Wednesday 3 July 2013

tssskk tssskk T_T

Assalamualaikummm. ^^

selamat pagi semua makhluk comel di muka bumi ini! petang semalam tasneem sibuk dengan aktiviti jogging di taman Jubli Perak. niat nak semak kan dashboard hampa dengan berjuta juta entry tasneem terbantut buat seketika waktu.
eksaited nak jogging kot ^^

gambar emak kecintaan tasneem masa tasneem lepas SPM

tasneem bangun pagi pagi ni, tasneem teringat mak di kampung. kalau hari sekolah, emak akan masak kan tasneem nasi goreng kegemaran. manakala hari sabtu pula, emak akan tenyeh roti canai buatan emak yang tak serupa roti canai tapi rasa nya, boleh buat perut choomel tasneem gumbira.

masa masih di zaman budak budak pergi sekolah, tasneem tak pernah pulak terfikir akan jauh dengan emak macam ni. emak di kampung, tasneem di kolej. selalu ingat yang setiap pagi tasneem akan bangun pagi pagi makan nasi goreng buatan emak. hmm

tapi, bila dah semakin remaja, sedang cikgu cikgu di sekolah asyik bercerita tentang haluan hidup lepas SPM, tasneem mula la sedar yang lepas SPM, pasti tasneem akan berjauhan dengan emak. part ni la yang paling tasneem tak suka. kalau boleh, nak duduk celah ketiak emak.

permulaan tasneem berjauhan dengan emak sewaktu tasneem mula jejak kan kaki di kolej. memang teruk la jadi nya. setiap malam tasneem akan hantar mesej kat emak supaya talipon tasneem. jimat kedit tasneem sikit. ^^

tasneem nak masa macam dulu, selama bangun pagi, dengar emak bebel suruh kemas bilik tidur. hmm. emak tak pernah pukul tasneem, apa lagi cubit atau tengking. emak cuma bebel saja. itu pun dengan nada suara umpama dengan bercakap dengan Maniam untuk membeli bawang di kedai runcit. itu saja.

kalau tasneem buat salah, emak akan larang sekali saja, tu pun dengan kiasan. sebab bagi emak, emak tak mau anak emak terasa hati.

lepas emak bagi kiasan, emak akan cerita baik buruk buat satu satu perkara. hmm. halus kan cara emak tasneem.

entah la, kenapa pagi ni tasneem rindu sangat pada emak tasneem. rasa kaki ni nak sangat berambos ke kampung dengan kadar segera. tapi, kelas pula padat sangat. hanya mampu talipon, lepas tu tanya khabar emak, lepas tu rasa sebak, lepas tu air mata mula mengalir, lepas tu mula cakap dengan emak siap teresak esak. hmm.

sambil menaip pun dah mencurah air mata ke ladang gandum. tak talipon lagi tu. :'( . dah la, nak talipon emak sejurus publish entry ni.

hampa tak rindu emak hampa kat kampung ka? :(

terima kasih sudi baca ^^

8 comments:

  1. call la emak tasneem.. sedih pula akak baca entri ni.. kalau ada masa weekend ni balik la jenguk emak tu.. emak akak memang duduk dengan akak sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye akak, selalu tasneem call. lagipun mak tasneem sakit. :'(

      Delete
  2. itu laa ,, kalau awak terpaksa berjauhan sekejap dengan ibu awak takpela .. saya ni dah terpaksa berjauhan dengan ibu saye untuk selama lamanya.. hmmmm ... ;') nnti jangan lupa call ibu awak taw!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, berat nye hidup awak tanpa emak. tasneem sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah. tasneem tak pernah tertinggal untuk emak. terima kasih nasihat kan tasneem.

      Delete
  3. berjauhan disebabkan belajar dan bekerja tak mngapalahkan.janji kita tetap ingat ibu bapa kita.boleh call dan balik kampung bila ada kesempatan.tamo sedeh2 ye tasnim..kuatkan semangat..

    ReplyDelete
  4. sabar yer..adatla perantau yg mencari ilmu..:) berjuang demi masa depan..tak maw sedih2 ok..blja mana ni? sya tgh cuti 2 bulan..:) sya pun jauh juga.. parent kt negeri sembilan,sya plak kt nun utara sintok tu..:)

    ReplyDelete
  5. Sabar ye. Akak dulu 5 tahun setengah belajar jauh dari family. Dah grad ni, duduk dengan family balik la. Tapi nanti kalau dah dapat kerja jauh, memang berjauhan lagi la dengan family. Tapi takpe, akak dah besar. Hehe~

    ReplyDelete
  6. sabar bebanyak tau tasneem.. akak dedulu pon study jauh dr fmily.. sedih je bila bln puasa x dpt puasa sesama dgn fmily.. tmbh plak lg dgn mak kan.. sabar tau ;)

    ReplyDelete