Sunday, 23 June 2013

Cuti Semester hampir berAKHIR.

Assalamualaikum :')

nak pegang jarum jam kuat kuat, tak mau bagi gerak. -.-'

cuti semester kali ni selama tiga minggu. ye tiga minggu sahaja okey! kejap tak kejap, dah tinggal empat hari saja lagi. boleh tak nak stop jam kejap? macam seram sangat tengok masa makin laju.

dan maksud nya tak sampai seminggu saja lagi tasnim dapat menyedut segala nikmat dan keseronokan di kampung. sobbsobb. tak syok la kalau macam ni. kalau tengok saja jam, umpama jarum jam marathon laju laju nak sampai ke penamat cuti.

jeles lettew dengan tasnim. -.-'

nikmat menelan makanan murah adalah terdapat di kampung tasnim. malas makan makanan buatan emak atau buatan sendiri, harus lah ke kedai makan. RM4.00 mee kari di Kolompo bersamaan RM1.50 di kampung tasnim. kedai makan dekat rumah tasnim. sama kuantiti, lebih kuantiti. hakhak. pepandai ja.

tapi siyes tak ada unsur dusta di perenggan atas. dah jimat RM2.50 tahu. kiranya, kalau nak berjimat lebih dan menjadi pembeli yang berhemah, silalah pilih Baling sebagai tempat tinggal tetap. kalau tak, jangan harap title tu.

nikmat lain yang harus tasnim sedut habis habisan selama cuti semester ni adalah bergumbira dengan rakyat jelata seisi rumah. cuba list berapa banyak pun "senarai benda best", wajiblah orang pilih berjimba dengan keluarga kan macamtu juga tasnim.

ini kechentaan hati tasnim. ^^

aktiviti paling meriah dengan karenah anak buah tasnim. -.-'

rasa berada di klimax kegembiraan bila dapat luangkan masa dengan keluarga. makan makanan sampai terlentang (utmost happiness) tengok tivi sambil masing masing buat sinopsis cerita sendiri, membuat cadangan tentang tempat makan malam harus singgah, dan macam macam lagi.

bila dah habis cuti semester, kenalah kepam harapan nak rasa semua ni. kepala otak kenalah buat harapan baru "aku nak dapat 4 flat semester ni". -.-' bosan.

tapi tapi, masa cuti ni, tasnim banyakkan dengan aktiviti penuh faedah. kononnya, nak berubah menjadi manusia pandai menghargai masa. maka, tasnim habiskan dengan menjahit baju kurung sendiri, memasak, buat kek, melancong dan berkelah.  kudus kan perenggan ni?

nak tak nak, kena juga korban semua nikmat di kampung, dengan mencari ilmu di KPTM. tinggal lagi dua semester saja. lepas tu, kerja. harap harap berbaloi dengan apa yang tasnim korbankan sekarang. aminnn..

p/s : hmmm. belum pk bab study.

terima kasih sudi baca :)


4 comments:

  1. Tasneem Kptm mne??gud luck n hope dapat 4 flat k..aminn :)

    ReplyDelete
  2. comel sangat si marissa tuu .. ee geram ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju tu panas kemain, akak yang paksa dia pakai. hehe menampak kan effect senderella kan :D

      Delete