Saturday, 22 June 2013

Kehidupan Kita dalam Mengecapi Kejayaan.

Assalamualaikum. :")

sari berita agak la penting. saya Jenab Binti Leman pemberita tivi tiga belas ratus hampa. sila baca berita ni sampai ke titik terakhir. jika mengalami gangguan dari anak pinak ketika sedang saja membaca berita ini, silalah jangan segan silu lempang saja anak anda.

okey. cukup setakat itu sebagai pembuka entry. mari ke sesi lebih serius antara hidup dan buat buat mati.

entry kali ni bukan berkaitan isu perkauman. jangan lah salah sangka. buka kan tahap minda kepada tahap minda yang mampu berfikir secara kritikal. bukan pada takuk yang lama. demi memajukan diri sendiri untuk kepentingan semua.

satu cerita sinis penuh pengajaran ni telah dicerita kan oleh Cikgu sekolah tasnim.

ada dua orang nelayan. berbangsa Melayu dan Cina. dua nelayan ni telah menangkap ketam dengan banyak nya. maka kedua mereka telah pun memasuk kan ketam ketam mereka dalam bakul masing masing.

diberi bakul berisi ketam itu kepada seorang penjual ketam. di khuatiri ketam akan keluar dari bakul tersebut, maka penjual tersebut telah menutup bakul tersebut dengan penutup. tapi . . . .

beliau hanya menutup bakul ketam yang owner nya berbangsa Cina sahaja. tapi, ketam Melayu ni, di biarkan tanpa di tutup. datang la seseorang, lalu bertanya kepada penjual. .

nahh tengok ni. ketam yang ada dalam bakul -. .-

ketam Melayu sopan di dalam bakul
maka ketam Cina terpaksa di tutup. untuk elak dari keluar.

"weh.. asal hang tutup bekas ketam Apek je ha? bekas ketam Md.Nor hang tak tutup pulak"

"der, lu ni kecoh arr. . aku tutup bekas ketam Cina je. ketam ketam cina akan saling nak keluar bakul. ketam Melayu tak yah tutup pun tak pe, asal ade yang nak naik sampai ke atas, ada je ketam lain tarik bagi jatuh balik, mane sempat nak naik atas"

jadi dari sinis penuh pengaran tersebut, dapat tak hampa berfikir secara kritikal? jangan berada di takuk yang lama di mana hampa akan nampak pasal isu perkauman. tapi pabila di fikir secara kritikal, hampa akan nampak yang. . .

Budaya Melayu yang tak boleh nampak kaum sendiri nak berjaya sikit, mula nak jatuhkan sang baru nak berjaya tadi. baru saja mahu berusaha naik ke atas, ada saja kaum sendiri cuba menarik kita ke bawah.

begitulah senario kehidupan dalam mengecapi kejayaan kita sekarang. pabila mahu mengecapi kejayaan, banyak saja halangan yang berpunca dari orang sekeliling kita, yakni yang satu jenis kaum dengan kita. Melayu yang berada di tokok bertapuk, hanya mahu menjatuhkan kaum sendiri dan tak boleh nampak orang senang sikit. dengki membabi buta.

bukan nya nak menjadi orang yang saling menolong untuk maju? membantu untuk sama sama berjaya? bukan hanya tahu menjatuhkan orang dan berpura pura baik hanya di depan, tapi di belakang berterusan menikam tanpa kasihan.

jadi, marilah kita membina budaya yang baru, di mana saling membantu untuk berjaya. baik dari kehidupan kita di luar sana, mahupun dunia berbelog ni. menjadi sang pengkritik bukannya sang pemberi semangat. 

p/s : terus support tasnim okey :')

terima kasih sudi baca :)

3 comments:

  1. wahhhh sinis tu sinis...tp ada betulnya juga sinis nyer tu...bagus buat modal ni...ehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan En.Harith :)) kalau kita berjaya, mesti ada saja orang nak jatuh kan kita. tasneem harap sikap macam tu kita buang jauh jauh ^^

      Delete
  2. Satu lg ada sifat mahu cepat jadi bos..
    jadi taknak kawan naik keatas cepat sangat takut tertinggal kat blkg lak.

    ReplyDelete