Monday 9 December 2013

Jom! jadi kawan baik tasneem :)

Assalamualaikum 

malam malam sambil cecah roti bakar dengan mushroom soup siap minum cekelat panas letak marshmallow 2 ketol, sambil menaip, layan juga kan. hikhikhik. saja bagi hampa terkesima dengan tasneem malam ni.

minggu lepas tasneem dapat seekor penanda buku yang comel dari kawan tasneem. mungkin beliau tahu tentang tahap kemalasan membaca buku yang tahap maksima terhadap diri tasneem, maka habuan mendapat seekor penanda buku comel, boleh buatkan tasneem sedikit bersemangat untuk membaca.

tak tak. anda salah. kalau dasar meluat nak baca buku , macam mana pun tak boleh dibendung lagi.

tapi di sini bukan nak cerita kronik nya hubungan tasneem dengan buku. tak tak. dipenanda buku tersebut ada tulis :


friends are come and go in our lives, but a few find place so deep in our hearts that we know they'll always be with us

rasa nya, semua jenis manusia setuju dengan saying tersebut. kalau yang tak setuju, tolong la, buat buat la setuju kejap. tolong la untuk entry kali ni ja. lepas tu dah tak mau setuju pulak pun dah tak pa.

semua orang ada kawan. tak kira laa Sarimah, Majid, Leman, mereka semua juga ada kawan. begitu juga dengan tasneem. hari ni dapat lapan orang kawan, besok enam orang kawan hilang, datang tiga orang pulak kawan baru. 

macam tu la hari hari kita. nak dapat kawan kemain la senang. tak cari pun boleh dapat. sedang berkinja kinjaan di tepian tasik sambil makan cekedis enak pun buleh dapat kawan. tapi, nak dapat kawan yang selalu dengan kita di kala senang dan susah kita, senang tak?

susah bukan? tapi tak mustahil untuk dapat. mungkin dalam 20000 ketul manusia di bumi ini, ada la 1 je yang tercicir boleh buat kawan baik. 

tapi tu pun tak tahu lagi. kadang kadang punya la baik sekarang. bila dah ade bopren ke gelpren ke, kita ni dilupa. nak ajak teman beli char koew teow pun dah depa malas. 

kawan -.-' 

begitu juga dengan dunia belog. walaupun kita banyak kawan dalam belog, banyak followers, setiap hari bertambah saja kawan kita. tapi yang betul betul ikut belog kita, yang betul betul support kita, yang tak goyang bila kita di maki, senang tak nak cari?

susah sangat sebenar nya. walaupun nanti kita ada berjuta lemon kawan belog  atau followers sekalipun, nak cari 1k++ yang support kita pun sangat susah. siyes. sambil muka tahan ketat. siyes punya pasal. 

tapi jangan gundah gulana hingga membawa ke kehidupan seharian mogok makan, tolak cheese cake yang enak jauh jauh. susah dapat kawan baik punca nya. sebab musabab, tengok saja sikap kita terhadap kawan kita. baik sangat ka?

kita sendiri pun kekadang tak dapat support kawan bila susah. dan sebab itu jangan mengharapkan kita mendapat sesuatu yang lebih baik dari kawan baik kita. faham?

selagi ada kawan, jagalah dengan baik. kawan bukan mengharap kan Ferrari seketol depan rumah beliau sebagai hadiah hari Selasa. tak juga mengharapkan tiket percutian ke Hawaii sebagai saguhati menjadi kawan untuk hari yang ke seratus patblas. tak tak. 

tapi cukup lah dengan kejujuran, sudi mendengar, mempercayai apabila dia di dusta, dan melapangkan bahu ketika dia berduka. *pergh boleh buat lirik lagu*

p/s : ada kat sini yang sudi kawan dengan tasneem tak? sapa yang sudi sila amik borang kat kaunter kiri jabatan hal ehwal pelajar :)

terima kaseh sudi baca :')

30 comments:

  1. alolo, sweet nye entry ni.. tersentuh pun ada.. heheh

    ReplyDelete
  2. alolo..xnak ambik borang boleh . kena bratur pnjang. cukuplah kak tasneem tahu yg aisyah seIKHLAS hati nak jdi kwan akak. keke . malu pulak aihh.

    ReplyDelete
  3. akak dah lama isi borang tu tasneem... dah submit pun.. tasneem approve tak? hehe.. insya-Allah akak akan sentiasa support tasneem.. jangan sedih-sedih tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasihh akakkk.. susah tau nak jumpa kawan macam kak aiza.. hmm :'(

      Delete
  4. Replies
    1. ha'aa ye sayang. you are my best friend ever after :') muah muah setepek kat pipi :p

      Delete
  5. Replies
    1. tak leehhhhhh :P heheh.. joking sayang :p

      Delete
  6. memang in life kita mesti nak kawan yg bila kita kecewa, sedih, or happy, die tetap ada disamping kita.. bukannya tolak kite ketepi macam kita ni anjing kurap.. tp dlm pemilihan utk jadi kawan kite pun, kita kena pandai menilai..

    apa yg tasneem ckp pun betul, kita jgn tengok kawan.. tengok kita.. kita ni dah cukup baik ke utk kawan tu..

    hmmmm, atie dh lalui semua tu dan tau apa rasanya.. alhamdulillah sbb atie masih ada kwn yg still amik berat psl atie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terok mana pun kawan, dia tetap kawan kita :) kan kan kan atie ^^

      Delete
  7. jom! hehe..sweetnye la hai tasneem nih.

    ReplyDelete
  8. Hahaha first paragraph je dah cukup buat rasa terliur pagi pagi ni!

    Bukan senang nak cari kawan baik. Serious..

    ReplyDelete
  9. i'd love to be ur bffl <3

    hm betul :(
    Sakit hati je dgn kawan yang ada sekarang -___-
    kawan tapi............ its just not enough tho.


    “Fake friends are like shadows: always near you at your brightest moments, but nowhere to be seen at your darkest hour
    True friends are like stars, you don't always see them but they are always there.”

    " It's so ironic. The people in my life who say, 'I'm always going to be here for you.' are the ones that walk away first."

    Heheheheh. Dont worry kak tasneem! There will be someone perfect for u ok!!!! x

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak paaa dek.. susah oo nak dapat kawannnn! kadang kadang kita rasa macam mustahil ja.. tapi tak mustahil dah sebab dek sudi kawan ngan akak :)

      Delete
  10. Huhu, sedihnya baca entry akak ni. Thanks for sharing. Memang nak dapat kawan yang betul-2 dinamakan kawan ni memang susah nak cari.. Sebab tu kita kena hargai kawan kita. anyway, suka sangat entry ni :)

    ReplyDelete
  11. one of my friends pernah cakap, "kawan senang nak dapat, sahabat tu yang susah".

    ReplyDelete
  12. Mak adalah kawan terbaik buat diri Azwar. Memang betul, susah betul nak cari kawan yang betul2 boleh jadi seorang sahabat.. :)

    ReplyDelete
  13. btul2 tu tasneem..ssuah nk dapat kawan mase kita susah n senang..ma kuza selalu pesan jagn terlampau berharap dengn org..janji kita iklas dalm bershabatan ne kn....^__^

    ReplyDelete
  14. Kawan ni betulah ayat datang dan pergi tu. ada kawan yang igt kwn, ada yg lupa, ada yang abaikan kwn wlpn kwn tu igt kat dia. Apa apa pun nak kawan yg baik, jadi kawan yg baik dulu ;)

    ReplyDelete
  15. dalam dunia nie memang nak cari sahabat yang baik..kawan memang berlambak... tetapi sahabat suka, duka dan selalu ada di sini itu susah nak jumpa.. kalau dah ada hargailah..

    ReplyDelete
  16. kawan ni mmg banyaakkk sgt..tpi yg dipanggil sahabat tu mungkin 10 dalam milion..haa...mmg ssh nak carik.. ;)

    ReplyDelete
  17. sedi pun ada baca entry ni,hihi... betul apa yang akak tulis tu :)

    ReplyDelete
  18. ada2 je tasneem ni. lawak je baca. tapi ada betulnye jugak :3

    ReplyDelete