunter kiri jabatan hal ehwal pelajar :)

terima kaseh sudi baca :')

Sunday, 8 December 2013

nak minta maaf banyak banyak sebelum tidur :')

Assalamualaikum 




pukul 12.00 pun belum sampai lagi . tapi bijik mata tasneem letih lesu tak bermaya. rasa macam dah 16 abad dah tasneem tak tidur. tapi, takkala bijik mata nak sangat tidur, kepala hotak tasnim terus ligat berfikir bab belog. mata dengan otak langsung tak nak bekerjasama. ^_^

mula nya, tasneem ingat sebelum tidur, tasneem nak reply komen di entry sebelum nya. tapi rasa nya tuntasss. memang mata sangat tak sokong tasneem buat masa sekarang. maka, hanya mampu buat satu entry ringkas tak ketahuan hala saja la.

minta maaf ye semua.

maka sekarang, apa yang tasneem buat sebelum tidur adalah, minta maaf banyak banyak kepada kawan kawan yang terasa dengan tasneem. selama tasneem berbelog, tujuan tasneem hanya untuk menghabiskan masa dengan hobi menaip tasneem. 

jadi, tasneem minta maaf sangat. tasneem serba tak matang sangat lagi. belog tasneem pula, serba kekurangan. bayak lagi tasneem perlu tingkat. dalam proses nak mematangkan diri dan belog, banyak yang tasneem perlu sokongan dan tunjuk ajar dari semua.

tasneem nak berbelog cara sihat. tasneem tak mau ada yang tak berpuas hati dengan tasneem, lalu makan cekodok sorang sorang tak ajak tasneem. sampai hati! fine! tasneem goreng cekodok ikan bilis sendiri je lah lepas ni!

dah dah. emo pulak sebelum tidur ni. nak tidur dah. jommm! selamat malam semua.

p/s : testing blockquote ^^

terima kasih sudi baca :')

Saturday, 7 December 2013

Ini Cara Tasneem Berbelog

Assalamualaikum 


selamat malam semua. ada yang dah tido? yang tak tido lagi meh layan kuih apom kat rumah tasneem. tasneem yang penat penat buat. ehh. pandai pulak kan. heheh abah yang buat. banyak kemain. tak habis nak makan. -.-'

dah dah pasal pendahuluan. malam ini, tanseem hanya nak ingatkan kepada semua, belog tasneem bukan lah belog yang berilmiah sangat. belog tasneem hanya lah perkongsian mengenai hidup tasneem. tasneem tak masukkan mengenai orang langsung secara negatif. kerana ini bukan lah cara tasneem berbelog.

belog tasneem hanyalah tasneem menaip mengenai cara hidup tasneem, mengenai sesuatu yang chomel dalam hidup tasneem, kelakar, sedikit perkongsian mengenai belog tasneem juga sesuatu yang tiada kena mengena dengan benda buruk orang lain.

mungkin hampa akan mencemuh. belog tiada isi yang bermanfaat, belog tasneem banyak merepek, tapi awal awal tasneem cakap, belog tasneem hanyalah mengenai kehidupan tasneem. dan kadang kala, tasneem akan selitkan sedikit pengetahuan yang telah tasneem belajar sepanjang semester.

tapi sebagai blogger, kita bukan hanya tahu mencemuh. tapi kita hormati cara masing masing. bukan setiap orang mempunyai pandangan yang sama dengan kita. dan tasneem hormat, ada yang tak suka cara penulisan tasneem. cuma walaupun tak suka, cuba kita hormat juga.

kerana dengan menghormati orang lain, tak la yang nak terasa kan. dunia belog ni akan lebih aman. InsyaAllah.

oh. malam malam ni tasneem bagi selingan ringan sikit. hehehe untuk buka sedikit minda kita bersama ya. sambil cicah biskut merry lalu baca entry ni, sedap juga. kan kan. hikhik >.<

terima kasih sudi baca :')

terima kasih kakak tiri Cinderella :')

Assalamualaikum :)

syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mengkurniakan dahku rakan yang sanggup dermakan keringat, idea, tenaga, masa, kreativiti juga tidak lupa juga derma peluh. *sroot sroot sroott* hirup hingus cecah ke lantai, tak semena mena rasa hiba dan terharu. perasaan bercampur baur. keliru, sedih, bangga juga bersyukur.

a'ah over kan tasneem ni.

entry kali ni tasneem cuma nak buat penghargaan kepada blogger yang mempunyai follower yang terlebih muatan iaitu Siara Elina yang sanggup edit belog tasneem. ingat senang ke nak buat semua tu.

Siara Elina kemain ohsem edit belog tasneem supaya jadi santek macam beliau. hehe juga terpaksa mengambil masa berjam jam untuk siapkan nya. tasneem pula terbongkang tido siap mimpi aron aziz bagi bunga lagi masa tunggu Elina tengah siapkan belog -..-' hmm. tasneem faham susah payah adik Elina ni. togel togel edit belog pernah tasneem buat pun, ambik masa ribuan saat. apa lagi hok lawo kemain macam adik Elina buat ni. akak tasneem faham, ya akak faham.

taraaaaaaaa~ please! buat buat eksaited kemain please!

kakak tiri Cinderella

terima kasih sayang. jasamu dikenang. sebagai hadiah, terimalah pantun tak berapa banyak kerat ni dari akak tasneem.

pen merah pen biru
you marah, i   you
ehh.

terima kasih sudi baca ^^

Friday, 6 December 2013

Man. . how many other girls are you doing that too??

Assalamualaikum :')

yes, you may talk to me. make me laugh, make me smile and say the sweetest things but how many other girls are you doing that to baby?

perempuan ni sangat mudaah percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat. perempuan mudah menerima kata kata seorang lelaki tanpa berfikir panjang. without a second thought. and at last perempuan jugak yang merasa sakit nya.

akan menjadi perkara normal bagi seorang lelaki berkata begini.

awaklah yang pertama yang dapat buat saya bahagia. dalam ramai ramai perempuan awaklah yang paling special, awaklah yang terbaik and saya tak mungkin dapat cari pengganti awak lagi.

even kita berpisah, saya janji tak kan lupakan awak. saya tak pernah dengan mana mana perempuan seperti mana saya dengan awak.

oppsss. .
wahai perempuan, jangan cepat perasan dan melting dengan ayat klise sebegini.

i tell you what. sebelum kata kata ni di copy and di paste kan kat telinga hampa. lelaki awal awal lagi dah copy and paste kan kat exs exss exssssss dia. maybe sebijik sebijik or paling tak pun lebih kurang.

tak dinafikan, pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul betul bertakhta kat hati dia. tapi kita sebagai perempuan jangan cepat melatah dan terperasan.

too sad bila ada antara perempuan yang mudah percaya dan sanggup buat apa saja hanya kerana lidah sang lelaki. and bila orang bagi nasihat sikit, mulalah keluar perkataan seperti ni :

"dah lah aku percaya dia. dia cakap dia sayang aku soraang ja. dia dah cakap aku perempuan yang paling di cintainya and dia dah janji tak kan lupakan aku " sekian :p

maka, jadi lah satu episod perjalanan sebuah cinta yang penuh perasaan di mana kita merasakan kita dah berjaya menjadi orang yang paling best dalam hidup nya padahal tak pun. and bila orang tu tak hargai kita seperti mana konon konon kita lah yang paling best tu, mula lah kita jadi ahli falsafah secara tak langsung dengan mengeluar kan perkataan yang sedih sedih dan ayat ayat sajak yang terlampau kesian. haha :-D mula lah terjadi gejala seperti mengupdate status sedih sedih kat facebook. (salah satu kesan sampingan)

tak salahkan lelaki sebab kalau tak cakap camtu nak cakap camna lagi kan?? but sebagai perempuan, beringat lah. cintailah seseorang itu secara biasa biasa ja and cool cool ja.

jangan terbang terlalu tinggi sebab bila jatuh, sakit sangat lah. no kidding :)

terima kasih sudi baca :)

Thursday, 5 December 2013

Cantik Depan Allah.

Assalamualaikum :')


saja nak bagitau semua orang, semalam kan, tasneem kann, beli kannnn. . . . hikhik gelak tutup mulut seboleh mungkin saja buat hampa frust. bajet -.-'

baiklah. mari lah tasneem nak kongsi kemenangan tasneem pada kali ini.

niat di hati nak berhenti dari bergiat dalam aktiviti shopping. paling tak pun dua bulan sekali. maka, tahniah buat Tasneem. tengok blause tersergam bapak la indah pun dah tak bernafsu. shawls siap terjojol bijik mata lawa nya pun, ilek ja tak beli. tolong cakap tahniah buat tasneem.

tips mudah yang tasneem buat untuk meminimizekan perbelanjaan dan memaximizekan pejimatan (well, ayat wajiblah menjelaskan student Finance kan) adalah dengan menabung duit elaun MARA setiap bulan kepada yang boleh di percayai. tsskkk.

sepanjang duit elaun hanya tinggal separuh ja dekat tasneem, rasa hidup lebih aman. dah tau dah, duit memang tak dak, nak shopping susah. jadi setiap minggu, tasneem cuma penuhi keperluan asasi sahaja yakni duit minyak dan makan. kan bagus kalau awal awal lagi tasneem buat macam ni, dapat elaun ja, terus berjimat. ni takkkk T_T

lepas ni kena ingat, shopping harus lah dua bulan sekali, demi memberi sedikit reward kepada diri sendiri yang suka bekerja keras.

hari tu tasneem beli Telekung Lycra, buat diri rasa sangat cantik. asyik cantik depan kawan kawan ja, kali ni tasneem beli untuk bercantik di depan Allah. sedikit sebanyak dengan telekung yang colourful dan kainnya sejuk dan selesa, buat kita rasa eksaited kemain untuk solat. heee :D

ni Telekung Lycra tasneem ^^

tasneem beli sebab terkesima dengan warna ni. nak juga secantik ni dalam solat. hikhik 

pelbagai pilihan warna dari Telekung Lycra 


walaupun kain lycra ni tebal tapi hakikat nya sejuk bila di pakai. nasiblah harga berpatutan tau. susah nak jumpa telekung yang cantik dan tak jarang macam ni. sebab bulan ni dah shopping telekung cantik siyes rasa Diva, bulan depan tak boleh shopping dah. duit kepam ketat ketat celah purse tersemat hebakk rasa penyesalan untuk guna. dah umur 20 tahun dah. tak lama lagi ittew nak grad. hee. kena berjimat lebih.

p/s : cuma, ada la juga beli senyap senyap, lepas tu konon konon tak beli, lepas tu suruh orang cakap tahniah sebab pandai berjimat. boleh? -.-'

p/s : lebih baik beli sekarang Telekung Lycra! O.o

terima kasih sudi baca :)

Tuesday, 3 December 2013

At least save your pride if you cant save a relationship

Assalamualaikum :)


perempuan bila dah sayang pada lelaki, biasa nya dia akan sayang melebihi apa yang sepatut nya. kadang kadang demi lelaki tersebut kita sanggup segala nya. then once sang lelaki mula menunjuk kan riak seolah olah nak tinggal kan kita, time tu kita sanggup korban apa saja demi nak menyelamat kan hubungan tu.

for those yang berada in that situation, tasneem nak bagitau beberapa perkara.

do you remember this saying?

If you cant save a relationship atleast save your pride.

true enough. :')

bila sesuatu hubungan tu mula goyah, tak salah untuk kita try discuss and setel kan dengan cara yang paling baik. but please dont too over. be nice, be sweet, be affectionate, but don't be desperate. if he has feelings for you, he will come for you. if he doesn't you will need to find your love elsewhere.

jangan kita sampai merayu rayu. menangis nangis, meratap dan buat apa saja untuk dapat kan dia kembali. what for?

with a man who cares about you, you don't have to beg. really. kenapa kita nak menzalimi diri kita? sedang kan Allah tak pernah menzalimi kita. jangan hanya kerana lelaki yang singgah sekejap ja dalam hidup kita, kita rasa dunia ni dah kiamat bila dia dah tak dak dalam hidup kita.

ingat, mak abah kita tak pernah nak buat macam macam kat kita. ini kan pula dia. dan siapa dia nak buat kita merayu rayu just untuk hidup bersama dia. no need my dear. kita harus jaga our dignity. jangan gadai kan dignity for nothing. ikhlas tasneem bagitau hampa. if im be in that situation, i will save my pride rather than a bullshit relationship. if he doesn't love me, it's okey then.. and i'm not going to beg any man to be with me.

tasneem faham. kadang kadang tasneem bercakap lebih senang dari melakukan. tapi kita kena bangkit. hidup kita terlalu singkat untuk dibazir kan dengan menangis. merayu untuk mendapat cinta sang lelaki. respect yourself dear. dont make yourself too hungry for his love.

kadang kadang ada di antara kita perempuan yang terpaksa merayu rayu dekat lelaki hanya kerana pernah terlanjur atau buat sesuatu yang pernah over limit dengan dia. so mau tak mau, terpaksa lah menagih dan melutut untuk that stupid love.

its actually NO!!

ya. i admit that. kadang kadang perempuan fikir maruah sudah tak ada nilai nya sebab dia terkeluar dari landasan. but itu adalah sangat salah. sebab maruah itu sangat subjektif.

ingat.

biarlah maruah kita hilang sekali jangan berkali kali.
biarlah kita buat kesilapan sekali but jangan berkali kali.
normal manusia jadi bodoh sometimes but dont be an idiot to be stupid for all the time.

bila orang dah tak mau kan kita, no need kita memaksa dia untuk menerima kita kembali just semata mata kita pernah melakukan kesilapan besar dengan nya. daripada kita merayu rayu kat dia, baik kita merayu dekat Allah.

and kadang kadang kita sebagai manusia, kita melakukan kesilapan terhadap pasangan kita. kadang kadang kita pernah tinggal kan dia or sakit kan hati dia. kita bukan malaikat nak jadi baik at all the time. and after kita minta maaf dan mengakui kesilapan kita, after kita berusaha untuk menyelamat kan hubungan kita dan dia tetap dengan keputusan dia, malah siap mengejek ngejek dan menyakit kan hati kita berkali ganda. for me u better stop. jangan kamu hilang kan maruah kamu untuk meratap ratap dan menangis yang keterlaluan hanya kerana kamu yang salah. ingat, sesuatu yang hendak di lakukan biarlah sederhana saja. dia sapa sampai sanggup menghukum kita kemain lagi. Allah yang maha agung dan besar pun tak menghukum kita sesuka hati. ini kan manusia yang tak punya apa apa. Am I rite?

so, learn this.

"Treat yourself as a person of value. Prize yourself, as the one who you loves you will prize you.."

terima kasih sudi baca ^^

Monday, 2 December 2013

LELAKI. perlu ka macam ni?

Assalamualaikum :')

let me start with this quote. perempuan yang baik untuk lelaki baik. indeed. tasneem tak mau persoal kan yang tu.

tapi tasneem just nak mempersoal yang ni. semua lelaki mahu perempuan yang baik untuk di jadikan isteri. tapi kadang kadang, adakah lelaki tu deserve untuk mendapat perempuan yang baik kalau diri sendiri memang bukan lah seorang yang baik?

Frankly speaking. tasneem sangat sangat benci dengan lelaki yang menganggap perempuan ini murah. tapi dalam masa yang sama mengimpi kan perempuan berclass A untuk di jadikan isteri. i bet semua lelaki nak perempuan yang baik untuk di jadikan isteri. but, how about perempuan yang di katakan perempuan yang tak dak class tu, tak baik tu?

seriously, im fed up dengan sesetengah lelaki yang usung perempuan ke sana ke mari. pastu at the end of the day kahwin dengan perempuan lain. then bila di tanya kenapa tak kawen dengan yang di usung tu, dia cakap "haih tak kan la perempuan yang boleh di usung ke sana ke mari nak buat bini, nak buat bini mesti kena yang bagus la bro" what??? sorry I cant accept that. sebab siapa anda nak jugde baik ke tak perempuan tu. let me tell you what. perempuan ni macam macam jenis tau. kadang kadang lelaki yang menjadi kan dia tak baik. kadang kadang perempuan tu sanggup di usung ke sana ke mari sebab dah tangkap cintan kan. so lelaki tak boleh manipulated that situation. kamu tinggal dia macam tu. adakah kamu tahu apa perasaan dia?

lagi satu. tasneem tau ramai sangat lelaki kalau nak perempuan yag solehah, lembut bertudung semua. so kadang ada anggapan yang perempuan yang tak bertudung ni tak baik or tak boleh di jadikan isteri. so bila dia kapel dengan perempuan yang tak bertudung ni, dia anggap perempuan ni jenis tak baik dan tak memenuhi kretiria nak di jadikan isteri. so dia awai awai lagi dah pasang niat nak main main saja. wow! semudah tu? cetek nya pemikiran sebegitu terutama yang terlalu lantang melabel kan seseorang perempuan itu ini. sumpah tasneem benci lelaki yang anggap perempuan itu murah. ye, tasneem tau kadang kadang ada perempuan yang betul betul murah. tapi yang jenis tak murah? yang jenis mengikut segala? tahu kah anda apa perasaan dia dipermain kan sebodoh bodoh nya?

kadang kadang ada lelaki just kenal dengan perempuan, pujuk rayu semua just for fun. just nak test how that machine work. hmm make me wondering. is they are chip to bargain? lepas puas mencedok segala yang manis manis, then blah pastu cari perempuan yang baik untuk di jadikan isteri. come on! its not a fun drama. it's about girl life.

again. didn't you think. perempuan yang you rasa tak dak class, tak baik tu ada mak ayah. ada keluarga. ada dignity jugak. ada perasaan. didnt you know that. they maybe hurt enough because of you.

so here, tasneem just nak conclude. sebagai mana murah anda memperlaku kan seorang perempuan, begitu lah anda akan di bayar nanti. karma is the best thing ever existed. and harus ingat, nanti benda yang sama mungkin berlaku kepada adik anda, anak anda ataupun mungkin isteri anda. so remember, one day you will pay for that.

jadi kepada lelaki kat luaq sana, beringat lah sebelum anda judging seseorang perempuan. ingat lah satu benda. tak semua perempuan yang di anggap tak baik itu benar benar tak baik. kadang they are not cheap. you make them cheap. so bagi lelaki yang sedang bersenang senang mempermain kan perempuan yang di rasakan tak mau di jadikan isteri, tapi berniat untuk memperisteri kan perempuan yang baik kelak. all I can say that. if you don't felt stupid doing so. i pity you.

why i said so? sebab tasneem jugak seorang perempuan dan tasneem tahu. setiap manusia bergelar perempuan itu ada perasaan dan maruah.

tak dak motip tepek gamba sendiri -.-'

terima kasih sudi baca :')

Sunday, 1 December 2013

kalau tak dak gelfren/bopren tak mati pun lah ^^

Assalamualaikum :)

dear sisters and brothers.

tak dak gelfren/bopren boleh bawa mati ka? oh tak tak. even tak dak suami pun still boleh bernafas. soo whyyy bother too much? i dont know but i think recently. budak budak lagi aktif bercinta berbanding dengan golongan golongan yang tua macam tasneem ni. haha :) bukti nya, kalau keluar ja, mesti akan nampak budak sekolah atau budak budak under age berkapel kapel. then, dont be suprised kalau kat facebook budak budak remaja lagi aktif update status cintan cintun.

and bila frust menonggeng, everything is under the mess. semua tak tau p mana. am i rite?

so? cool ka ada gf/bf ni? seriously you don't need a gelfren/bopren to be cool.

I talked based on my experience. bercinta or having a gf/bf terlalu awal sangat lah melagho kan. sangat sangat lagho! i repeat. lagho!! in fact, ianya tak berguna sesen pun. please dont say that. alaa, ada bf boleh jugak jadi teman sunyi. ada bf boleh buat sumber inspirasi. no.. no..

selain daripada perasaaan cover line yang konon konon bf tu boleh jadi sumber inspirasi or peneman sunyi. ianya melagho kan. merugi kan. buang masa, tenaga dan duit. juga akan mengakibat kan tumpuan kita pada pelajaran terganggu.

padahal relationship tu berbatu batu lagi jauh hala tuju nya. kapel ni banyak membawa kepada kelalaian. kalau tersalah langkah, boleh bawa kerosakan. tu tak termasuk lagi time gaduh or frust. lagi serabut jadi nya. tu tak termasuk kena control lagi. tak boleh kawan dengan orang tu, tak boleh buat benda tu, tak boleh pergi sana sini. tak bazir ka camtu ja masa muda padahal orang tu bf/gf kita ja pun. bukan suami. lepas tu bila hubungan putus di tengah jalan, baru lah nak nyesal.

time kat college pun kadang kadang not so good ber bf/gf. lagho jugak. but it can be acceptable la kan. tapi kalau di awal remaja, tak payah la kot sayang. trust me. it wont gain anything beneficial pon.

one day, bila kamu dah cukup matured kamu akan rasa sangat sangat bodoh nya kamu dulu. kalau aku tak bercinta, pasti result best gila. kalau aku tak bercinta, mesti tak bazir masa aku yang macam emas tu.

pendek kata, berpada pada lah. kalau kita beransur ke alam dewasa, it's okey la kan nak mencari teman hidup. kalau kita still muda remaja, banyak benda lagi yang kita kena buat. try to avoid a serious relationship. sebab dunia kita still lagi sempit dan tak terbuka luas lagi. kalau nak berkawan kenal hati budi okey lah kot. tapi kalau nak buat cinta mati sampai satu dunia tau, thats really not cool sayang.

so, Don't waste your time/energy/money/feelings/age/ by stuck in a stupid relationship. coz it will turn u all being stubborn or stupid or angry or bitter.

and make sure to remember to love yourself sometimes.

having friends is more cool rather than having a bf/gf!!

simple. memang tak mati pun kalau tak dak gf/bf.

terima kasih sudi baca :')