Saturday, 29 June 2013

Entry untuk Abang.

Assalamualaikum. :')

22.03.1982. kalau ikut kan, genap lah 31 tahun abang ade kat dunia ni. berkhidmat sebagai abang tasneem yang ohsem selain auditor di sebuah syarikat swasta. -.-' tasneem di besarkan dengan kasih sayang seorang abang yang penyayang lagi garang. hehehe.

abang tasneem yang tengah bersantai kat bawah tu -.-'

dah 20tahun tasneem hidup, tapi tasneem rasa macam semalam ja main basikal dengan abang. main bunga api, main mercun. hehehe. dulu abang belajar di SMKAB. sekolah berasrama penuh tu, siap jadi ketua pelajar lagi. wahh. .hebakkk lah abang. lepas tu abang sambung degree kat UIAM. abang rajin belajar. sangat rajin.

tasneem ingat lagi, lepas abang masuk U, tasneem susah sangat nak tidur selama enam bulan. bila tidur, tasneem selalu fikir, dah tak da sapa nak ajar homework. sangat tak berdikari. hehe.

abang kuat bekerja. abang diiktiraf assisstant manger lepas beberapa tahun bekerja. abang selalu manja kan tasneem dengan duit, apa yang tasneem nak, tak pernah tak dapat. tasneem ingat lagi, kalau abang tukar handphone baru, automatik nya handphone lama beliau menjadi milik tasneem. kalau pegang handphone norkiah dulu dulu dah cukup buat riak dan takabbur dah tau. rasa macam canggih la kan budak sekolah pakai handphone. kan. -.-'

Ya Allah, rindu abang dari last kita jumpa, sampai la sekarang.

tasneem pernah baca kad birthday untuk isteri beliau (kak Ayu). hoi. jiwang tau. kepala otak abang ni kretif la kan. sungguh. abang tasneem sungguh sweet. kalau tasneem bosan, abang selalu ajar tasneem menyanyi lagu omputih ke nasyid ke. ikut kesukaan dia. lagi satu, abang suka buat suprise untuk kami. bawa sini sana. eh. sana sini. abang suka bagi macam macam. dan selalu pilih yang terbaik untuk family. abang sentiasa cukup kan famili dengan benda happy.

sekarang, bila dah besar, tasneem harap dapat suami yang sesweet abang ni. hehehe. sebab tu nak cari bakal suami, tasneem nak yang sweet je. muhahaha. penyejuk hati hamba. comel apa.

sweet tak tasneem ngan abang. :')

abang dengan hakak ipar tasneem yang supeer duper sporting >.<

ni baby abang. :')

Ya Allah, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk abang ni. apapun, tasneem tak pernah terlepas untuk doakan abang dapat dalam interview untuk naik kan pangkat sebagai manager. tasneem sebagai pelajar akauntansi, sangat bangga mempunyai abang sebagai contoh dalam kehidupan tasneem yang akan datang. untuk mak dan abah, kami tak kan kecewa kan harapan mak abah untuk tengok kami berjaya. terima kasih atas bimbingan dan didikan agama yang sempurna buat kami. percaya lah, satu hari nanti, adik akan berjaya seperti abang. sebagai akauntan atau auditor sesebuah syarikat. InsyaAllah, tiga tahun dari sekarang.

Amiinn. Abang, I you.

terima kasih sudi baca. ^^

7 comments:

  1. Untungnya Tasneem ada abang. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Aida, huhu tasneem dua beradik ja. :)

      Delete
  2. ololo... sweet nye.. hee :) btw , baby comel ! :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada abg kan.. he2.. teman xde abg..

    ReplyDelete
  4. untungnya ada abg yg mcm nie.erm...:)amin semoga dpt cr suami yg sesweet abg awak:)

    ReplyDelete