Sunday, 30 June 2013

hoi, sibuk kemain!

Assalamualaikum. :')

di awal semester >.<

bila dah start semester baru. macam ni lah keadaan tasneem. hahaha.  sibuk kemain. rindu nak update entry banyak banyak. bagi traffic jam. lepas tu tasneem lah jadi pembaca tegar belog tasneem. -.-  

terima kasih singgah belog tasneem. ^^

Saturday, 29 June 2013

Entry untuk Abang.

Assalamualaikum. :')

22.03.1982. kalau ikut kan, genap lah 31 tahun abang ade kat dunia ni. berkhidmat sebagai abang tasneem yang ohsem selain auditor di sebuah syarikat swasta. -.-' tasneem di besarkan dengan kasih sayang seorang abang yang penyayang lagi garang. hehehe.

abang tasneem yang tengah bersantai kat bawah tu -.-'

dah 20tahun tasneem hidup, tapi tasneem rasa macam semalam ja main basikal dengan abang. main bunga api, main mercun. hehehe. dulu abang belajar di SMKAB. sekolah berasrama penuh tu, siap jadi ketua pelajar lagi. wahh. .hebakkk lah abang. lepas tu abang sambung degree kat UIAM. abang rajin belajar. sangat rajin.

tasneem ingat lagi, lepas abang masuk U, tasneem susah sangat nak tidur selama enam bulan. bila tidur, tasneem selalu fikir, dah tak da sapa nak ajar homework. sangat tak berdikari. hehe.

abang kuat bekerja. abang diiktiraf assisstant manger lepas beberapa tahun bekerja. abang selalu manja kan tasneem dengan duit, apa yang tasneem nak, tak pernah tak dapat. tasneem ingat lagi, kalau abang tukar handphone baru, automatik nya handphone lama beliau menjadi milik tasneem. kalau pegang handphone norkiah dulu dulu dah cukup buat riak dan takabbur dah tau. rasa macam canggih la kan budak sekolah pakai handphone. kan. -.-'

Ya Allah, rindu abang dari last kita jumpa, sampai la sekarang.

tasneem pernah baca kad birthday untuk isteri beliau (kak Ayu). hoi. jiwang tau. kepala otak abang ni kretif la kan. sungguh. abang tasneem sungguh sweet. kalau tasneem bosan, abang selalu ajar tasneem menyanyi lagu omputih ke nasyid ke. ikut kesukaan dia. lagi satu, abang suka buat suprise untuk kami. bawa sini sana. eh. sana sini. abang suka bagi macam macam. dan selalu pilih yang terbaik untuk family. abang sentiasa cukup kan famili dengan benda happy.

sekarang, bila dah besar, tasneem harap dapat suami yang sesweet abang ni. hehehe. sebab tu nak cari bakal suami, tasneem nak yang sweet je. muhahaha. penyejuk hati hamba. comel apa.

sweet tak tasneem ngan abang. :')

abang dengan hakak ipar tasneem yang supeer duper sporting >.<

ni baby abang. :')

Ya Allah, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk abang ni. apapun, tasneem tak pernah terlepas untuk doakan abang dapat dalam interview untuk naik kan pangkat sebagai manager. tasneem sebagai pelajar akauntansi, sangat bangga mempunyai abang sebagai contoh dalam kehidupan tasneem yang akan datang. untuk mak dan abah, kami tak kan kecewa kan harapan mak abah untuk tengok kami berjaya. terima kasih atas bimbingan dan didikan agama yang sempurna buat kami. percaya lah, satu hari nanti, adik akan berjaya seperti abang. sebagai akauntan atau auditor sesebuah syarikat. InsyaAllah, tiga tahun dari sekarang.

Amiinn. Abang, I you.

terima kasih sudi baca. ^^

Friday, 28 June 2013

selalu ingat pesan Emak

Assalamualaikum :')

hari yang bahgia! tanpa perlu fikir pasal presentation, tanpa perlu fikir pasal masalah! Alhamdulillah. setiap yang terjadi, ada hikmah di sebalik nya. kan :)

pernah dulu masa tasnim tengah serabut serabai, otak ni banyak masalah je. gugur habis uban. selalu mengadu kat mak. mak akan cakap "sabar banyak, puas hati banyak, sabar sikit, puas hati pun sikit." jadi setiap kali ada masalah, tasnim cuba sedaya upaya untuk sabar sebanyak mungkin. supaya dapat habuan, puas hati pun sebanyak mungkin.


memang perit dengan apa apa dugaan yang Allah uji pada kita. tapi perlu la kita tahu, setiap ujian yang di beri, dah Allah tahu kemampuan kita sebenarnya. dalam situasi tasnim, selalunya, tasnim di beri ujian, melampaui usia. bermaksud, ujian yang di beri pada usia tasnim sekarang kadang kala, bukan untuk orang yang berumur seperti tasnim. tapi, untuk orang yang lebih matang dari tasnim. (nape macam ayat novel ni)

dan setiap kali ujian datang pada kita, haruslah kita tahu yang "InnAllaha Ma'ana" atau sesungguhnya, Allah bersama kita. dan bersabarlah, Allah lagi lah bersabar dengan orang yang sabar. kan kan. :)



hari ni, tasnim rasa senang sikit, banyak masalah dah settle. syukur sangat. walaupun tak settle sepenuh nya, tapi, ia sikit demi sikit selesai. Alhamdulillah sekali lagi. tak da apa yang nak gambarkan rasa senang hati tasnim ni.

                                                                                                                                              

huhuhu. macam nak tergelak la pulak, entry kali ni macam siyes je -.-'

terima kasih kerana sudi layan tasnim siyes :-p

oh. Pagi yang Ohsem!

Assalamualaikum. ^^

selamat pagi >.<

mari kita betul urat urat tua akibat sudah lama tak bersenam. gelek gelek kanan, kendian, gelek gelek kiri. tapi pastikan di buat dengan selow selow takut juga nanti tulang rapuh terus bersepai, ye dak? oh. entry kali ini pasal tulang bersepai. .

bukan bukan. itu hanya lah pembukaan entry yang merepek sahaja. -.-'

Selamat pagi semua. di harap kita semua bangun pagi pagi, bebas dari hasad dengki, cemburu, fitnah. tapi sebaik sahaja kita membuka mata yang nyenyak separuh mati tidur semalam, elok lah bangun dengan otak ligat memikir kan sesuatu yang baik.

  • apa yang perlu aku buat hari ini?
  • ada sesuatu yang memerlukan perubahan hari ini?
  • adakah aku perlu menjadi sama seperti semalam?
  • adakah aku perlu bagus dari semalam?
  • adakah aku harus jadi lebih teruk dari semalam?
bukan asyik memikir kan kesalahan orang lain walhal kesalahan diri sendiri yang jelas  terus di biar mata jadi buta. bukan juga bangun dengan rasa hasad dengki yang menebal walhal diri sendiri yang perlukan lebih sesuatu untuk di urus.

bangun lah dari tidur, dengan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan sekeliling. dengan memikir kan akan sesuatu yang dapat cenderong ke arah kebaikan.

pehhh. . pagi pagi tasnim sajikan tazkirah la pulak. hehehe. mesti lagi pasti hampa membaca sehingga tersusuk ke tulang somsom. mula la tasnim terasa seperti sedang bersama dalam Channel Astro Oasis. ohh. terharu :')

dah dah. Pisang sedang menunggu hebakk di dapur untuk di tukar secara magic menjadi cekodok. maka, sejurus publish entry berbentuk Tazkirah ini, tasnim akan terus ke dapur, mencapai pisang, dan membuat magic pisang menjadi cekodok. tok sah masak masak dah. -.-'

dusta.

terima kasih sudi baca. :')

Thursday, 27 June 2013

Dah Mengalir Naluri seorang Ibu.

Assalamualaikum. :')

manusia akan berubah-ubah. macam omputeh selalu sebut "people always change". kalau dulu suka pink, dah tua bangka suka pulak warna warna orang tua, kelabu asap. dulu suka makan cekelat, dah meningkat umur, layan pulak lempeng. minat pun nak serasi dengan usia. kan?
dulu suka Leman, sekarang suka Anuar. dan sekarang, ada satu benda yang berubah dalam diri tasnim. hidup tasnim. jelas. siyes tak tipu siap buat muka ketat.



tasnim dapat rasa hormon mak mak dah mengalir kemain mengada laju ke dalam jasmani rohani tasnim. kalau dulu, mak pernah cakap "nak adik dak??" terus sentap "tak mau! menyemak!". hampa tak rasa menyemak rumah ka malam malam asyik terpekik? cekup dengan sarung bantal kang.

berdasarkan perenggan di atas, ia adalah antara satu contoh sifat "tak sedar diri hang sendiri pernah terpekik dan nangis tak hengat waktu" sekian. terima kasih. 

bagi tasnim dulu, bayi adalah makhluk yang tak la secomel mana pu. Tasnim lagi comel -..-' kembang lobang hedong hakuh.

tapi sekarang, bila dah meningkat awal dewasa, kalau tengok baby , rasa sejuk tak ketahuan hala perut lepas makan laksa ni. tenang jiwa raga. tenangnya tengok baby tidur, tuhan saja yang tahu.  

demm. terus emo, larik larik cari Fahrin Ahmad ajak kawen.  

ni lah makhluk choomel, Marissa Rishla. comel je dia tidur. tish tish Rissa patratusbelasnampuluhtigamepat kali 


Ahad lepas lepas, tasnim  melawat anak Kak Long (kakak ipar isteri abang).  Seminggu lebih dah anak beliau. tapi baru ni saja ada peluang, tu pun sebab tasnim g rumah abang.

kata Kak Long, si kembar hari tu tak nak tidur, tapi bila dengan tasnim, asal tasnim dukung je, kemain senang pulak dia tidur. terharu siot. tengok si kembar asyik nak tidur dengan tasnim. leleh ingus tau. 

okey, itu je pasal si kembar. -.-' bawah bawah ni pasal anak buah tasnim. ^^

Tengok, asal tasnim dukung je. .  Rissa terus diulik mimpi super-indah. huh. lepas ni sape tak boleh tidur, tolong contact tasnim, nanti tasnim dukung. tenang nya tasnim tengok Rissa ni tidur. teringin nak ada baby sendiri. bau masyam masyam baby. 

hye, name shayew Mawissa Wishla yaw! -.-'

mempersembahkan! Parut Jerawat berketul ketul! 

sepanjang di rumah Abang, tasnim memang mengaplikasikan sifat tamak haloba. tak nak kasi Rissa kat sapa sapa pun. tasnim je dukung. kak Ayu pun sempat dukung 14saat je. lepas tu, tasnim  ambik balik. sampai muak dak Rissa ni, muntah muntah dia dengan tasnim.

sampai hati Rissa. habis madu, muntah di buang . sroot sroot. sedut hingus. nasib muntah baby bau Ambi Pur. 

kiranya, lepas balik tu, muhasabah diri sendiri. fikir fikir, memang rasa dah layak dah nak jadi ibu orang. wuu T_T tolong lah Fahrin Ahmad minang tasnim. tasnim dah bersedia ni. sobbsobb. tak dapat Fahrin Ahmad,  Zayn Malik  pun jadi lah.

tapi fikir fikir balik, bukan senang jaga baby, tengah malam terpaksa bangun, nak sumbat susu. kena cukupkan diri dengan ilmu supaya dapat berikan didikan terbaik untuk anak anak. kena sedia macam dari mental juga. cabaran. kerana :

anak anak adalah rezeki dari ALLAH untuk sebuah rumahtangga. disebalik rezeki, ALLAH letakkan ujian sebagai pengukur iman. orang yang kuat imannya akan bersabar dengan ujian dari Maha Kuasa.


p/s : ada ciri ciri jadi ibu tak? hikhik. cepat cakap ada!!

Terima kasih sudi baca ^^

Wednesday, 26 June 2013

konpius dengan orang macam tu.

Assalamualaikum hampa. :)

tasneem si gadis kacamata >.<

penat letih tak bermaya.. tak best nya bila nak mula kelas untuk semester baru. (cehh, padahal akulah orang paling beriya beli alatan menulis baru, hipokrit) balik balik cuba nak blogjogging. masih tak dapat. entah pasai pa ntah. abah dah bayar bil dah. tak kan Celcom tak merestui bayaran tanpa usaha sendiri. tak guna betul.

banyak yang jerit jerit kat shoutbox. harap jangan ambik hati bila tasnim tak singgah belog hampa. memang lembab gila broadband tasnim ni. selembab lembab kek karamel, lembab lagi broadband tasnim. sedap nye T_T

bukan tasnim nak cerita pasal kek karamel kat sini, tapi nak cerita pasal kenapa orang kita selalu belagak bagus. ada yang orang realiti hidup nya jenis orang biasa biasa saja. kaya tu memang tak la.

tapi, apa yang di buat, mak aiii, memang la semua nampak yang dia tu anak orang senang. itu ini semua nak mahal mahal. lepas tu, tengah bulan pinjam duit kat orang, ujung bulan, gaduh dengan orang yang kasi duit pinjam tu.

mungkin tu satu kepuasan bagi diri dia, supaya dia di senangi dan di kelilingi ramai kawan. tapi sampai bila? lama lama, orang tahu juga kan. biar lah kita di senangi sebab diri kita sendiri. tok sah la nak jadi diri orang lain, atau berusaha jadi bukan diri kita. letih.

p/s: ini tiada kaitan hidup atau mati. terasa, amik hang. sape suruh.

terima kasih kerana sudi baca ye :)

meh tepek bedak sejuk.

Assalamualaikum. :')

dulu zaman kecik kecik, tok selalu buat bedak sejuk. hoi, bau dia kemain pekat. tapi sekarang bedak sejuk semakin dilupai dengan ada nya pelbagai jenis krim rawatan. tapi, tapi, tapi kan bila dah ada product bedak sejuk berasaskan sumber alam semulajadi dari kayu tanaka (sandalwood tree). apa yang expect tasnim akan buat? takkan la tak cuba kan.

Bedak Sejuk Tanaka, boleh bayang tak macam mana bagusnya bedak tu. baru guna dua hari dah dapat kecut kan jerawat. yang penting, Halal :')

sekali nak tepek bedak, selalu layan bau bunga rose.  kemain segar bau bedak sejuk nii.

sebelum tasnim pakai, dahi hidung semua dah boleh buat cermin. over sangat minyak dia. lepas tasnim pakai nampak lebih lembut dan segar. ^^

tapi kalau amal kan mendealah ni setiap malam sebelum tidur, nampak la kesannya memudarkan parut dan mencerah tu. 40mg RM25, 110mg RM40. memang mampu la nak beli. tahan lama.

benefits bedak sejuk Tanaka. :')

kalau jumpa di mana mana pembekal, jangan la segan silu untuk beli tau. memang bagus bedak sejuk ni, sebab tu sanggup buat entry. semoga bedak sejuk Tanaka mendapat tempat di hati 1Malaysia. cececeyyyy.

Selamat menjadi lebih cantik !

terima kasih sudi baca :)

Tuesday, 25 June 2013

Dah Nekad Tinggal kan Belog. Last

Assalamualaikummm ^^

Selamat Tinggal belog! tasnim nekad di hati yang kudus ini. untuk tinggal kan dunia belog. demi kepentingan peribadi. demi kecerdasaan jasmani dan rohani. demi kelapangan dada. tak nak tengok belog lagi dah! siyess! tak tipu!

dah nak masuk semester 5. >.<

tapi tinggal untuk dua hari je la. mane boleh tahann. nak daftar untuk semester baru dah. lusa, lusa hapdett lagi belog ni.

Last untuk hari ni. muhahahah . . sebagai pengubat rindu *bhahaha. tak leh belah* silalah tatap muka tasnim kat atas nuh! ^^ jangan muntah hijau~


terima kasih sudi baca ^^

yang lepas usah di kenang. cewahh~

Assalamualaikum hampa. ^^

mesej di terima :


"hye tasnim, lama tak dengar cerita pasal tasnim. rindu sangat. minta maaf kalau tasnim rasa **** jahat sangat dulu. kita berbaik balik boleh?" 12.25pagi

"kenapa tak balas?" 12.40pagi

"tasnim masih dendam dengan ****?" 1.05pagi

"**** mintak maaf. cuma dulu **** terlalu nak enjoy. **** ada request tasnim dkat FB. approve la" 1.35pagi

"kenape tak approve kat fb, msg pun tak reply, kita tak gaduh kan?" 7.33pagi.
hmm. ini lah bekas pacaran saya ya bapak bapak, ibuk ibuk . malas nak melayan orang lama lama ni. biar la jadi kenangannn.. wuuuu T_T yang lepas tu lepas la. nak berbalas mesej, mintak maaf daun keladi, harap harap awak belanja tasnim mekdi ^^

pasal fesbuk pulak, minta maaf. tasnim dah tak tahu nak approve macam mana. bila nak approve saja, terus kepala hotak ligat berfungsi negatif T_T  hmmm . . minta maaf sape yang add tasnim, tasnim tak approve orang yang tak kenal.



olskul la tasnim ni, orang dah window 8, tasnim still guna window 7 ni

kepada bekas bopren tasnim, tasnim tahu, kamu pun ada baca belog tasnim. tasnim harap, kita setakat di belog pun cukup la ye :)

apa yang lama, harap di lupa terus. .


terima kasih sudi baca ye :)

Monday, 24 June 2013

doakan dahku.

Assalamualaikum. :'(

mood serius tak okey. tsskk T_T

entry paling pendek. haha. doakan tasnim tabah untuk hadapi hari hari lepas ni. supaya tasnim tak berundur dari keputusan yang tasnim buat. dengan keputusan yang tasnim buat, akan senang kan pihak "dia". cisss! tak best lah rasa cam ni.

dan doakan yang terbaik untuk tasnim dalam bulan Syaaban ni.

terima kasih daun keladi, nanti nanti baca la entry tasnim lagi. >.<

Salam Nisfu Syaaban Awak,

Assalamualaikum. (:

nahh. untuk laki masa silam. tsskk T_T


terima kasih sebab gembira kan tasnim walaupun sekejap. walaupun dah macam macam tasnim terima message dari awak, tasnim tak pernah berdendam. sekasar mana sekalipun bahasa awak. tasnim tetap terima keputusan awak. thank you for leaving me. -.-' sekurang kurang nya boleh buat tasnim sedar, betapa naif nya ilmu agama tasnim. sempena malam Nisfu Syaaban ni, tasnim nak minta maaf kat semua atas segala kesalahan dan kesilapan tasnim termasuk awak.

eh, tahu tak malam ni Nisfu Syaaban? hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun di angkat ke langit dan di ganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

tahun ni, Nisfu Syaaban jatuh pada 24 Jun 2013 (Isnin), bermakna malam Nisfu Syaaban ialah bermula selepas maghrib 23 Jun 2013 (Ahad).

p/s : jom puasa sunat dengan tasnim esok.

terima kasih sudi baca. :')

Sunday, 23 June 2013

Doa Selepas Salam.

Assalamualaikum. :')

sementara tunggu azan maghrib tasnim nak kongsi sikit bacaan selepas beri salam. mungkin dah ramai yang tahu, tapi yang belum tahu, sila lah hafal. senang saja, mudah untuk ingat. hafal teori kemain panjang pon boleh kan, ni ayat yang kemain pendek cenggini. -.-'

sweet je solat sama sama ^^

1.  Bacaan selepas beri salam

ke kanan :

Ya Allah! sesungguh nya daku memohon keredhaan-Mu dan Syurga-Mu.

ke kiri :

Daku memohon Perlindungan-Mu daripada kemurkaan dan seksa neraka MU.

2.  Bacaan semasa menyapu muka.


Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Tuhanku! Hapuskanlah daripadaku kesusahan dan kedukacitaan.

terima kasih sudi baca. :')

Cuti Semester hampir berAKHIR.

Assalamualaikum :')

nak pegang jarum jam kuat kuat, tak mau bagi gerak. -.-'

cuti semester kali ni selama tiga minggu. ye tiga minggu sahaja okey! kejap tak kejap, dah tinggal empat hari saja lagi. boleh tak nak stop jam kejap? macam seram sangat tengok masa makin laju.

dan maksud nya tak sampai seminggu saja lagi tasnim dapat menyedut segala nikmat dan keseronokan di kampung. sobbsobb. tak syok la kalau macam ni. kalau tengok saja jam, umpama jarum jam marathon laju laju nak sampai ke penamat cuti.

jeles lettew dengan tasnim. -.-'

nikmat menelan makanan murah adalah terdapat di kampung tasnim. malas makan makanan buatan emak atau buatan sendiri, harus lah ke kedai makan. RM4.00 mee kari di Kolompo bersamaan RM1.50 di kampung tasnim. kedai makan dekat rumah tasnim. sama kuantiti, lebih kuantiti. hakhak. pepandai ja.

tapi siyes tak ada unsur dusta di perenggan atas. dah jimat RM2.50 tahu. kiranya, kalau nak berjimat lebih dan menjadi pembeli yang berhemah, silalah pilih Baling sebagai tempat tinggal tetap. kalau tak, jangan harap title tu.

nikmat lain yang harus tasnim sedut habis habisan selama cuti semester ni adalah bergumbira dengan rakyat jelata seisi rumah. cuba list berapa banyak pun "senarai benda best", wajiblah orang pilih berjimba dengan keluarga kan macamtu juga tasnim.

ini kechentaan hati tasnim. ^^

aktiviti paling meriah dengan karenah anak buah tasnim. -.-'

rasa berada di klimax kegembiraan bila dapat luangkan masa dengan keluarga. makan makanan sampai terlentang (utmost happiness) tengok tivi sambil masing masing buat sinopsis cerita sendiri, membuat cadangan tentang tempat makan malam harus singgah, dan macam macam lagi.

bila dah habis cuti semester, kenalah kepam harapan nak rasa semua ni. kepala otak kenalah buat harapan baru "aku nak dapat 4 flat semester ni". -.-' bosan.

tapi tapi, masa cuti ni, tasnim banyakkan dengan aktiviti penuh faedah. kononnya, nak berubah menjadi manusia pandai menghargai masa. maka, tasnim habiskan dengan menjahit baju kurung sendiri, memasak, buat kek, melancong dan berkelah.  kudus kan perenggan ni?

nak tak nak, kena juga korban semua nikmat di kampung, dengan mencari ilmu di KPTM. tinggal lagi dua semester saja. lepas tu, kerja. harap harap berbaloi dengan apa yang tasnim korbankan sekarang. aminnn..

p/s : hmmm. belum pk bab study.

terima kasih sudi baca :)


Solat Sunat Tahajjud.

Assalamualaikum :')

tasnim rasa tergerak hati sangat nak buat Solat Sunnat Tahajjud. ye tasnim nak dekat kan diri dengan Allah. tasnim nak dapat ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. dah jauh sangat rasa diri tasnim dengan Allah. Astaghfirullahalazim. kesibukan dunia hari ini membatasi amalan akhirat.


Ya Allah, cekalkan lah hati ini dalam menghadapi cabaran dan dugaan Mu Ya Allah:'(

Solat Tahajjud ni tiada had rakaat nya, ikut kemampuan kita lah. dengan setiap dua rakaat satu malam. kalau berat, cukup lah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda ; "Amalan yang di sukai Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit."

cara solat :-

1.  sebelum solat, baca doa ni dulu.


Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada Mu akan Rahmat Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.   Niat

(Usolli sunnata tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3.  Bacaan surah lepas Al-fatihah :

a)    Rakaat pertama:   Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:     Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau ;

b)    Rakaat pertama:   Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:     Surah Al-Ikhlas

Atau ;

c)     10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
*sudah tentu tasnim pilih (a)

4.   Lepas baca tasbih pada sujud ke dua dalam rakaat terakhir, baca doa ini :


5.   Selesai salam Solat Tahajjud, baca doa ini yang pernah di baca oleh Rasulullah SAW.


6. Akhir sekali, sambung baca Doa Solat Sunnat Tahajjud.


maksudnya : Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah, Tuhan Pemelihara seluruh alam.

Ini kelebihan Solat Sunnat Tahajjud :-
.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Rasulullah SAW Bersabda : “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”  (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

p/s : semoga kita sebagai seorang hamba bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah SWT.

terima kasih sudi baca. :')