Saturday, 7 December 2013

Ini Cara Tasneem Berbelog

Assalamualaikum 


selamat malam semua. ada yang dah tido? yang tak tido lagi meh layan kuih apom kat rumah tasneem. tasneem yang penat penat buat. ehh. pandai pulak kan. heheh abah yang buat. banyak kemain. tak habis nak makan. -.-'

dah dah pasal pendahuluan. malam ini, tanseem hanya nak ingatkan kepada semua, belog tasneem bukan lah belog yang berilmiah sangat. belog tasneem hanya lah perkongsian mengenai hidup tasneem. tasneem tak masukkan mengenai orang langsung secara negatif. kerana ini bukan lah cara tasneem berbelog.

belog tasneem hanyalah tasneem menaip mengenai cara hidup tasneem, mengenai sesuatu yang chomel dalam hidup tasneem, kelakar, sedikit perkongsian mengenai belog tasneem juga sesuatu yang tiada kena mengena dengan benda buruk orang lain.

mungkin hampa akan mencemuh. belog tiada isi yang bermanfaat, belog tasneem banyak merepek, tapi awal awal tasneem cakap, belog tasneem hanyalah mengenai kehidupan tasneem. dan kadang kala, tasneem akan selitkan sedikit pengetahuan yang telah tasneem belajar sepanjang semester.

tapi sebagai blogger, kita bukan hanya tahu mencemuh. tapi kita hormati cara masing masing. bukan setiap orang mempunyai pandangan yang sama dengan kita. dan tasneem hormat, ada yang tak suka cara penulisan tasneem. cuma walaupun tak suka, cuba kita hormat juga.

kerana dengan menghormati orang lain, tak la yang nak terasa kan. dunia belog ni akan lebih aman. InsyaAllah.

oh. malam malam ni tasneem bagi selingan ringan sikit. hehehe untuk buka sedikit minda kita bersama ya. sambil cicah biskut merry lalu baca entry ni, sedap juga. kan kan. hikhik >.<

terima kasih sudi baca :')

19 comments:

  1. betul, setuju sangat....sama2 dalam dunia blogging..berfikiran positif dan sama2 support each other...tak salah kut :)

    semoga terus gigih berblogging ya tasneem ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fiqah. berbelog untuk mengisi masa lapang jugak sebenaq nya. yes, we support each other hokeyy -.-'

      Delete
  2. Replies
    1. shafiq, nek nak buat pengakuan la ni. belog nek pun tak seberapa. tak ilmiah sangat. huhu :'( happy blogging ya cu ^^

      Delete
  3. saya pun selalu update entry merapu je,hehe :p
    setuju dgn akak... kita berblog ni nak tambah kenalan,bukan nak tambah musuh... ngee~ :D

    ReplyDelete
  4. akak pun selalu update ikut suka hati akak je.. hehe.. kadang tu cerita pasal kehidupan, kadang pasal tips.. selagi kita tak buat benda yang berdosa dan langgar undang-undang bagi akak tak salah.. pedulikan apa kata orang.. jadikan kritikan dan teguran sebagai pembakar semangat untuk terus menulis..
    p.s: comel template dan header baru tasneem.. :D

    ReplyDelete
  5. saya pon merapu je post entry . but manusia . tak boleh nak tutup mulutnya . kita sebagai blogger tawakal je . asalkan ada persaan saling memahami .

    ReplyDelete
  6. komentar pertama saya di blog ini :)

    ijin follow blog ini yaa biar akrab

    ReplyDelete
  7. hai Tasneem..
    bunyi ayat macam majuk je..
    bagi akak lah kan..what ever!!!..blog kita kan hehe..yg penting n3 kita tak menyakiti insan blogger yg lain :P
    sekadar pandangan dr akak woky..:)

    ReplyDelete
  8. awat macam ayat kecewa je tasneem?? takpelah, asalkan apa yang kita tak update belum melanggar dosa.. Janji kita happy no.. Azwa pun lebih kurang je. Suka update merapu juga terkadang.. :)

    ReplyDelete
  9. rilek je tasneem, ini blog tasneem suka hati tasneem nak tulis ape. pedulikan mereka yang berkata-kata tu :)

    ReplyDelete
  10. Blog akak okay jelaa. Sopan je. Tak baik tau tak baik siapa yang cemuh tue hehehe. :)

    ReplyDelete
  11. dek fatanah, kak aiza, farhah, dwi alfina, kak roha, azwa, kin naz, qla ndhrh. terima kasih atas comment yang membangkit kan. terus bimbing tasneem eh. tasneem perlu sokongan dari semua. tsssskkk T_T terharu. :')

    ReplyDelete
  12. setiap blogger ada cara and tujuan masing2. so, kita jangan terlalu sentap dengan kata2 busuk daripada orang lain. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu lah. mudah terasa sangat akak ni. nak jadi RARE lah sekarang ni. hikhik :')

      Delete
  13. Sarah setujuu sgt,
    Cara Kak Tasneem blog is ohsemm :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sarah ni, puji akak lebih lebih pulak. terharuuu tau T_T terima kasih sayanggg ^^

      Delete
  14. betul betul, kita sesama blogger apa salahnya saling support antara satu sama lain. kalau ada salah, kita tegur. tak gituuu? hewhew :)
    btw, happy blogging kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'aa akak mintak sangat. tegur lah salah silap akak eh. kadang kadang akak tak perasan. heee terima kasih sayang :')

      Delete