Wednesday, 12 June 2013

kerana keadaan sekeliling memaksa menjadi Tasnim sekarang.

Assalamualaikum ^^

zaman pertengahan.

dalam hidup tasnim, macam macam tasnim teringin nak buat. nak itu, nak ini. kalau boleh tasnim nak rasa apa yang orang rasa. orang cantik, tasnim pun nak cantik. oraang banyak duit, tasnim pun nak banyak duit. orang banyak kawan, tasnim pun nak banyak kawan. orang berjaya, tasnim pun nak berjaya.

pendek kata, tasnim nak sangat rasa apa yang orang lain rasa. tapi masa tasnim belasan tahun dulu. tasnim tak ada semua tu.

dulu, tasnim teringin sangat jadi cantik :
ada seorang kawan rapat tasnim ; Erni nama beliau. sangat sangat cantik. kami berkawan 3 orang. rapat sangat. Erni, Eka dan Tasnim. dalam semua peserta AF9 kami, Tasnim lah paling selekeh. badan besar, paling buruk pakaian, paling juga gelap. serius. tasnim tak macam sekarang. teringin sangat tasnim besar nanti jadi cantik. tahu urus kan diri sendiri.

dulu, tasnim teringin sangat jadi pandai :
dalam kelas, masa di sekolah dulu, ada kawan tasnim sangat pandai. dalam kelas, beliau suka mengumpul mimpi mimpi indah. tapi dapat result hebakk tak ketahuan hala. semua orang suka berkawan dengan beliau. tasnim? selalu saja sorang sorang di meja kelas. nak kawan, dorang amalkan sistem berpuak. teringin sangat tasnim jadi pandai tapi masih berkawan dengan semua orang.

dulu, tasnim teringin ada duit sendiri, beli macam macam :
keluarga tasnim tak manjakan anak dengan duit. kalau nak beli, usaha sendiri. dapat duit sekolah, kumpul sendiri dan beli. bukan semudah jerit kat mak bapak, lalu duit datang bergolek. pernah dulu nak beli album! sebab nak simpan gambar lama lama dalam tu, tasnim berjimat. sanggup. ni buat tasnim teringin bila besar, tasnim asa duit sendiri untuk beli apa yang tasnim suka. tapi boleh lagi kongsi supaya semua merasa.

dulu, tasnim teringin ramai kawan :
tasnim selalu tengok kawan kawan tasnim yang lain banyak kawan. macam senang sangat. umpama kawan datang bergolek dari langit jatuh ke riba. tapi tasnim? susah sangat, bukan sebab tasnim sombong atau memilih kawan, tapi tasnim tahu orang tak nak kawan dengan orang yang tak ada apa apa. teringin sangat dulu tasnim ada ramai kawan dan tasnim takkan memilih sapa pun menjadi kawan tasnim.

tapi sekarang. . . . tasnim bersyukur. . .

walaupun tasnim paling tak cantik di antara korang semua, tapi tasnim syukur, tasnim tahu macam mana nak urus kan diri sendiri dan tak mungkin tasnim boleh kata yang tasnim tidak lah sangat ketinggalan kalau bab fesyen semasa. tasnim juga tahu apa yang tasnim perlu buat untuk terus merasai nikmat hingga besyukur jadi seperti sekarang.

tasnim berusaha agar tasnim tak ketinggalan dalam pelajaran. kerana bagi tasnim dengan ilmu, datang nya rasa hormat dari orang lain. dan kerana tasnim berusaha dan Allah selalu tolong orang yang berusaha, tasnim guna kan ilmu yang tasnim ada di kongsi bersama dengan semua. puas hati sangat. takkan gunakan sistem berpuak macam orang guna.

kerana kepala gagah keras mencari duit sendiri tanpa mengharap kan dari poket Sang emak dan abah, tasnim bersyukur sekarang, sikit sikit, tasnim berusaha, sikit demi sedikit, ada saja Allah mudah kan jalan tasnim untuk dapat kan sesuatu dengan hasil sendiri.

sekarang ada dunia maya. walaupun maya, tapi boleh jumpa dalam realiti. dan sekarang, tasnim sekarang, ada ramai kawan di dunia realiti, di dunia maya lagi. belog dan facebook. yang dalam henfon dulu siap dah jadi kawan rapat sekarang. tapi tasnim tak memilih kawan. biarlah sapa kau, tasnim tetap kawan seperti biasa.

dan sekarang, walaupun tasnim hampir dapat semua apa yang tasnim impikan dulu, tasnim tetap tasnim yang sama. tasnim terus menghargai zaman tasnim belasan tahun dahulu. zaman tasnim selalu hidup dalam angan angan. zaman di mana tasnim di pinggirkan semua. balik sekolah, terus menangis mengadu pada emak yang tasnim tak ada kawan.

kalau tak ada zaman silam tasnim yang ngeri dulu, pasti tasnim takkan berangan untuk dapat semua tu. dan mesti tasnim tak akan jadi macam sekarang. syukur. sebab bagi tasnim, selagi kita nak dan berusaha, selagi tu lah kita akan dapat. InsyaAllah. 

dah.emo pulak. :'(

terima kasih sudi baca ^^

2 comments:

  1. dapat motivasi yang banyak melalui post nie ! suka sangat .. >< (':

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ku yang dulu bukan lah yang sekarang. eh, tetiba nyanyi pulak kat sini :D

      Delete